..

..

WAN AZIZAH BENGANG TAGLINE CUKUPLAH KAMI PULAK OLEH BN DI #PRKPermatangPauh

on Thursday, April 30, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




BUKIT MERTAJAM: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR),  Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melahirkan kebimbangannya terhadap strategi kempen Barisan Nasional (BN) di Permatang Pauh terutama yang menggunakan tagline tertentu.

Misalnya tagline "cukuplah...kami pulak" yang tertera pada poster dan kain rentang pihak lawan untuk memancing undi.

Sehubungan itu, Presiden PKR itu mengingatkan pengundi di kawasan berkenaan supaya tidak mudah terpengaruh dengan strategi pihak lawan.

Ada banner yang katakan, “cukuplah...kami pulak"
"Aik...mana boleh bagi kat depa, Federal (Pentadbiran Persekutuan) depa dah pegang, tak betul tu,” katanya ketika melancarkan Jabatan Daerah Mengundi (JDM) di Kubang Ulu di sini, Selasa malam.

Mengulas lanjut dalam majlis pelancaran ringkas itu, Dr Wan Azizah berkali-kali berharap agar pengundi tidak terpedaya dengan strategi BN yang cuba meraih undi bagi merampas kerusi Parlimen Permatang Pauh yang dimenangi PKR sejak 1999.

“(Kerajaan) Persekutuan bawah BN, jadi kita (kena) pegang Parlimen Permatang Pauh sebab kita nak ada suara dalam Parlimen,” katanya.

Sejak Selasa, BN mula menaikkan poster dan banner di beberapa kawasan tertentu dengan pelbagai tagline dan slogan termasuk “cukuplah…kami pulak” yang bermaksud mahu pengundi memberi peluang kepada parti itu mewakili rakyat di Permatang Pauh.

Pada PRK yang akan diadakan pada 7 Mei ini, Dr Wan Azizah berhadapan saingan empat penjuru menentang calon Barisan Nasional (BN), Suhaimi Sabudin, Azman Shah Othman dari Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan seorang calon 


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.