..

..

APA AHLI PKR SELANGOR BUAT DI PERMATANG PAUH ,SABOTAJ KAK WAN ?? #Kakwan4pp

on Monday, May 4, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


PKR terus bergolak, apabila sekumpulan individu yang mahu dikenali sebagai Suara Akar Umbi Keadilan (SAUK) muncul dan membuat sidang akhbar menyatakan penyesalan mereka di atas pencalonan Wan Azizah untuk bertanding di pilihanraya kecil Permatang Pauh.
Hujah mereka, mengapa sebegitu mudah Wan Azizah meminggirkan hasrat dan cita-cita pengundi Kajang yang telah memilih beliau pada pilihanraya kecil Kajang di bulan Mac tahun lalu.
Hakikatnya, Kajang masih terbeban dengan masalah banjir yang tidak berkesudahan, malah usaha-usaha ke arah penyelesaiannya juga dilihat hampir sifar oleh penduduk.


Apa yang menarik, Mazli Saring, selaku jurucakap SAUK memberitahu, Wan Azizah bertanding di Permatang Pauh adalah kerana inginkan kerusi Ketua Pembangkang di Parlimen. Persoalannya, mampukah Wan Azizah menjadi ketua pembangkang, sedang beliau sama sekali gagal melaksanakan tugas mudah selaku ADUN Kajang?
Bukan itu sahaja, penulis juga rasa sedikit pelik, apabila SAUK secara terus terang menyatakan niat Wan Azizah itu. Apa salahnya jika Wan Azizah berstatus ketua pembangkang? Bukankah beliau juga dari parti yang sama?
Keraguan penulis tentang motif SAUK mungkin terjawab, apabila terbaca kain rentang yang dibawa oleh penyokong-penyokong SAUK seperti foto di atas.
Mereka mendakwa niat Wan Azizah menjadi ketua pembangkang, lantas membuat sidang media untuk memberitahu pengundi Permatang Pauh agar “memilih calon yang tepat untuk berkhidmat kepada masyarakat”, sambil meminta pengundi mengenang kembali tempoh waktu Wan Azizah bergelar Ahli Parlimen Permatang Pauh.


Apakah maksud di sebalik kain rentang “Ahli Akar Umbi PKR Mahu Azmin Pangku Presiden”? 
Apakah ini satu lagi gerakan dari Azmin, yang sememangnya dikenali sebagai “tidak sebulu” dengan Wan Azizah selama ini?



 Apakah Azmin bercita-cita untuk menjadi Presiden, sekaligus menjawat jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen?
Jika tidak, Azmin perlu membuat kenyataan penafian berhubung persoalan yang penulis lontarkan.
Sebenarnya, penulis tercari-cari jawapan, mengapa Azmin dilihat muram pada malam pengumuman calon Parti Keadilan Rakyat untuk pilihanraya kecil Permatang Pauh kali ini. SUMBER 


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.