..

..

2 MINGGU HIDUP MATI PR , KIT SIANG BAGI SIGNAL JANGAN SOKONG HADI

on Monday, May 25, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Apa maksud hidup mati PR dalam masa 2 minggu ?
Sebenarnya  Kit Siang sedang bagi warning kepada ahli agar buar pilihan semasa pemilihan PAS samada tukar PILIH HADI itu atau keluar daripada PR . 



Tokoh DAP Lim Kit Siang hari ini melaungkan amaran terhadap nasib yang bakal menimpa Pakatan Rakyat dengan menyatakan bahawa gabungan pembangkang itu hanya mempunyai dua minggu untuk hidup.

Tanpa menyebut secara khusus apa yang boleh mencetuskan kematian mengejut Pakatan, Lim bagaimanapun merujuk kepada pemilihan PAS pada 4 Jun, yang bakal menentukan sama ada kumpulan pro atau anti-Pakatan yang akan menguasai parti.

"Masa semakin suntuk untuk Pakatan Rakyat. Dalam masa dua minggu, Pakatan Rakyat boleh berkubur.

"Ini merupakan satu perkembangan politik yang paling lucu," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau memberi amaran terhadap dakwaan bahawa 'kerajaan perpaduan' antara PAS dan Umno boleh berjaya tidak lama lagi, selepas dihalang oleh Allahyarham Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat daripada berbuat demikian sejak 2008.


One Response

  1. Anonymous says:

    Tak saba nak pecahkan islam dlm pas...
    Dan
    malaysia-chronicle.com... Nampaknya semakin cronic.. Siapa dibelakang editor? Siapa yg sponsor? Semakin galak nampaknya.. Mintak admin perati sat.. Kena counter attack tuan.. Dahsyat putarbelu lebih kurang mkini..??

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.