..

..

BERANIKAH WAN AZIZAH LETAK NAMA UNTUK PM BAYANGAN ??

on Wednesday, May 20, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini dicabar menamakan siapa calon Perdana Menteri dalam kabinet bayangan Pakatan Pembangkang selepas ketiadaan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, bakal Perdana Menteri Malaysia hendaklah datang dari sebuah parti yang kuat dan dalam konteks pakatan pembangkang, parti Dap dilihat lebih layak untuk menduduki kerusi terbabit kerana parti itu memenangi 37 kerusi di Dewan Rakyat berbanding parti PKR dan Pas.
“Dap mempunyai 37 kerusi Parlimen, PKR cuma 29 dan Pas ada 21 kerusi. Sudah pastilah Dap yang boleh jadi Perdana Menteri bayangan di kalangan pakatan mereka.
“Jadi, nak bagi siapa jawatan tersebut kerana jika nak letak pada Ketua Pembangkang, Dr Wan Azizah sebagai Perdana Menteri bayangan, maknanya ia datang dari parti yang lemah. Jika parti yang lemah tentulah sukar untuk menjadi Perdana Menteri yang kuat kepada Malaysia”, ujarnya ketika diminta mengulas mengenai hasrat Ketua pembangkang yang baharu, Dr Wan Azizah yang mahu melaksanakan kembali kabinet bayangan pakatan pembangkang.
Malaysia jelas beliau lagi memerlukan seorang Perdana Menteri yang datang dari parti yang kuat, contohnya Perdana Menteri hari ini adalah dari sebuah parti yang mempunyai 89 kerusi di Parlimen, jumlah kesemuanya termasuk BN ialah 134 kerusi Parlimen.
Tambahnya, sekiranya PM dalam kabinet bayangan itu datangnya dari PKR, maka ia adalah calon yang lemah kerana parti itu tidak menguasai majoriti di Parlimen berbanding UMNO yang menguasai 89 kerusi Parlimen.
Terdahulu Ketua Pembangkang baharu, Dr Wan Azizah Wan Ismail mengambil langkah drastik apabila mengumumkan akan membentuk kabinet bayangan Pakatan pembangkang. – MediaUMNO


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.