..

..

TUN M PUN KAKI SPIN SEPERTI PEMBANGKANG , BUKAN TUDUH TAPI TANYA ..

on Wednesday, April 8, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 8 Comments


Bila membaca jawapan balas Mahathir  di blognya yang menjawab segala kritikan terhadapnya , kesimpulan GPB boleh buat dia pun kaki auta macam Rafizi . 

" Bukan tuduh tapi tanya " ... itu la ayat pembangkang selalu gunakan untuk halalkan  memfitnah pemimpin BN terutama PM .  Tetapi tanya itulah FITNAH sebenarnya yang membawa persepsi buruk terhadap orang dituduh itu  .

Sama juga seperti Mahathir  yang nampak tarik handbrake  bila orang mula kritiknya yang memetik nama PM supaya jawab   dalam kes pembunuhan Altantuya 


. Ramalan oleh masyarakat sekarang ialah UMNO dan BN akan kalah Pilihanraya Umum ke-14 kerana terlalu banyak tuduhan yang dibuat terhadap Najib yang tidak dijawab olehnya.
2. Ia bermula dengan kes pembunuhan Altantuya, wanita Mongolia yang terlibat dengan skandal pembelian kapal selam.
3. Dua orang anggota polis dituduh menembak mati wanita berkenaan, dibicara, didapati bersalah, kemudian didapati tidak bersalah dan dibebaskan. Kemudian dibicara semula dan dikena hukum bunuh.
4. Seorang daripada mereka berada dalam tahanan tetapi Sirul seorang lagi berada di Australia. Dia membuat kenyataan bahawa dia diarah untuk membunuh.
5. Rakyat tertanya-tanya siapa yang memberi arahan. Sebagai pengawal peribadi Dato Sri Najib, dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang memberi arahan. Tetapi selain daripada Najib berkata Sirul “merepet”, tidak ada siasatan yang dibuat. Ini adalah nyawa manusia. Amatlah zalim jika Sirul dibunuh kerana menjalankan arahan.

Ini jawapan balas Tun bila ramai persoalnya bangkit isu kes lapan tahun dahulu .


2. Dalam blog saya, saya tidak menuduh Dato Seri Najib melakukan apa-apa jenayah. Itu boleh ditentukan jika polis dapat membuat siasatan. Yang saya pohon ialah jawapan kepada soalan-soalan yang disuarakan oleh ramai rakyat.
14. Sudah lapan tahun berlalu kenapa bangkit perkara ini? Ini bukan masalah lapan tahun dahulu. Yang saya soal ialah berkenaan masalah hari ini – masalah nyawa dua orang anggota polis yang dihukum bunuh. Amatlah tidak adil jika mereka dibunuh sedangkan mereka sebagai pegawai rendah polis hanya mengikut perintah.



Jawapan Mahathir  di atas  jelas menunjukkan dia sudah checkmate  .  


Kes ini  sudah diputuskan oleh Mahkamah dan mendapati 2 anggota Polis ini Sirul dan Azilah bersalah . 


Mahkamah juga  telah mendapati tiada sebarang bukti menunjukkan penglibatan individu lain malah Razak Baginda sendiri dilepaskan selepas tiada bukti kukuh mengaitkan beliau . 


Jika benar Sirul menerima arahan , mengapa tiada langsung nama individu memberi arahan  didedahkan  ketika perbicaraan berlansung ??  


Apakah pembangkang nak duduk diam jika Sirul nak dedahkan di mahkamah menerima arahan daripada dari orang tertentu ?


Mahathir  dahulu bercakap semasa kes Anwar suruh rakyat  mempercayai sistem kehakiman negara dalam  menegakkan undang-undang tetapi hari ini dai sendiri  seolah-olah mengajak rakyat tidak mempercayai .






Kesimpulannya ,  Mahathir bukan mahu jawapan dan kalau jawapan diberikan pun dia akan buat bodoh atau buat-buat tak faham  selagi mana Najib tak berambus  angkat beg  meninggalkan Putrajaya & Seri Perdana. 







8 Responses

  1. Anonymous says:

    Admin pun apa kurangnya
    Jawablah soalan tu klu tahu jawapannya. Permudahkan bg pihak Najib.
    Jgn biar bos kamu kena gasak..
    Yg di bawah x berenti menyalak
    Tp bos kamu di atas relax jer buat bodoh... atau memang betul2 bodoh kot
    Klu dah bodoh eloklah turun
    Bg yg kurang bodoh naik..
    Mudah jer
    X susah pun....

  2. Anonymous says:

    Jadi dah faham, apa lagi? berambus lah!

    Apakah kalau Najib tak ada, semua hancur? itu persoalannya. Ketepikan orang tua tu, kalau Najib tak ada, Umno hancur? BN hancur? Negara hancur?

    Umno/BN bertahan pun bukan pasal kuat, tapi pasal silent voters tak ada pilihan.

    Janganlah syok sendiri.

  3. Gua setuju Che Det pon raja spin...dulu suruh percaya mahkamah sekarang dia yang pertikai Mahkamah. ..gua tak hairan. .benih INDIA dia masih UTOH

  4. Melayu@MAMAK MUDAH LUPA atas kebaikkan Tun Abd Razak pada dia sendiri

  5. Anonymous says:

    Masalahnya sekarang ,,, kenapa orang-orang seperti anda sahaja yang berputar belit menjawab dan bersuara??

    Tuduhan-tuduhan terhadap Najib bukan kecil, tetapi amat serius.

    Mengapa tidak dia sendiri menjawab???

  6. Anonymous says:

    Kerja Najib adalah mentadbir negara bukanya sebagai menjawab macam tuduhan..tk semestinya semua tuduhan itu betul..kalau hari2 nk menjawab tuduhan macam mana dgn perancangan untuk melakukan negara.

  7. Anonymous says:

    Isu besar 1MDB tak nak pulak admin ulas....
    rakyat pon tertanya-tanya...sirul dan azilah hanya budak suruhan...bukan lah suatu yg pelik jika mereka diarahkan menutup mulut bagi mengelakkan musibah yg lebih buruk berlaku kepada keluarga mereka..sesuai dgn budak suruhan....

  8. Anonymous says:

    byk org x faham apa tun M katakan... cuma baca tp x melihat tsiratnya.. Tun M cuma nak DS Najib berani mnjwb tohmahan2 bkn mndiamkn diri atau mnjwb dgn acuh tak acuh..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.