..

..

ADUN DAP SENDIRI TAK PUAS HATI KERAJAAAN NEGERI LARI JAWAB ISU TEROWONG

on Wednesday, May 13, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




PULAU PINANG 12 Mei - Seorang wakil rakyat DAP terpaksa membuat desakan secara terbuka di luar Dewan Undangan Negeri (DUN) mengenai projek pembinaan terowong dasar laut selepas kecewa dan tidak berpuas hati apabila isu yang dibangkitkan tidak dijawab kerajaan negeri.

 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tikus, Yap Soo Huey berkata, beliau terpaksa melakukan tindakan itu selepas usaha mendapatkan penjelasan dalam dua sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum ini tidak mendapat jawapan sewajarnya. Menurutnya, beliau mahukan penjelasan mengapa projek terowong berkenaan diberi keutamaan walaupun tidak menjadi fokus utama dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang.

 “Saya tidak faham kenapa projek terowong ini terlalu diminati kerajaan negeri sedangkan sepatutnya keutamaan projek harus mengikut pelan induk terbabit.

“Apa tujuan melantik syarikat perunding untuk membuat pelan induk itu tetapi kerajaan negeri sendiri tidak mahu mengikutinya,” katanya kepada pemberita di lobi DUN Pulau Pinang, di sini semalam.



Dalam perkembangan berkaitan, Soo Huey meminta Kerajaan DAP Pulau Pinang mengkaji semula cadangan menebus guna tanah di kawasan Pulau Gazumbo berhampiran Jambatan Pulau Pinang. Menurut beliau, kawasan itu yang turut dikenali sebagai Middle Bank merupakan habitat utama hidupan marin terutama rumpai laut di negara ini sekali gus tidak wajar dikorbankan atas nama pembangunan.

“Jika Persiaran Gurney sudah ditebus guna untuk projek pengangkutan, saya rasa tidak perlu lagi untuk menebus guna tanah di Middle Bank,” katanya.

 Turut mempertahankan Pulau Gazumbo daripada diceroboh itu ialah seorang lagi wakil rakyat DAP, Teh Yee Chue yang menggesa kerajaan negeri ikhlas memelihara kawasan laut dan sumber maritim negara. “Kerajaan negeri harus mewartakan kawasan Middle Bank sebagai lokasi marin bagi menjamin ekosistem negeri ini," katanya yang juga ADUN Tanjung Bungah.


3 Responses

  1. Anonymous says:

    Kafir harbi DAP memang laknatullah. Orang Islam patut jauhinya.

  2. Anonymous says:

    Cakap la apa saja ..tokong tak akan dengar punya...tokong katakan..

  3. Anonymous says:

    Patut TDM bagi kritikan kat LGE ni supaya lebih komitted kepada rakyat. Trowong tu pun bilion2 juga harganya semua wang rakyat.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.