..

..

AHMAD MASLAN DIFITNAH & DIKUTUK LAGI MACAI PR

on Tuesday, May 12, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment





Seperti yang umum ketahui, kebelakangan ini sejak pelancaran cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 1 April lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan merupakan antara pemimpin Umno paling banyak menjadi mangsa 'troll' (persenda) di Internet.

Melihat 'troll itu, beliau bangkit tengah malam tadi memberi maklum balas dengan mengkritik keras terhadap pelaku tindakan itu sambil menyifatkan golongan itu sebagai 'bankrap modal'.

Beliau mengulas dengan merujuk penyebaran poster menerusi laman sosial Internet dipetik sebagai berkata, pengkritik cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan disaman.

"Ini satu fitnah dan kerja bodoh. Saya tak pernah cakap dua perkara itu."

"Orang yang suka fitnah ialah kumpulan bankrap moral," tulis anggota Parlimen Pontian itu di Twitter.

Difahamkan, poster beserta gambarnya itu turut memetik kenyataan palsunya sebagai menyebut:

"Tak mampu bayar GST duduk kat bulan!"

Ahmad adalah antara pemimpin Umno paling gigih mempromosikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), termasuk di Twitter.

Namun, di sebalik kegigihan itu, beliau turut dilihat sebagai pihak paling banyak dikritik susulan penjelasan-penjelasannya itu. - Utaranews.com


One Response

  1. Anonymous says:

    Teruskan dengan penerangan yg betul, Mad. Sekiranya macai pembangkang tu fitnah, saman je supaya kamu x dipermain2kan.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.