..

..

UMNO MAHU MELAKAR SEJARAH BARU PERMATANG PAUH

on Sunday, April 12, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Semasa ucapan TPM TS Muhyiddin Yassin  di perjumpaan khas bersama jentera sayap & parti komponen BN  siang tadi , mood  jentera UMNO nampak ok  dan bersemangat  walaupun pelbagai isu politik  peringkat nasional panas  seperti kritikan Tun Mahathir kepada kepimpinan PM .

Malah sebelum Muhyiddin ke Permatang Pauh , beliau telah  diserang  blogger Apa nama ntah  yang sedang sibuk juga   serang PM dengan mendakwa Tan Sri Muhyiddin telah diminta untuk melepaskan semua jawatan yang disandang beliau dan tidak dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya bagi PRK Permatang Pauh dan Rompin. 

Tetapi itu semua palsu dan kehadiran beliau ke Permatang Pauh menamatkan pembohonan ini .





MELAKAR SEJARAH BARU PERMATANG PAUH ..

Ia disebut Ketua UMNO Bahagian Cikgu Mohd Zaidi dan turut disambut oleh TPM TS Muhyiddin yang mahu jadikan PRK Permatang Pauh ini penting untuk UMNO & BN berjuang bagi membela naisb pengundi dan rakyat di sini .

Apakah sejarah baru bakal tercipta ??  Ini kerana pasukan transformasi UMNO diketuia  Cikgu Zaidi sudah 2 tahun buat kerja tanpa jemu kepada rakyat Permatang Pauh .

Sejak  turun banjir di Permatang Rawa  sebaik saja   menang Ketua Bahgian hinggalah turun padang ketika  kejadian ribut di Kg Guar Perahu berlaku  semalam , khidmat bakti UMNO Bahagian yang ikhlas membantu  tanpa henti .




Antara intipati ucapan TPM siang tadi : -



Jentera Bahagian 

Muhyiddin nampaknya berpuas hati persediaan 50 %   jentera UMNO Bahagian digerakkan Cikgu Zaidi .  Beliau  mahu UMNO & BN berjuang kerana tiada yang mustahil dalam politik dan yang penting gerak kerja bersama untuk kemenangan parti .

Selain itu ,jentera UMNO perlu bertemu semua pengundi tanpa mengambil kira fahaman politik dan membantu mereka dengan memberi penjelasan sebenar.



Calon 

Muhyiddin berkata UMNO akan menjadikan pengalaman-pengalaman lepas sebagai pedoman untuk menentukan calon yang layak untuk bertanding serta berbincang dengan UMNO Bahagian kerana yang akan menentukan kemenangan ialah pengundi .


Pembangkang

Muhyiddin juga mahu jentera parti kenal pasti musuh kita sebenarnya iaitu pembangkang bukannya orang dalam parti sendiri . Setiap isu yang timbul perlu ditangani dengan bijak agar dasar kerajaan dapat diperjelaskan seperti isu GST , kritikan Tun Mahathir dan lain-lain .

Kerajaan DAP juga mempunyai banyak kelemahan seperti isu kenaikan gerai penjaja , pembinaan rumah mampu milik , masalah kesepakatan  dalam PR  dan lain-lain






One Response

  1. Anonymous says:

    DS Najib boleh mengukur sokongan kaum cina di Penang melalui PRK ini. Kalau tiada peningkatan tak payah dok pujuk depa lagi. Concentrate sahaja kepada kawasan ataupun negeri lain. Kulim International Airport tak payah dok kaji2 lagi. Memang wajar pun dibuat satu lagi di tanah besar dikawasan Utara. Buat apa nak pebesar lagi Bayan Lepas International Airport yang dah pun terlalu teruk kesesakan trafik nya. Cadangan2 tebusguna tanahnya jangan luluskan, biar Guan Eng mampus. Tanah PDC dah habis dijualnya. Lepas ni dia nak jual apa lagi? Dia akan naikkan lagi tarif air, cukai pintu, cukai tanah dsbg untuk menampung perbelajaan pentadbirannya. Biar orang Penang juga mampus.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.