..

..

TUN MAHATHIR PUN KENA BODOH HELLO SIRUL MAHFUZ BEAN

on Friday, April 3, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 14 Comments




Mahfuz berjaya bodohkan Tun Mahathir..

Sebagai seorang negarawan yang dihormati oleh kebanyakan rakyat Malaysia, dua tiga hari kebelakangan ini jelas menunjukkan bahawa Tun Mahathir semakin hilang fokus dan termakan dakyah pembangkang.

Tun Mahathir mengaku bahawa beliau masih belum nyanyuk, tetapi ia tak bermakna beliau masih relevan. Nyanyuk didalam pemahaman melayu ialah penyakit lupa yang dihadapi oleh kebanyakan orang-orang tua yang berumur 70 ke atas. Apatah lagi bagi seorang tua yang berumur hampir 90 tahun seperti The Great Tun Mahathir.

Dan siapa yang membuat kenyataan bahawa melayu mudah lupa? Bukankah Tun Mahathir sendiri mengakui bahawa bangsa melayu kerap lupa dan ianya tak terkecuali dengan diri beliau sendiri walaupun dianggap antara negarawan terulung melayu.

Tun Mahathir juga bangsa melayu.., kecualilah jika Tun Mahathir mahu menafikan bahawa beliau berlainan bangsa dan klausa "melayu mudah lupa" itu terkecuali dari dirinya.

Baru-baru ini Tun Mahathir menyerang kepimpinan negara lagi. Jika sebelum ini kenyataan Tun Mahathir dianggap bijak serta kritis yang lahir dari pandangan peribadi beliau yang kononnya amat konsisten mahu memperbaiki negara, kali ini Tun M di lihat hilang fokus apabila beliau hanya mengulangi persepsi longkang yang dicanang oleh pemimpin-pemimpin pembangkang.

Dalam satu perenggan didalam serangan terhadap Najib didalam blognya, Tun Mahathir di lihat terpengaruh dengan Mahfuz Omar kononnya Sirul Azhar merupakan pengawal peribadi Najib dan juga diarahkan untuk membunuh Altantuya.

Kenapa Tun Mahathir merelakan pemikiran serta kenyataannya 'jatuh' sama taraf dengan Mahfuz Omar yang dikenali sebagai pelawak nombor satu didalam PAS? Ini membuktikan bahawa Tun Mahathir bukannya nyanyuk, tetapi beliau sudah tak relevan kerana hilang fokus.

Jika Tun Mahathir marahkan Najib diatas sebab-sebab tertentu sekalipun, janganlah rosakkan diri serta pemikiran ahli-ahli Umno Baru dengan dakyah serta pembohongan bertaraf longkang dari sumber pembangkang. Jika Tun Mahathir betul-betul sayangkan parti seperti yang didakwanya.., janganlah berperangai seperti budak-budak baru mahu belajar politik.

Tun Mahathir memang belum nyanyuk.., tetapi bapa kepada Mukhriz itu sedang didalam proses "menopause" didalam pertimbangan serta penilaian senario politik negara yang jauh berbeza dari zaman pemerintahannya.

Tun Mahathir mungkin masih belum nyanyuk, tetapi tidakkah Tun Mahathir tahu bahawa Sirul dan juga Azilah mempunyai 9 tahun untuk menjelaskan sendiri semasa perbicaraan didalam Mahkamah tentang kononnya ada arahan dari pihak atasan seperti yang didakwa oleh Tun M.

Jika Tun Mahathir masih belum nyanyuk, Tun M mesti ingat bahawa Sirul hanya memberitahu mahkamah bahawa beliau mendapat arahan dari Azilah selaku pihak Atasannya sebagai seorang anggota Unit Tindakan Khas. Azilah pula mengaku melakukan tindakan sendiri walaupun ada cubaan untuk mengaitkan Razak Baginda didalam kes pembunuhan tersebut.

Tiada bukti yang menunjukkan bahawa Razak Baginda mengarahkan Altantuya dibunuh. Dan tiada bukti yang menunjukkan bahawa Najib Razak terlibat. Malah, entah darimana Tun Mahathir dapat cerita bahawa Sirul merupakan pengawal peribadi Najib.. Yang mengaitkan Sirul dengan Najib hanyalah Mahfuz..

