..

..

WARDINA CARI PUBLISITI MURAHAN , SINDIR PENDUDUK ISLAM TAMAN MEDAN TAKUT SALIB !!

on Tuesday, April 21, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Hanya vampire takutkan lambang salib,' kata Wardina Safiyyah, ketika meminta maaf bagi pihak umat Islam berikutan insiden protes di luar sebuah gereja di Taman Medan, Petaling Jaya, Ahad lalu. 

Selebriti tempatan Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot memohon maaf kepada penganut Kristian selepas kira-kira 50 penduduk di Taman Medan, Petaling Jaya mengadakan protes mendesak sebuah gereja menurunkan lambang salib Ahad lalu.

Menulis di laman Facebook, Wardina menganggap tindakan penduduk Taman Medan itu tidak mencerminkan sifat sebenar umat Islam.

"Saya harap salib dibiarkan di situ. Jangan turunkan. Saya bersimpati kepada saudara beragama Kristian. Saya minta maaf kerana anda dibuli oleh saudara Islam saya," katanya melalui tulisan di Facebook.

Sementara itu, tidak sampai tiga jam setelah menerima desakan penduduk Islam, lambang salib yang dipasang di sebuah lot perniagaan Metro di sini akhirnya dibuka semula oleh kontraktor dilantik gereja berkenaan.

Sebelum itu, wakil penduduk, Prof Datuk Abdullah Abu Bakar dengan bantuan polis mengadakan pertemuan dengan ketua gereja berkenaan bagi menyatakan hasrat penduduk di situ.

Menurut Abdullah, hasil perbincangan, pihak gereja menyatakan kesediaan untuk menurunkan lambang berkenaan secepat mungkin memandangkan ia telah mencetuskan kekecohan penduduk setempat.

“Kita cuba hormati amalan agama mereka namun, pihak mereka juga disarankan untuk menjaga sensitiviti penduduk di sini,” katanya.

Terdahulu, kira-kira jam 11 pagi semalam, seramai 100 penduduk Taman Medan berkumpul membantah pemasangan lambang berkenaan.

Penduduk yang ditemui memaklumkan, pemasangan lambang tersebut disedari beberapa hari lalu dan tindakan itu dipertikaikan kerana 95 peratus penghuni di kejiranan berkenaan beragama Islam.


***Ada lagi artis poyo ni ..suka betul dia cari populariti dalan isu2 seperti ini . Cukup la benda dah selesai pun antara pihak gereja dan penduduk dengan bantuan Polis . 

Kes ini jadi besar bila dimainkan dan spin media pembangkang.
Tak payah nak lebih2 la wardina..


3 Responses

  1. Anonymous says:

    Habis makcik2, pakcik2 UMNO diketuai oleh abang KPN tu tak cari publisiti murahan. Nampak salib sensitive konon.. tah2 baca alfatihah pun masih tak betul. Sembayang tah cukup tak 5 waktu.

  2. Anonymous says:

    Lama nama tak viral di media maya, inilah peluang utk disebut2 semula. Tak kisah sisi mana. Biar menyakitkan penganut Islam sekalipun. Janji viral. Wardina oh wardina.

  3. Anonymous says:

    Biarkan mereka beri pandangan...apa masaalahnya jika baca Fatihah tak betul sekalipun...anda bagaimana dengan berniat yang buruk sangka kepada mereka? Kalau tak betul mereka yang tanggung...bukanya anda!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.