..

..

TUDIA ! KHALID IBRAHIM MAHU RAKYAT SELANGOR SEDAR AZMIN MB RETORIK

on Wednesday, April 8, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




KENYATAAN MEDIA
6 APRIL 2015

RAKYAT SELANGOR TIDAK PERLU RETORIK DAN SANDIWARA POLITIK

Saya mengucapkan terima kasih kepada Dato' Menteri Besar Selangor kerana memberi respon terhadap sesetengah isu yang saya bangkitkan meskipun jawapan beliau lebih kepada cubaan untuk memperlekehkan legasi saya selaku mantan Menteri Besar.

Apatah lagi isu yang sangat penting yakni penstrukturan semula industri air tidak disentuh sama sekali. Sesungguhnya, rakyat Selangor berhak mendapat penjelasan dan kepastian terutama tentang komitmen beliau dalam memuktamadkan segera penyusunan semula industri air pada kos keseluruhan tidak melebihi RM9.65 billion; langkah-langkah mengambilalih Splash, satu-satunya syarikat konsesi yang masih berdegil dan penamatan serta-merta Perjanjian Penswastaan berat sebelah dengan semua syarikat konsesi.


Kita semua, lebih-lebih lagi pemimpin, sepatutnya tahu ada perbezaan yang besar antara keberanian melulu dan kebijaksanaan terpimpin dalam membuat keputusan. Apa gunanya berani persis panglima perang sekiranya strategi dan teknik yang digunapakai bakal menyebabkan kita menang satu pertempuran tapi kalah di dalam peperangan. Ambillah iktibar dan pengajaran daripada kisah nasib malang Pak Kaduk yang menang bersorak, kampung tergadai akibat kedunguan dan kejahilan beliau. Kelayakan, kredibiliti dan integriti seorang pemimpin bukan diukur atas neraca keberanian tetapi lebih bersandarkan keupayaan dan kebijaksanaan hakiki.

Memandangkan Menteri Besar menjadikan isu KIDEX sebagai sandaran, sekiranya Dato' Menteri Besar terlupa atau terlepas pandang, saya ingatkan bahawa Kerajaan Negeri terikat dengan Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan bidang kuasa dan prerogatif bagi Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan sama ada di bawah senarai persekutuan, negeri atau bersama. Jika diteliti Jadual Kesembilan tersebut, amat jelas bahawa projek KIDEX terletak di bawah bidang kuasa penuh Kerajaan Persekutuan memandangkan perkara-perkara berkaitan komunikasi dan pengangkutan serta kontrak Kerajaan Persekutuan termasuk dalam senarai persekutuan.

Hakikatnya, skop dan capaian bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dalam hal-ehwal berkepentingan awam sangat meluas dan hampir mutlak. Dalam pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam, peranan Kerajaan Negeri tidak lebih daripada memberi nasihat dan tiada kuasa menolak projek Kerajaan Persekutuan. Malah, walaupun sebarang perkara berkaitan tanah di bawah senarai negeri, perancangan pembangunan bandar dan desa masih tertakluk di bawah senarai bersama. Meskipun KIDEX tidak termasuk dalam draf Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 dan pelan rancangan tempatan Majlis Bandaraya Petaling Jaya yakni hujah Seksyen 18 (1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 mungkin boleh dipertimbangkan, saya amat khuatir akan keterdedahan Kerajaan Negeri kepada implikasi perundangan dan kewangan akibat pengumuman pembatalan pada 16 Februari 2015 kerana saya difahamkan Kerajaan Persekutuan sedang meneliti semua aspek berkaitan bersama Jabatan Peguam Negara.

Sebenarnya, pengumuman pembatalan projek ini aneh dan diragui kesahihannya di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri kerana ia tidak terlibat langsung dalam perjanjian konsesi yang ditandatangani di antara syarikat konsesi dan Kerajaan Persekutuan pada 16 November 2013.