Saksi-saksi telah dipanggil dalam perbiacaraan tersebut dan Sirul serta Azilah sendiri telah diberi peluang untuk membela diri mereka. Ia dilakukan dengan bebas serta telus tanpa sebarang paksaan. Kenapa waktu itu Sirul atau Azilah tak bercakap langsung tentang arahan dari pihak atasan yang Tun Mahathir seolah-olah mahu mengaitkan dengan Najib?

Adakah The Great Tun Mahathir kini diusia tuanya telah menjadi setaraf dengan pemikiran Mahfuz the clown??

Dan jika benarlah Tun Mahathir seorang manusia berprinsip serta hanya berkata yang benar, kemukakanlah bukti Sirul mendapat arahan dari pihak-pihak tertentu serta bukti bahawa Sirul merupakan pengawal peribadi Najib Razak. Buat lah laporan Polis dan juga kemukakan bukti tersebut di mahkamah.

Jika Tun Mahathir masih belum nyanyuk, tentunya Tun masih percaya bahawa semua tuduhan perlu bukti, bukan hanya boleh dilemparkan tak tentu hala didalam blog dengan harapan untuk melingkupkan negara hanya kerana demi kepuasan sendiri. Chewan/Utaranews.com


14 Responses

  1. Anonymous says:

    Kami sebagai Rakyat belum nyanyok. Banyak isu-isu Najib mengelak dan tidak menjawab. Nampak Najib semakin tidak relevant dan perlu ada pemimpin yang betul2 berani, tegas dan tidak diseliputi kontrovesi.

  2. Umoq kalau dah banyak jadi chamtu ler

  3. Lu punya blog dapat payment drp orang2 Najib ka?

  4. Anonymous says:

    Tun mungkin sedang menghadapi konflik dalaman. Tidak dinafikan bahawa beliau adalah negarawan ulung. Dalam masa yg sama beliau merasakan bahawa kesilapan2 besar beliau semasa menjadi pm dan pengaruh beliau selepas meletak jawatan sebagai pm mencalar reputasi cemerlangnya. Antara kesalahan atau kelemahan besar beliau;
    - terlalu percaya kepada anwar, membawanya masuk ke dlm umno, menyokong dan menaikkan anwar sehingga ke jawatan timbalan pm. Akhirnya anwar memijak kepalanya.
    -lemah menilai dan memahami watak wayang anwar selama puluhan tahun, disangkanya manusia jujur.
    -untuk menggantikannya, kurang selidik dan kurang teliti sehingga melantik paklah sebagai ganti. Kelemahannya ialah tidak dapat mengesan kelemahan paklah, seorang yg kurang idea.
    -bila tahu paklah tidak seperti yg diingininya, tun menyerang paklah dari pelbagai sudut hingga paklah terduduk dan dipaksa meletak jawatan. Dengan itu tun mempengaruhi kepimpinan umno untuk menaikkan najib.
    -rupanya perancangannya sekali lagi gagal. Disangkakan najib adalah insan yang hebat, cekap dan berkredibeliti sebagai pm dan dapat meneruskan legasinya. Namun sekali lagi hampa. Tun tidak dapat apa yang.dia nak.
    Serangan bertali arus tun kpd najib sama seperti serangan kpd paklah. Tun tidak dapat menerima hakikat kelemahannya sendiri, maka peluru perlu dihalakan kpd seseorang. Dan orang2 itu ialah orang2 yg dipilihnya sendiri!
    Tun, jika melayu mudah lupa, tidaklah semudah itu melayu hendak lupa campur tangan tun dalam konteks menaikkan karier politik anwar, paklah dan najib. Dan melayu juga masih ingat ketika mana tun menjadi pm, simpanan bank negara pernah rugi berbilion ringgit kerana salah labur.
    Jadi pandangan saya, run sedang menyesali kesilapan, kelemahan dan kekurangan dirinya sewaktu menjadi pm dan org penting politik sehingga mencalarkan reputasi sebagai negarawan ulung.
    Dengar nasihat saya tun - tiada manusia yg betul2 sempurna. Baik tun, anwar, paklah dan najib.

