..

..

Dr MAZA DIDESAK LETAK JAWATAN, CEMARKAN IMEJ MUFTI KRITIK DI FACEBOOK

on Sunday, May 10, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 10 Comments



Veteran Umno hari ini mendesak Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin supaya meletak jawatan dan menyertai politik atau menubuhkan parti baharu bagi membolehkan beliau bergerak bebas dalam politik tanpa mencemarkan institusi mufti.

Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, ‎pihaknya melahirkan rasa kesal dengan tindakan Mohd Asri yang sejak kebelakangan ini sering mengkritik kerajaan secara terbuka melalui facebooknya.

"Walaupun Mohd Asri boleh berbuat begitu tetapi langkahnya itu mencemarkan institusi mufti yang disegani dan dihormati sebagai sumber terakhir dan pemutus kepada soal-soal hukum hakam dalam Islam.

"Jadinya, adalah lebih baik Mohd Asri meletak jawatan sebagai mufti dan bergiat cergas dalam politik tanpa menjejaskan kemuliaan Institusi mufti di negara ini," katanya menerusi kenyataan medianya hari ini.

Mengulas lanjut, Mustapha berkata, oleh itu pihaknya mencadangkan agar kerajaan Negeri Perlis mengkaji semula pelantikan Mohd Asri.

"Oleh kerana kuasa pelantikan mufti di bawah kuasa kerajaan negeri, maka Veteran Umno mencadangkan kerajaan negeri Perlis mengkaji semula pelantikan Mohd Asri sebagai Mufti Perlis demi untuk menjaga nama baik Tuanku Raja Perlis dan kredibiliti istana sebagai ketua agama negeri Perlis," katanya. - Sinar



10 Responses

  1. Bila ditegur ini jadinya...jadilah org politik sebangang dengannya.

  2. Anonymous says:

    Antara ramai2 Mufti di Malaysia Mufti Perlislah yang paling cerdik ada PhD tapi sayang tak tau nak beza apa tugas hakiki sebagai Mufti.

  3. Anonymous says:

    Geli aku tgk budak ni.... sekali aku tampo terpusing kepala dia.ni....

    Masuk politik laa... jgn jd ahbash...boleh aku belasah kau cukul2...

  4. Anonymous says:

    elok lah tu kalu dah nak sangat berpolitik berenti lah jadi mufti.

  5. Anonymous says:

    Saya sokong 100% asri letak jawatan.

  6. Dia Wahabi. .ahbash ape pulak!

  7. Asri ni mental ..perasan nak jadi hero..tulisan Facebook macam taik . Tak ilmiah . Dr Longkang..tulisannya bermula jika...berasas maka...bla bla bla....achum Adu domba agamawan bangun..macham Hitler. chuba kerah orang ikut Tadjid taik minyak dia dan angkat dia jadi Hero..sewajarnya juga dia patut tulis sekiranya tidak berasas...maka bla bla bla lah...baru lah adil dan berwibawa..nampak LA macam Dr betul ...ini tidak ..buat muka dia macham Dr Taik je..lagi pun dia bukannya tau perkara itu berasas ke atau tidak pada waktu itu....degree tipu kot. ABU SHAFIQ mesti gelak berdekah2. .lagi satu dia chukop benci dengan ahlil bait Rasulullah terutama yang nama Habib2 dari Yaman. .macham sial lah dia ni..

  8. Anonymous says:

    Dia ni kritik yang nak pecah belah Melayu dan Islam je aku tenguk. Dulu dia belajar bukan kerajaan yg bantu ke? Nape DAP kat Pinang yg tindas Melayu dia buat dek je. Di Selangor isu anjing, isu reban babi rm100 juta, rumah Melayu diambil dan dijadikan kawasan mewah ,isu arak juga dia x krtik pun. Ini namanya penyakit lupa diri. Mcm TDM kata Melayu mudah lupa.

  9. sada says:

    syukurlah ada mufti yang berani mengujah dan pendapat walaupun tidak senada tapi perlu di beri ruang agar kita sentiasa berifkir menghayati apa yang diperkatakan sesuai dgn ilmuannya

  10. sada says:

    apa yang diluahkan oleh mufti berkenaan perlu dihayati dan difikirkan sesuai dgn keilmuaanya

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.