 Terdapat juga percanggahan hujah dalam alasan pembatalan di mana syarikat konsesi didakwa gagal memenuhi kesemua syarat yang ditetapkan dalam tempoh yang diberi sehingga 14 Februari 2015 sedangkan syarikat konsesi dan Kerajaan Persekutuan mendakwa sebaliknya. Berpandukan krisis KIDEX, kita tidak dapat menolak kemungkinan pelabur swasta akan berfikir berulang kali sebelum membuat keputusan melabur di Selangor khususnya dalam pembinaan infastruktur pengangkutan awam.

Saya kira perlu dimaklumkan kepada rakyat juga ketika saya mengetuai Majlis Tindakan Ekonomi Negeri (MTES), persetujuan secara prinsip atau kelulusan bersyarat yang diberikan pada 23 Februari 2012 sebenarnya tertakluk kepada empat (4) prasyarat yang wajib dipenuhi oleh syarikat konsesi dalam tempoh masa yang mencukupi sebelum kebenaran merancang boleh dikeluarkan: 

(1) Hasil laporan penilaian impak lalu lintas (TIA), impak alam sekitar (EIA) dan impak sosial (SIA)
(2) Unjuran kewangan lengkap mengenai pulangan pelaburan modal oleh syarikat konsesi untuk menetapkan tempoh tol perlu dikenakan
(3) Unjuran margin keuntungan bakal dikaut
(4) Sesi "engagement" di antara syarikat konsesi, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan penduduk yang bakal terkesan, dimudahcara oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Setelah kepimpinan pentadbiran negeri bertukar, rakyat sepatutnya dimaklumkan bahawa barisan EXCO yang baharu hanya membuat keputusan berdasarkan ketetapan dan faktor pertimbangan yang saya gariskan dahulu selaku Menteri Besar. Memang mudah mengumumkan pembatalan, tidak kiralah sama ada pembatalan projek atau kelulusan pembangunan tetapi apakah solusi alternatif Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan masalah dasar iaitu kesesakan lalu lintas teruk berdasarkan aduan rakyat di Lembah Kelang terutama di kawasan berkenaan? Sekali lagi saya tegaskan bahawa keupayaan mencadangkan penyelesaian alternatif yang boleh dilaksanakan pada kos yang setimpal dan impak negatif minima merupakan ujian sebenar kewibawaan, kaliber dan nilai teras seorang pemimpin.

Mengenai dasar perolehan Kerajaan Negeri, rakyat perlu diingatkan bahawa sistem tender terbuka melalui kaedah "cut-off" telah digunapakai oleh pentadbiran Barisan Nasional sebelum 2008 tetapi telah saya tamatkan kerana ianya terbukti tidak menitikberatkan prinsip kompetensi, ketelusan, kebertanggungjawaban dan integriti di samping membuka ruang kepada perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.

Keberkesanan sistem tender terbuka berdasarkan prinsip "value for money" yang saya laksanakan sejak 2009 di mana kontrak Kerajaan Negeri dianugerahkan kepada sebut harga paling kompetitif jelas terbukti apabila Dato' Menteri Besar sendiri mengumumkan minggu lepas di dalam Dewan Negeri Selangor bahawa Kerajaan Negeri mencapai penjimatan bernilai RM430.221 juta di antara 2011 dan 2014 yakni setara dengan purata tahunan sebanyak RM107.56 juta.

Logik akal manusia waras yang benar-benar ikhlas ingin melaksanakan prinsip-prinsip urus tadbir yang baik serta menentang gejala ketirisan, pembaziran dan amalan rasuah sudah pasti tidak akan sekali-kali bersetuju dengan apa jua justifikasi yang diberi oleh pentadbiran baharu untuk mewajarkan keputusan membatalkan satu kaedah yang terbukti berkesan di era pentadbiran saya. Lebih parah lagi, digantikan pula dengan kaedah yang telah digunapakai sebelum 2008 biarpun dijenamakan semula sebagai kaedah "cut-off" yang diubahsuai.