  5. Anonymous says:

    Tun mungkin sedang menghadapi konflik dalaman. Tidak dinafikan bahawa beliau adalah negarawan ulung. Dalam masa yg sama beliau merasakan bahawa kesilapan2 besar beliau semasa menjadi pm dan pengaruh beliau selepas meletak jawatan sebagai pm mencalar reputasi cemerlangnya. Antara kesalahan atau kelemahan besar beliau;
    - terlalu percaya kepada anwar, membawanya masuk ke dlm umno, menyokong dan menaikkan anwar sehingga ke jawatan timbalan pm. Akhirnya anwar memijak kepalanya.
    -lemah menilai dan memahami watak wayang anwar selama puluhan tahun, disangkanya manusia jujur.
    -untuk menggantikannya, kurang selidik dan kurang teliti sehingga melantik paklah sebagai ganti. Kelemahannya ialah tidak dapat mengesan kelemahan paklah, seorang yg kurang idea.
    -bila tahu paklah tidak seperti yg diingininya, tun menyerang paklah dari pelbagai sudut hingga paklah terduduk dan dipaksa meletak jawatan. Dengan itu tun mempengaruhi kepimpinan umno untuk menaikkan najib.
    -rupanya perancangannya sekali lagi gagal. Disangkakan najib adalah insan yang hebat, cekap dan berkredibeliti sebagai pm dan dapat meneruskan legasinya. Namun sekali lagi hampa. Tun tidak dapat apa yang.dia nak.
    Serangan bertali arus tun kpd najib sama seperti serangan kpd paklah. Tun tidak dapat menerima hakikat kelemahannya sendiri, maka peluru perlu dihalakan kpd seseorang. Dan orang2 itu ialah orang2 yg dipilihnya sendiri!
    Tun, jika melayu mudah lupa, tidaklah semudah itu melayu hendak lupa campur tangan tun dalam konteks menaikkan karier politik anwar, paklah dan najib. Dan melayu juga masih ingat ketika mana tun menjadi pm, simpanan bank negara pernah rugi berbilion ringgit kerana salah labur.
    Jadi pandangan saya, run sedang menyesali kesilapan, kelemahan dan kekurangan dirinya sewaktu menjadi pm dan org penting politik sehingga mencalarkan reputasi sebagai negarawan ulung.
    Dengar nasihat saya tun - tiada manusia yg betul2 sempurna. Baik tun, anwar, paklah dan najib.

  6. Anonymous says:

    Admin.
    Walaupun anda menceduk drp blog lain, anda sebenarnya lah yg nyanyuk dan mabuk ketum.

    Tanpa menyelami kata kata ayahanda Tun anda cut and paste apa yg org tulis.

    Apa yg di katakan oleh ayanda Tun bukan dakyah pembangkang. Kami rakyat malaysia sebenarnya nak tau kenapa mereka ini di lepaskan kemudian di kalah dlm rayuan dan di hukum mati. Mana razak baginda?

    Ingat kes mona fendi?
    Siapa mastermind dan siapa yg bunuh dan kerat?
    Kes amat jelas. Yg mengarahkan pun kena gantung dan yg membunuh pun di gantung smpi mati.

    Jadi dlm hal sirul..bukan aku nak sebelahkan sesiapa tapi kalau ada arahan drp seseorg kena lah siasat. Sebagai PM dia tak boleh kata merepek..sebab kes di kaitkan dgn beliau sendiri..

    Sama jgk masa big mama shopping guna jet kerajaan. Najib balik malaysia lepas main golf..pembangkang tanya mana jet dan rosmah? Ada najib counter?

    Abis tu gambar big mama shopping kat bangkok tu? Dan kenapa jet landed di bangkok..adakah kebetulan ataupun meisteri menyelubungi najib?

    Telan walau pahit.
    Dedahkan hakikat bahawa najib amat lemah.
    Kita sayang umno dan bn


    Takkan la kauorg nak bagi anwar dan dap jadi PM kotttt.....

  7. Anonymous says:

    Kalau nak bodek pun jangan menjatuh orang, kalau pandai sangat masuk la politik, bertanding.

  8. Anonymous says:

    1st time aku masuk blog hang.
    Aku sebenarnya bukannya peminat Tun sangat pun.
    Tapi aku rasa nak tergelak dengan kebodohan hang yang meyamakan Tun dengan Mahfuz. Umurnya dah dekat 90tahun tapi otaknya still cergas 1000x kalau nak campare dengan kepala hotak hang.

    Sorry to say this ....Hang punya blog memang taraf longkang!!

