..

..

TOK MAT KECEWA PENGGUNA MEDIA SOSIAL HINA IBUNYA KERANA ISU GST

on Friday, April 17, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




“Saya sedia untuk terus dihentam dalam tempoh lima bulan 15 hari lagi, namun berharap semua pihak dapat berlaku adil kepada saya supaya jangan libatkan ibu saya dengan mengatakan dia khinzir dan saya sudah mati”.

 Ahmad Maslan Demikian luahan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan ketika diminta mengulas mengenai kutukan dan kritikan pengguna laman sosial mengenai kenyataannya berhubung sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST).

 Tegas Ahmad, walaupun teruk dihentam dan dipersendakan, mo­ral dan semangatnya untuk terus bekerja kepada rakyat tidak pernah pudar, malah semakin yakin untuk menjelaskan mengenai GST dan membantu jentera Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang dan Rompin, Pahang.

 Menurutnya, meskipun kuat dalam aspek mental dan fizikal untuk menghadapi segala kritikan yang kadang kala agak keterlaluan itu, namun, beliau merasakan adalah tidak adil untuk pihak tertentu melontarkan kata-kata yang tidak baik terhadap ibunya.

 Beliau berkata, prinsip kerjanya adalah jelas iaitu untuk terus membantu memperbaiki ekonomi rakyat agar lebih baik serta memacu ekonomi negara supaya berada pada landasan yang sepatutnya sebagai sebuah negara sedang membangun.

 “Saya sedia dari segi mental dan fizikal, tetapi harap pihak-pihak tertentu berlaku adil, janganlah kata ibu saya khinzir, janganlah kata saya mati malam tadi, itu terlalu teruk.

 “Menurut pihak kastam, pelaksanaan GST ini akan mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan untuk stabil sepenuhnya, jadi saya bersedia untuk dihentam dalam tempoh ini.

Tetapi saya harap operasi berkaitan GST akan stabil dalam tempoh tiga bulan ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kebangsaan GST Menurut Perspektif Islam di sini hari ini.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.