..

..

DAP BOIKOT WAN AZIZAH KERANA PKR ABAIKAN KAUM INDIA SEBERANG JAYA !!

on Sunday, May 3, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments






Selepas Pemuda PAS P.Pinang , kini DAP  pulak memboikot kempen PKR di PRK Permatang Pauh.

Menurut laporan portal pro PR hari ini, Ketua Menteri P.Pinang Lim Guan Eng telah memberi amaran kepada pemimpin India didalam DAP agar tidak memboikot calon PKR di Pilihanraya kecil Permatang Pauh. Siapakah pemimpin tersebut?


Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengingatkan bahawa ahli-ahli parti yang melanggar arahan di Permatang Pauh berdepan tindakan disiplin yang berat.

Lim berkata isu parti itu menarik sokongannya terhadap jentera pilihan raya kecil PKR adalah "tidak benar".

"Kami berdiri teguh di belakang PKR dan calonnya (yang juga presidennya) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam pilihan raya kecil ini," katanya kepada pemberita di Pulau Pinang.

"Saya bercakap sebagai pemimpin nombor satu dalam DAP. Jika sesiapa melanggar arahan parti (yang menyokong PKR), tindakan keras akan diambil terhadap mereka. Jangan main, main," kata ketua menteri Pulau Pinang itu.

Lim (kiri) merujuk kepada laporan Malaysiakini pagi ini yang memetik seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat sebagai berkata DAP tidak gembira dengan jentera pilihan raya PKR yang mengabaikan masyarakat India.

Pemimpin itu mendakwa jika PKR tidak memperkemaskan jenteranya, ahli DAP akan menarik diri daripada berkempen dalam pilihan raya kecil itu yang masuk hari kelapan.

Pemimpin kanan berkenaan memberitahu Malaysiakini bahawa beliau membuat kesimpulan tentang PKR itu selepas berkempen di Kampung Bagan Serai.

Kampung itu di bawah Seberang Jaya dan penyandangnya, Dr Afif Bahardin dari PKR, telah berkata beliau mengambil berat masalah semua kaum.

Bercakap dalam satu sidang akhbar pagi ini, Dr Afif berkata Seberang Jaya berada di bawah Umno selama lebih 50 tahun, jadi pihaknya sedang meneliti semua masalah mereka untuk menyelesaikannya.Dr Afif memenangi kerusi Seberang Jaya dalam pilihan raya umum tahun lepas. klik di sini








Jika merujuk kepada pemimpin itu , pastinya  Timbalan Ketua Menteri 1 iaitu P Ramasamy dari parti DAP sahaja yang mempunyai masalah dengan PKR di DUN Seberang Jaya sebelum ini.







Ini kerana selepas menang , Adun Seberang Jaya Dr Afif Bahardin mengabaikan kebajikan kaum India dalam isu car wash milik penyokong PKR yang OKU . klik di sini

Sebenarnya Ramasamy pernah membela pengundi India yang membuka car wash di Seberang Jaya dan membenarkan mereka berniaga di tanah dekat dewan JKKK melalui surat sokongan beliau . Tapi YB Afif dan JKKK menghalau mereka walaupun rayuan telah dipohon . 



Jadi tak mustahil  terdapat cakap-cakap dikalangan pengundi India di Seberang Jaya bahawa mereka diarahkan memboikot PKR kerana Adun dikawasan berkenaan tidak menjaga kebajikan masyarakat India disitu.

Ramasamy dikatakan meminta pengundi-pengundi India permatang pauh boikot calon PKR kerana kebajikan orang-orang india tidak dijaga oleh adun dan ahli parlimen PKR sebelum ini terutamanya di Seberang Jaya.






ADUN PKR Seberang Jaya ini masih belum menjawab isu beliau sebaliknya pembohongan jijik yang cuba dibuat memburuk-burukkan Suhaimi Sabudin, calon BN di PRK Permatang 




Tinjauan juga mendapati, pondok-pondok panas serta bendera BN kini menguasai hampir keseluruhan DUN Seberang Jaya berbanding PKR. Ini menguatkan lagi dakwaan boikot oleh jentera serta pemimpin India DAP di PRK kali ini.

Dengan perkembangan terbaru ini, ia merupakan berita buruk buat calon PKR Wan Azizah untuk mempertahankan Parlimen Permatang Pauh yang dikuasai oleh pembangkang sejak sekian lama.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.