..

..

AZMIN ALI KANTOI BILA FITNAH ISU PINJAMAN TEKUN SALAH FAKTA @IsmailSabri60

on Tuesday, May 19, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Fitnah pembangkang mengaitkan kerajaan dengan ketirisan sekali lagi tidak menjadi apabila Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali dibidas ekoran memberikan fakta salah mengenai tabung bantuan Tekun.

Timbalan Menteri  Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, dakwaan Azmin menuduh kerajaan bersikap tidak adil dalam pembahagian pinjaman Tekun kepada masyarakat orang asli adalah salah sama sekali.

"Statistik yang disebut YB Gombak (Azmin) hanyalah bagi tiga kawasan sahaja. Tapi statistik bagi kawasan lain YB Gombak tak sebut.


"Kenapa pilih-pilih begitu? Ini adalah tidak benar," kata Tajuddin menjawab soalan Azmin.

Menurut Azmin, Barisan Nasional (BN) hanya memberikan bantuan Tekun kepada 48 warga orang asli yang kesemuanya dianugerahkan sewaktu pilihan raya merangkumi 11 di Parlimen Teluk Intan, 10 di Bera dan 27 di Rompin.

Tajuddin merangkap Ahli Parlimen Pasir Salak berkata, jumlah penerima Tekun jauh lebih besar daripada statistik yang disebut Azmin.

"Saya nak sebut di sini, jumlahnya (penerima Tekun) adalah 228 orang. YB sebut berapa orang? Baki yang banyak ni YB tak sebut," katanya.

Jelas beliau, dakwaan pemberian pinjaman sewaktu pilihan raya juga tidak berasas kerana bantuan tersebut telah diberikan lama sebelum itu lagi.

"Ini semua telah diberikan lama dahulu. Tak ada semasa pilihan raya kecil. Tuduhan ini tidak betul," 

tegasnya.




Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.