..

..

TPM UBAH TAKTIKAL, HISHAMUDDIN - ZAHID BANTU JENTERA PRK PMTG PAUH , ROMPIN

on Monday, April 13, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




BUKIT MERTAJAM: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan terbabit secara langsung dalam membantu jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh dan PRK Rompin, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, kedua-dua Naib Presiden UMNO itu akan membantu beliau selaku Pengarah Pilihan Raya kedua-dua PRK itu dalam menggerakkan jentera kempen dan gerak kerja.

Seorang lagi Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan membantu dalam tugas-tugas khas dan pelarasan sepanjang tempoh berkempen.

 "Pengalaman luas mereka ini akan dapat membantu saya dalam melaksanakan gerak kerja dan jentera kempen di dua PRK kali ini.


 "Saya berpuas hati dengan kerjasama antara parti komponen BN yang sudah pun mula bergerak ketika ini," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.