..

..

DARI SABAH NAJIB LAUNG BERJUANG HABIS-HABISAN DEMI PARTI & RAKYAT

on Sunday, May 10, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments






Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan beliau akan tetap berjuang habis-habisan selagi parti dan rakyat memberi sokongan terhadap kepemimpinannya.
Menurutnya, beliau akan tetap menjunjung amanah yang diberikan oleh rakyat serta terus berjuang tanpa rasa gusar.
"Saya tidak gusar dengan apa yang berlaku... saya akan tetap berjuang habis-habisan selagi parti dan rakyat menyokong saya, amanah akan saya junjung dan tetap dengan perjuangan saya.
"Insya-Allah kita akan terus mengukir masa depan lebih gemilang," katanya ketika berucap merasmikan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Belud di Kampung Pirasan di sini, hari ini.
Yang turut hadir ialah Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein serta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Pembinaan PPR Kota Belud dibangunkan KPKT dengan kos RM160 juta membabitkan 900 unit kediaman di tapak seluas 32 hektar yang mula dilaksana pada Disember lalu dan dijangka siap pada akhir tahun 2017.
Sebanyak 100 unit rumah akan turut dibina di Pulau Mantanani di perairan daerah Kota Belut-10/5/2015

Komen GPB
Bumi Sabah jadi saksi Najib mula langkahNYA  . 
Langkah ini nampaknya seperti dia pantang mundur ...
Esok hari ulangtahun UMNO ke 69 ..kita tunggu apa lagi #NajibMove


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.