..

..

1MDB : MOF NAFI TUDUHAN TUN MAHATHIR BAHAWA PM BERBOHONG

on Monday, May 25, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 7 Comments




Tuduhan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak "berbohong" mengenai dana 1Malaysia Development Bhd yang disimpan Singapura adalah tidak berasas dan tidak adil, kata Kementerian Kewangan.
Dalam satu kenyataan malam Ahad, Kementerian Kewangan menjelaskan dakwaan yang dibuat Dr Mahathir dalam blognya Ahad.
Menurut Kementerian Kewangan jawapan bertulis oleh Najib, sebagai Menteri Kewangan, mengenai kedudukan kewangan 1MDB di BSI Bank, Singapura, berdasarkan maklumat yang diterima daripada 1MDB.
"Kementerian Kewangan telah meminda jawapan asal yang telah dibuat pada 10 Mac 2015 agar tidak timbul kekeliruan mengenai kedudukan kewangan 1MDB di BSI Singapura dan selaras dengan tuntutan urusan  Parlimen," katanya kenyataan tersebut.
Dr Mahathir pagi Ahad menuduh Perdana Menteri tidak bercakap benar apabila beliau memberitahu Parlimen bahawa wang yang dipegang oleh 1MDB telah disimpan di Singapura.
"Tiada wang telah dimasukkan ke BSI Bank di Singapura, "kata Dr Mahathir.


Berikut disiarkan sepenuhnya kenyatan Kementerian Kewangan
Kementerian Kewangan ingin menjelaskan bahawa jawapan bertulis Dewan Rakyat yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengenai kedudukan kewangan 1MDB di bank BSI Singapura telah ditulis dan disemak oleh pegawai kementerian berdasarkan maklumat dari IMDB .
Kementerian Kewangan telah meminda jawapan asal yang telah dibuat pada 10 Mac 2015 agar tidak timbul kekeliruan mengenai kedudukan kewangan 1MDB di BSI Singapura dan selaras dengan tuntutan urusan  Parlimen. . Tindakan Kementerian Kewangan meminda jawapan asal adalah bukti ia tidak berniat sama sekali hendak berbohong mengenai perkara tersebut
Lantas, dakwaan Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa YAB Dato Sri Mohd Najib yang juga Menteri Kewangan telah berbohong adalah tidak wajar.
Ini ialah kerana lazimnya jawapan bertulis di Dewan Rakyat dibuat atas nama beliau berdasarkan maklumat yang diberikan oleh agensi berkenaan yang kemudiannya  disemak dan diedarkan oleh para pegawai.
Kementerian Kewangan  telahpun mengambil tindakan sewajarnya agar perkara ini tidak berulang.


7 Responses

  1. Anonymous says:

    Pm baca ja laporan yg d sediakan. Kalau laporan yg d sediakan x betul..dua2lah..pm dan 1mdb bohong..x gitu?

  2. Anonymous says:

    SALAM BRO,SEKARANG NI TUNJUKKAN JAWAPAN YANG SEBENAR.ITU YANG KAMI NAK TAHU.ADA KE TIDAK DUIT TU ? KALAU ADA TUNJUKKAN BUKTINYA.ITU SAJA.JANGANLAH MENJAWAB BERBELIT-BELIT.

  3. Anonymous says:

    berdasarkan maklumat 1 MDB? kalau 1 MDB kencing Najib? bodoh betul. Hello! orang luar cek dengan BNM (Bank Negara Malaysia). Cek dengan MAS (Monetary Authority Singapore). yang pegawai kementerian cek dengan 1 MDB saja? sian Najib, Goldman Sach pekena dia terang terang pun boleh senyum lagi. hahaha

  4. Anonymous says:

    Nnpk nye dlm urusan pejabat pm tiada check n balance untuk semaka...apa saja yg disuap dlm mulut najib terus telan....nnpk pemimpin pm.najib tak buat kerja.....boneka oo boneka

  5. Anonymous says:

    Najib kena check mate dgn Mahathir...kah..kah..kah...Tuan penasihat Oh Tuan penasihat.....

  6. Anonymous says:

    "Berikut disiarkan sepenuhnya kenyatan Kementerian Kewangan" Siapa Menteri Kewanggan???....alamat nak kena balun lagi dgn Mahathir....

  7. Anonymous says:

    Menuduh orang berbohong, kalau x benar ia akan berbalik kepada diri sendiri. Lihat PAS yg selalu mencemuh UMNO dah banyak dah apa yg di kata tu berpatah balik ke PAS sendiri. Dunia ini bulat bukan leper.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.