..

..

AHMAD MASLAN DIGELAR CIKGU GST SEMPENA HARI GURU #TerimaKasihCikgu @ahmadMaslan

on Saturday, May 16, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Ketabahan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan dalam memberi maklumat mengenai cukai barang dan perkhidmatan (GST) menjadikannya memenuhi elemen untuk kategori seorang guru cemerlang kepada seluruh rakyat negara ini.

 Pengarah Kastam Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), Datuk Subromaniam Tholasy berkata, kesungguhannya dalam memberi penerangan sekali gus kesabarannya menanti rakyat untuk faham mengenai isu berkenaan dilihat ciri terbaik yang perlu ada dalam jiwa seseorang pemimpin negara.

 "Zalimkah apabila Ahmad selama ini bersungguh-sungguh memberi penerangan yang betul dan cuba memperbetulkan keadaan yang tidak betul?

 "Apa yang dilakukannya selama ini adalah untuk memberi kesedaran kepada rakyat terhadap kepentingan GST. Ahmad melakukan tugasnya dengan baik selama ini.

Dia seumpama seorang guru yang banyak mendapat dugaan malah kecaman namun rela berkorban untuk murid-muridnya (rakyat) faham apa itu GST," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ahmad sebelum ini meluahkan rasa kecewa apabila kebanyakan kenyataannya terutama mengenai isu GST banyak diputarbelitkan oleh beberapa pihak.

Jelas Ahmad, walaupun kehidupannya sebagai seorang menteri banyak berubah selepas perlaksanaan GST, namun dia sedar tanggungjawabnya untuk terus memberi penerangan kepada orang ramai mengenai kebaikan cukai itu.


Dalam pada itu Subromaniam menambah, rakyat pasti akan sedar suatu hari nanti terhadap kebaikan 'ajaran' Ahmad mengenai GST.

"Sebab itu bagi saya rakyat akan sedar satu masa nanti kerana mungkin pada masa ini banyak lagi yang perlu dibuat untuk memupuk pemahaman rakyat terhadap cukai ini.

"Bagaimanapun kadang-kadang sasaran pemahaman ini tidak kena, seperti peribahasa Melayu 'Marahkan nyamuk, kelambu dibakar', rakyat tetap akan marahkan Ahmad walaupun yang menaikkan harga adalah peniaga yang degil,"
ujarnya.



Oleh itu jelasnya, rakyat diminta terus bersabar dan menanti hasil positif GST selain terus memberi sokongan kepada 'tunjuk ajar' Ahmad tentang cukai itu.

Sementara itu Ahmad di dalam laman Twitternya terus memberi penerangan terhadap kebaikan GST.

Sambil menyenaraikan beberapa barangan, Ahmad menegaskan, pelbagai produk seharusnya diturunkan harga selepas pelaksanaaan GST dan menyalahkan peniaga yang masih enggan menurunkan harga dengan alasan yang tidak munasaba


Ahmad sebelum ini dilaporkan berkata tidak akan berhenti bercakap mengenai GST walaupun apa sahaja desakan pembangkang untuknya berhenti memberi maklumat mengenai cukai baharu itu.

BACA: GST: 'Katalah apa sahaja, saya tidak akan berhenti bercakap' - Ahmad Maslan

Sebelum ini, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Dr Abdul Jalil Hassan menyifatkan emosi rakyat negara ini yang dikatakan terganggu dengan beberapa kenyataan Ahmad berkaitan GST dilihat bakal pulih dalam sedikit masa lagi.

BACA: Saya tak pernah cakap 'duduk bulan kalau tak mampu bayar GST' - Ahmad Maslan

Jelas Abdul Jalil, pelbagai pendapat rakyat terutama di media sosial dilihat proses biasa meluahkan perasaan yang normal bagi setiap manusia.


3 Responses

  1. Anonymous says:

    Setakat beri penerangan kebaikan GST,,tapi tiada penguatkuasaan dan pemantauan menyeluruh terhadap peniaga.yang rakus menaikan harga barang .rakyat yang termia kesannya.dengan pelbagai kenaikan serupa tak ada gunanya cerita bagi rakyat faham

  2. Peniaga kecil bila beli barang dengan pembekal,mereka kene beli dengan harga gst.apabila jual,diorang x boleh kenakan gst sbb x berdaftar atau jualan kurang 500k setahun.kalau x naik harga barang,cam mane diorang nak bayar kos overhead?

  3. Anonymous says:


    Golongan Mamak Haramjaddaj yang didokong kuat oleh Mamak Boss Mahathir Mohammed, ini berterusan menabur onar dan fitnah supaya Orang-Orang Melayu membenci Para Pemimpin dari Kalangan Orang-Orang Melayu khususnya PM Najib dan TS Muhyiddin.

    Golongan Mamak ini disokong kuat oleh Blogger Kuat PemFitnah spt:

    1. Syed - Outsidethe box.
    2. Din Turtle.
    3. Apanama
    4. A Kadir Jasin
    5. Zainuddin Maiden
    6. Celah Gelegar
    7. Putra Merdeka
    8. Just Read
    9. Minaq Jinggo- Jinggo Photos
    10. Mummy Rokiah
    11. Another Bricks of The Wall
    12. Kluang Diamond - Blogger Binggung yang mencari Identity menumpang Isu-isu utama.
    13. Just My Thoughts

    Ada juga Blogger-Blogger Melayu di atas yang Banggang, Bebal, Bahalul, Bodoh, Binggung yang tercocok hidung dalam mengikuti dakyah, fitnah yang dipelopori oleh golongan Mamak.

    Melayu harus waspada pada Blogger Golongan Mamak yang setiap Hari cuba Melemahkan dan Menjatuhkan Usaha-Usaha yang dibuat oleh Kerajaan UMNO/BN yang majoritinya Orang-Orang Melayu.

    Kerajaan Melayu Melaka jatoh ketangan Portugis, bermula era Penjajahan Asing disebabkan Golongan Istana dikuasai dan dikawal oleh Golongan Mamak.

    Hari ini, Golongan Mamak menguasai seluruh Pentadbiran Kerajaan Malaysia - Ketua Setiausaha Negara, Ketua Perbendaharaan Negara, Ketua Polis Negara, Majlis Keselamatan Negara, Tabung Haji, waimma 1MDB semuanya diterajui oleh Mamak.

    Lemahkah Orang Melayu bila mana Semua Jawatan Tinggi Kerajaan diterajui oleh Mamak? Bila lagi Orang Melayu Hendak INSAF???

    Ini bukan seruan dan isu perkauman, tapi marilah kita sama-sama berfikir sejenak, wahai bangsa ku orang-orang Melayu.

    Melayu bergaduh, menang sorak, kampung tergadai???

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.