..

..

BILA PRESIDEN PAS TAK SETUJU NAJIB DIDESAK LETAK JAWATAN

on Tuesday, May 12, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus kekal memimpin kerajaan kerana dipilih menerusi sistem yang adil.

 Kenyataan Hadi ini merupakan pertama daripada Pakatan Rakyat (PR) – menyokong Najib yang kini diserang hebat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

 “Beliau tidak sepatutnya tunduk kepada desakan dan beliau seharusnya diberi peluang untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya,” kata Hadi di Kuala Terengganu seperti dilaporkan Mstar Online.

 “Saya bersetuju dengan beliau yang beliau tidak perlu meletakkan jawatan dan saya mesti katakan yang beliau seharusnya diberikan peluang untuk menghabiskan penggalnya.”

 Menurut Hadi, adalah sia-sia mendesak perdana menteri supaya meletakkan jawatan berhubung kontroversi mengenai dakwaan penglibatan presiden Umno itu dengan 1MDB. “Sesuatu yang memalukan apabila mendesak beliau supaya meletakkan jawatan kerana kita sepatutnya mengamalkan sistem demokrasi yang sihat.

“Ini bukan perkara baharu. Sebelum 1MDB, kita juga berhadapan dengan masalah Perwaja (Steel Sdn Bhd) dan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), sekadar menyebut beberapa nama,” katanya lagi.

Semalam Dr Mahathir meneruskan serangannya, mengatakan dirinya dalam keadaan serba salah apabila mahu melihat Umno memenangi pilihan raya tetapi enggan melihat kemenangan Najib dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.



SELOKA BLOG KERIS PUSAKA UNTUK JEMUAN DALAM UMNO

Seloka buat jemuan UMNO

Ada orang UMNO nk desak PM berundur dan berhenti, 
kerja 24 jam pecah belah parti,cucuk sana sini,
yg dah jadi mantan gigih kutuk pemimpin parti, 
tak bagi muka kpd Perdana Menteri utk selesai sendiri, 
Presiden PAS pun sokong Perdana Menteri , 
Perlu apa PM berundur diri, Dipilih dengan sah melalui sistem demokrasi, 
Jika tak puas hati tunggulah pemilihan parti, 
Biar nanti PRU 14 rakyat buat pilihan sendiri,
Pemimpin datang dan pergi, UMNO tetap akan teguh berdiri,

~Keris Pusaka~



Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.