..

..

AMK TETAP BERKERAS TAK LAYAN TUNTUTAN PEMUDA PAS P.PINANG #PRKPermatangPauh #kakwan4pp

on Sunday, May 3, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Patut la tiada  KP PAS negeri hadir kerana sidang media oleh Ketua AMK Nik Nazmi ini enggan melayan tuntutan pemohonan maaf oleh Pemuda PAS Pinang kepada AMK berhubung penghinaan terhadap Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang .

Nampaknya isu pertelingkahan antara AMK  dan Pemuda PAS P.Pinang belum lagi selesai . Walaupun Suhaizan Kaiat turun sekadar wayang  selaku wakil dari  Pemuda PAS , dia tidak mendapat sokongan di sini dan keseorangan .


 Hingga kini berbaki 4 hari lagi berkempen ,  belum ada jentera Pemuda  PAS membantu PRK Permatang Pauh kecuali geng PASMA , Mujahid , Mat Sabu dan Salleh Man .





Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat enggan bertanggungjawab dalam isu gesaan permohonan maaf Pemuda PAS Pulau Pinang berhuhung isu pelaksanaan hudud yang diperjuangkan PAS.

Ketua AMK Pusat, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kenyataan penghinaan terhadap PAS yang mengguris perasaan ahli parti sekutu pakatan pembangkang itu adalah bersifat peribadi.

"Itu kena tanya pada orang berkenaan, sebab itu bukan kenyataan rasmi AMK. Kenyataan itu bukan dibuat atas nama AMK," katanya pada sidang media bersama kepimpinan Pemuda Pakatan Rakyat di Kampung Pelet di sini, Sabtu petang.

Hadir sama pada sidang media itu ialah Ketua Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat dan Ketua Pemuda DAP, Ng Wei Aik.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai gesaan Pemuda PAS Pulau Pinang yang bertegas menuntut permohonan maaf ekoran kenyataan Timbalan Ketua AMK Pulau Pinang, Khairil Anuar Kamaruddin yang menghina Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung hudud.

Isu berkenaan menjadi polemik dua sekutu pakatan pembangkang itu apabila kepimpinan Pemuda PAS Pulau Pinang dan PAS Kawasan Permatang Pauh mengambil keputusan untuk memboikot kempen PKR dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh.

Bagaimanapun kedua-dua entiti berkenaan akhirnya membuat keputusan untuk membuat 'pusingan U' dan menyokong pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Pakatan Rakyat.

Mengulas lanjut mengenai kesan mengenai isu yang dibangkitkan Pemuda PAS terhadap kempen PRK Permatang Pauh, Nik Nazmi berkata semua pihak kini meletakkan sasaran untuk memenangkan calon PKR sebagai matlamat utama.

"Hari ini kami semua ada, bersama dengan juga ada saudara Suhaizan. Kita buat kerja bersama fokus untuk menangkan calon Pakatan sama ada di Permatang Pauh atau di Rompin.

"Jadi kita move forward. Kita bergerak ke depan. Saya turun ke bawah...saya tak nampak isu itu, respon akar umbi PAS dan juga DAP sangat positif. Kita teruskan kerja kita," katanya. 


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.