..

..

TEORI GUAN ENG ,KEBARANGKALIAN PERMATANG PAUH UNTUK MENANG 50 -50 ??

on Monday, April 13, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments






GEORGETOWN - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini berkata PRK Parlimen Permatang Pauh kali ini adalah pertandingan sengit antara Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional. 
    
Ketua Menteri Pulau Pinang itu menyifatkan peluang parti itu bertanding kali ini adalah 50:50 dan sehubungan itu beliau menasihatkan parti gabungan, PKR agar tidak terlalu yakin untuk menang.      
    
"Saya akan berikan nasihat kepada rakan-rakan di PKR untuk tidak terlalu yakin akan menang. Kami anggap ini adalah satu pertandingan 50:50," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 
    
Guan Eng berkata, Pakatan Rakyat akan melancarkan jentera pilihan raya bagi PRK Parlimen Permatang Pauh itu malam esok. 
    
"Kita lihat nampaknya BN mula awal...saya rasa itu cabaran dan kita akan berikan sokongan (kepada PKR) untuk hadapi cabaran daripada BN," katanya. 
    
Pilihan raya kecil itu diadakan selepas penyandang kerusi parlimen itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai ahli parlimen setelah Lembaga Pengampunan menolak petisyen bagi pengampunan diraja yang dipohon keluarganya atas sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.  
   
Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh, Selangor. 
    
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 25 April ini hari penamaan calon manakala hari pengundian 7 Mei. Pengundian awal 3 Mei. - Bernama


** Hebat teori DAP  . Jangan seronok sangat jentera BN kerana dia saja nak reverse psyco ..

  Apakah Guan Eng cuba taktik  awal untuk memujuk  undi penyokong PAS  membantu  di PRK Permatang Pauh ini ??  


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.