..

..

ADUN PAS SALLEH MAN SANGGUP KETEPIKAN HUDUD DEMI MENANGKAN WAN AZIZAH #PRKPermatangPauh

on Wednesday, May 6, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


Semasa ceramah Ustaz Kazim Elias di Pmtg Pasir , kalau nak undi calon kena tengok yang boleh angkat tangan sokong hudud ,  Adun tunggal PAS di P.Pinang Salleh Man membuktikan dia  antara yang tidak akan angkat tangan . 
Beliau  sanggup mengenetepikan  pendirian  Presiden PAS , Ketua Dewan Ulama  dan  ahli akar umbi  di Permatang Pauh sendiri    untuk melihat perlaksanaan  hudud di Kelantan . 


.


Kata-kata  Salleh Man umpama cakap belit  orang PKR  yang mahu beri fokus kepada ekonomi , keadilan dan kezaliman . 

Jadi , orang PAS menyokong hudud  di Permatang Pasir khususnya  perlu sedar untuk memilih pemimpin yang boleh menyokong hukum Allah ini .   Tak perlu dengar cakap Adun mereka  yang bersekongkol dengan PKR dan DAP ini  kerana orang yang menolak hudud itu adalah zalim 




BUKIT MERTAJAM: Belum tiba masanya untuk hudud dilaksanakan di negara ini, demikian menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) tunggal PAS di Pulau Pinang, Datuk Salleh 
Jelas wakil rakyat DUN Permatang Pasir itu, undang-undang Islam berkenaan hanya boleh dilaksanakan sekiranya rakyat khususnya masyarakat bukan Islam diberi kefahaman yang jelas mengenainya.
"Ini bukan isu...hudud bukan masa yang sesuai untuk dibawa sekarang ini, tidak kena masanya. Kita mesti fokus dalam keadaan hari ini berkaitan masalah ekonomi, keadilan serta kezaliman.
"Bab hudud ini, insyaAllah satu hari nanti kita akan laksanakan...satu hari nanti," katanya ketika ditemui mStar Online di Taman Ciku yang terletak dalam Pusat Daerah Mengundi (PDM) Cross Street di sini, Jumaat malam.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kesan terhadap kontroversi pelaksanaan hukum hudud yang diperjuangkan PAS selama ini dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh yang akan diadakan pada 7 Mei ini.
Bagaimanapun Salleh yakin bahawa konflik di kalangan komponen pakatan pembangkang yang menolak pelaksanaannya tidak akan menjejaskan undi terhadap calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
"Saya tak rasa isu hudud akan memberi kesan kepada pengundi, sebab orang Islam dah faham.
"Cuma sekarang masanya untuk beri kefahaman kepada yang bukan Islam sahaja. Itu ambil masa sedikit," katanya.


4 Responses

  1. Anonymous says:

    Woi, tukar masuk dap la woi!

    Memang susah bila ada parasit2 kafir dap dalam pas.

  2. Anonymous says:

    Salleh Man adalah baruah DAP, pak angguk, keldai...

  3. Dia termasuk manusia yang suka menangguhkan melakukan perkara baik...check balik dalam Quran dan Hadis ttg sifat suka menanggoh2...dah tu nak bawak orang ke arah kesesatan..pakai kopiah putih tapi hati hitam..berhati2 dengan Shaitan Manusia...sekadar peringat bagi warm yg mahu menggunakan 'Aqal

  4. Anonymous says:

    Apa jasa SM kepada pengundi dia. Pencacai tegar DAP & Anugerah tuhan al juburi sampai ternganga-nga.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.