Jika kita teliti laporan akhbar dan aduan rakyat, pelbagai isu perkhidmatan awam yang disediakan PBT tidak diselesaikan pada hujung 2014 seperti yang Dato' Menteri Besar janjikan malah semakin teruk - longgokan sampah-sarap bukan di tempat pembuangan masih berleluasa, sistem perparitan dan longkang masih tersumbat, semak-samun di taman perumahan masih kelihatan, jalan-jalan tidak bersapu masih kerap. Ini semua bukti kegagalan kaedah "modified cut-off" ini yang sebenarnya amat mencurigakan tetapi telah dimomokkan sebagai penyelesaian terbaik bagi semua masalah berkaitan PBT atau seumpamanya.

Hakikatnya, sistem tender terbuka yang mempunyai seribu macam kebaikan telah tercemar kerana kaedah "cut-off" sebegini yang membenarkan kontrak diberikan kepada pembida yang bukan terendah bakal membuka ruang kepada perbincangan tertutup (back-door negotiations) sekaligus terdedah kepada amalan rasuah serta salah guna kuasa, salah urus dana awam dan salah laku berkaitan dana awam yang lain. Malang sekali nasib rakyat Selangor kerana akhirnya, mereka yang rugi kerana terpaksa membayar lebih bagi hasil kerja atau perkhidmatan yang ala kadar dan tidak setimpal dengan dana awam yang dibelanjakan.
Sekiranya yang menjadi masalah adalah wujudnya kontraktor yang culas dalam pengendalian tugasan yang diberi atau gagal menyempurnakan projek dalam tempoh masa dan/atau mengikut spesifikasi yang ditetapkan, maka sepatutnya pentadbiran baharu berusaha mencari mekanisme inovatif lain untuk menangani masalah tersebut di samping menambahbaik sistem sedia ada yang terbukti memberi faedah besar kepada rakyat. Nampaknya, memikirkan satu mekanisme lain yang memerlukan analisa terperinci dan kepakaran spesifik terlalu membebankan bagi Dato' Menteri Besar dan para penasihat kanan beliau. Sebaliknya, tanpa rasa bersalah, beliau sewenang-wenangnya mengambil jalan pintas dan mudah dengan menggunapakai semula sistem lama yang hanya diberi sentuhan kosmetik.

Hakikatnya, sangat mudah menjadi pemimpin oportunis dengan membuat kenyataan atau keputusan yang popular dan lunak didengar tanpa perlu memikirkan impak dalam segala segi dan gambaran sebenar situasi atau kemampuan hakiki memenuhi sebarang janji manis.

 Saya hanya mampu tersenyum apabila melihat di dada akhbar dan portal baru-baru ini kononnya negeri Selangor menentang GST sedangkan kita tahu hakikatnya, semua PBT telah diarahkan memaklumkan rakyat di semua peringkat bahawa GST akan dikuatkuasakan mulai 1 April 2015. 

Rakyat perlu sedar daripada terus dibuai mimpi indah bahawa kenyataan tersebut yang dibuat oleh Dato' Menteri Besar di dalam Dewan Negeri Selangor pada minggu lepas tidak akan merubah apa-apa kerana hakikatnya, Selangor tidak akan sama sekali dikecualikan daripada melaksanakan GST!

Saya yakin kayu ukur sama ada seorang pemimpin itu semata-mata seorang politikus profesional atau seorang negarawan terbilang terletak pada ketulusan niat memberi yang terbaik kepada rakyat yang akan terserlah melalui keutuhan perjuangan, kesungguhan usaha dan pencapaian sebenar sepanjang hayat. 

Namun, berdasarkan apa yang kita alami dan saksikan sendiri sejak hujung bulan September 2014, jelas bahawa Dato' Menteri Besar perlu berusaha lebih gigih untuk layak digelar negarawan kerana masih bersendikan retorik dan sandiwara politik. 

Kalau beginilah gaya dan pendekatan pentadbiran baharu, maka saya ulangi gesaan agar Dato' Menteri Besar segera berundur untuk diserahkan jawatan kepada seseorang yang benar-benar layak demi kemaslahatan rakyat.


One Response

  1. Berundur? Khalid ni demam ke atau kena daun ketum? Takkan lah Azmin nak di blow job Kat tandas ari2

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.