..

..

ALAHAI ..PKR TAK MALU JAJA PROJEK KERAJAAN BN DI AKHBAR #PRKPermatangPauh

on Tuesday, May 5, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Sidang media yang dibuat Oleh Ketua Menteri pagi tadi bersama Rafizi menunjukkan mereka cukup tertekan dengan bukti bukti yang ditunjukkan bahawa kerajaan negeri meminggirkan Permatang Pauh. Maka mereka terpaksa recycle semula semua projek -projek yang telah mereka lalukan.


Ternyata memang benar projek pembangunan dan kesejahteraan rakyat amat amat kurang di bawa oleh kerajaan negeri dan ahli parlimen sebelum ini. Lalu mereka terpaksa menggunakan semua projek peruntukan BN untuk bumi Permatang Pauh.

Lebih teruk peruntukan untuk agama Islam di war warkan semula untuk menyatakan kamilah yang terhebat membantu umat islam di Pulau Pinang. Apa yang dinyatakan dalam sidang media tadi merupakan hujah lama yang di gunakan semula untuk menampakkan merekalah yang melakukan projek kebajikan untuk rakyat permatang pauh.
Maka semua kos ambilan tanah bagi tapak cadangan Dewan Permatang Pasir pun di ambil kira sedangkan ianya tidak melibatkan pengeluaran kos dari bajet kerajaan negeri. Takpelah admin pun kasihan juga pada state sebab dah takde projek yang boleh mereka claim untuk menunjukkan mereka menjaga Permatang Pauh.
Paling menggelikan hati admin hari ini dalam Akhbar Sinar , mereka mungkin membeli ruangan iklan untuk memaparkan tentang projek pembangunan di Permatang Pauh yang 100% dibina oleh BN . Uitm, Politeknik, Hospital Seberang Jaya dan Bangunan MPSP .

 Kasihankan......Dahulu bukan main PR kata projek bangunan MPSP ni gagal dan sebagainya. Alih-alih contoh yang di ambil Bandar Perda .Mereka mempunyai dana yang kukuh untuk membeli ruangan Iklan dalam akhbar
Pembangunan Bandar Perda siapakah yang menguruskannya? Admin bersimpati dengan PR yang sudah ketandusan hujah untuk membuktikan mereka membawa pembangunan bagi Permatang Pauh.

Pemberian Biasiswa Kecil ini under kerajaan negeri atau Biasiswa Kecil Persekutuan yang diberi oleh kerajaan BN kepada pelajar pelajar yang layak dari seluruh Malaysia yang turut dirasai oleh pelajar di Permatang Pauh. Bantuan warga Emas RM 100 mungkin diberi oleh kerajaan negeri tetapi jangan lupa Bantuan Orang Tua (BOT) yang diberikan RM300 sebulan seorang sebagai saraan hidup kepada warga emas yang memerlukan bantuan supaya terus tinggal dalam komuniti adalah melalui peruntukan kerajaan pusat.
Flat Jalan Tuna ni projek PR ke .... ( sedih la sebab claim projek yang dibina zaman BN). Projek tebatan banjir di kawasan jalan utama sehinggalah mereka terpaksa merasmikan projek tebatan banjir Kg Permatang Rawa. Masjid seberang Jaya juga dibina dengan keprihatinan kerajaan BaN .
Ada jug yang selitkan RM 20 juta biasiswa yang state umum di bawah yayasan untuk penajaan anak anak Pulau Pinang yang ingin melanjutkan pengajian . RM 20 juta tu untuk menyatakan BN tidak langsung memberi biasiswa kepada anak pulau pinang. Tak perlu kot admin dedahkan jumlah biasiswa JPA yang anak pulau pinang dapat termasuk jumlah tajaan dalam program my brain.

SUMBER : ANAK SEBERANG


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.