  9. Anonymous says:

    Tun Mahathir sudah nyanyuk. DS Najib malas nak layan. Orang2 UMNO semua faham hobi Tun M iaitu menjatuhkan Perdana Menteri. Di akhir hayat mu jangan cari dosa Tun, bertaubatlah. Finah itu lebih buruk dari membunuh. DS Najib sudah bersumpah laknat yang dia tak kenal Altantuya didalam Masjid. Ada orang sanggup merengkok didalam penjara dan takut bersumpah laknat kerana dia bersalah. Berani kerana benar, takut kerana salah. Apa pun Anwar lebih percaya pada balasan Allah dari Mahathir.

  10. Anonymous says:

    hahaha...tahniah la kekuatan BN penang adalah ditahap yg terbaik pada tahun ni berbanding pru 12 dimana PM berasal dr penang tewas negeri sendiri dan pru 13 memyaksikan BN penang hanya tewas kerusi dikawasan bukan melayu..kerja keras dgn program2 di penang skang menyaksikan bukan hanya ahli parti yg meramaikan program tapi sokongan kuat rakyat di penang amat membanggakan..sokongan pada kerjaan DAP Penang boleh dikatakan semakin lemah..tahniah BN penang PRU 14 kita punya!! you want BN???NOOOOOOOO...

  11. Anonymous says:

    Tun M dah jadi bodoh banggang sebab kroni semua hancur....

    Bisness anak2 rugi berbillion billion..

    Mukhriz seorang mb yg gagal..

    Pendek kata, dipengakhiran citer, Tun M GAGAL DALAM SERBA SERBI...

    marina mahathir...tak usah nak citer laaa

  12. bla2 semua bn bengog lancau gst

  13. Salamm mullah qadammullah...apalah yang mike merepek tulis benda cerita ni...abis takkan tetiba si sirul nak bunuh altantuya ...gile meroyan ke apa..abis siapa razak baginda..kenapa sirul dapat arahan bunuh altantuya..habis siapa yang arahkan dia bunuh minah tu...tak kan altantuya yang ada skandal dgn sirul..masakan pokok bergoyang kalau tak ada angin yang tiupnya.....orang yang bongok aja yang pegi bunuh orang kalau tak ada arahan..rakyat tak bodoh..tapi orang-orang yang ada kepentingan aja dgn politikus dan org yang berkaitan aja yang takut bila rahsia ini di dedahkan..sbb allah swt katakan..setiap cerita didalamnya ada cerita.setiap rahsia ada rahsia...jadi apa nak takut benda kenyataan ..terimalah aja hakikat ini siapa yang mengarahkan sirul utk bunuh altantuya..rakyat tak bodoh rakyat boleh berfikir yang mana baik dan yang mana buruk..hanya allah swt yang lebih mengatahui segala apa yang kita tidak ketahui baik yang nyata dan tidak nyata....manusia ini boleh bertukar wajah dan rupa..kerana manusia ini bersifat baharu dan bernafsu...belum tentu seseorang itu memakai serban sampai ke bahu ekornya kita pandang orang itu alim..belum tentu seseorang perempuan itu bertudung labuh kita katakan dia alim..dan beriman..tapi kita tahukah dimana letaknya iman seseorang..dimanalah letaknya daulat ...kita ini manusia biasa..tidak tebal iman kita..dan kita ini tidak ada daulatnya..usah nak berangan dan bermimipilah..kenali diri kita dahulu asal usul diri kita ini baru kita boleh mengenali diri orang lain..mungkin atas dunia akan terlepas akan tetapi di akhirat nanti sebesar kuman pun tak terlepas ..masa tu tidak ada mana tuan hakim yang akan mengadilinya..hanya allah swt yang akan mengadilinya seadil-adilnya...tidak lebih tidak kurang..tidak kecuali pangkat apa pun atas dunia ini..keturunan apa pun atas dunia ini allah swt sama aja mengadilinya nanti..tuan hakim pun akan diadili jugak..tapi paling teruk mereka-mereka yang jadi pemimipin ini akan di adili teruk sekali..sbb mereka tidak memimpin seadil-adilnya..dan tuan hakim ini akan di adili-seadilnya..sbb dia tidak mengadili sebaik-baiknya..sorong papan tarik papan buah keranji dalam perahu bila badan sudah berbalut dengan kain kafan..sesiapa pun tak ambik tahu...hanya diri sendiri yang tahu..

  14. Macam mana dah jadi cacamarba ni. Pakatan kata depa kuat, umno kata rakyat masih sokong.. Very interesting situation.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.