..

..

UMNO TEPATI JANJI BANTU MANGSA RIBUT SEBERANG JAYA TAK DAPAT BANTUAN @dzainalabidin

on Friday, April 17, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Rungutan mangsa ribut di Kg Surau , Seberang Jaya di Sinar Harian  terus mendapat pembelaan daripada UMNO Bahagian Permatang Pauh . 

Malah sejak hari kejadian , ahli JKKKP di situ telah melawat dan hari ini bantuan peruntukan dijanjikan membaiki bumbung diperolehi disampaikan oleh wakil pimpinan bahagian . 

Persoalannya , di manakah peranan kerajaan negeri dan Adun Sbrg Jaya yang bergelar Exco ?





SEBERANG JAYA - Sebuah keluarga yang juga mangsa ribut di Kampung Surau Seberang Jaya masih mengharapkan pemberian bantuan bencana yang masih belum diterima.

Mangsa, Zailani Yahaya, 39, berkata, ketika ribut melanda kediamannya, dia keluar bekerja manakala isteri, ibu dan dua anaknya di rumah.

Menurutnya, dia menerima satu pesanan ringkas yang memaklumkan kejadian itu yang melanda rumahnya.

“Bimbangkan keselamatan keluarga, saya pun bergegas pulang untuk melihat apa yang berlaku.

"Apabila sampai di rumah, saya lihat bumbung rosak manakala  perabot serta beberapa peralatan elektrik seperti peti sejuk tidak dapat digunakan lagi,” katanya.

Zailani berkata, kehidupan mereka sekeluarga kini hanya bergantung dengan bantuan saudara, sejak rumah mereka terjejas.

Menurutnya, segala dokumen disiapkan awal untuk proses permohonan bantuan, namun hampa kerana sehingga kini pihak terlibat belum lagi datang membantu.

“Saya bukan meminta-minta, namun dalam keadaan seperti ini, dengan kerugian hampir RM15,000 yang  dialami, mana nak cari wang sebanyak itu untuk ganti semua peralatan yang rosak.

“Tambahan kini kami sekeluarga terpaksa menumpang di rumah abang disebabkan keadaan bumbung yang sudah terkopak di bahagian atas,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Jalan Tun Hussein Onn, Mohamad Yahaya berkata, sepatutnya pihak berkenaan menangani isu melibatkan bantuan mangsa ribut dengan lebih berkesan.

“Orang kampung bukannya semuanya senang, manalah mereka nak cari wang baiki rumah yang rosak.

“Sepatutnya bantuan diuruskan dengan cekap, kita tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak, masing-masing ada tanggungjawab perlu dilakukan,” katanya.



Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.