..

..

SEBAB TUN MAHATHIR SERANG & DESAK NAJIB LETAK JAWATAN DIDEDAHKAN !!

on Saturday, April 4, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 47 Comments




SEBAB SEBENAR NAJIB DISERANG TUN M

Oleh Lokman Adam
Dari hari ke hari kita lihat, serangan ke atas Dato Seri Najib oleh Tun Dr Mahathir Mohamed semakin menjadi-jadi. Yang terkini, pemberian BR1M kepada mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah RM4,000 ke bawah juga dipertikainya. Memang tidak mudah untuk kepimpinan UMNO menjawab Tun M. Siapa juga yang cuba mempersoalkan keterlanjuran Tun M, sudah pasti menempah keranda dalam karier politik mereka kerana terpaksa berhadapan dengan ribuan penyokong Tun M yang menganggap Tun sebagai seorang yang maksum umpama Nabi. Memandangkan karier politik saya pun dah mati bila tewas dalam pemilihan Naib Ketua Pemuda UMNO lalu dan bekas pemimpin PKR memang sukar untuk bertapak semula dalam UMNO, biarlah saya membakar diri menyatakan apa sebenarnya disebalik usaha Tun M ini.
Setiap pemimpin ada cara tersendiri bagaimana mereka ingin mengurus ekonomi negara. Di zaman Tun M, salah satu pendekatan yang beliau gunakan untuk merangsang ekonomi ialah dengan menyelamatkan syarikat-syarikat besar. Saya masih ingat, Tun M selalu menyebut, "bila kita bantu syarikat-syarikat besar ini, mereka akan dapat membayar gaji pekerja-pekerja mereka dan mereka juga akan memberikan pulangan kepada kerajaan dengan membayar cukai". Itu cara Tun dan kerana itu jugalah bila Anwar tidak mahu meluluskan penggunaan dana Petronas sebanyak RM 2 Billion untuk menyelamatkan MISC, yang punya kaitan dengan Mirzan Mahathir, Anwar akhirnya dipecat.
Ya, memang betul Anwar seorang peliwat, tidak syak lagi. Tetapi kalau betul Tun M tidak boleh terima seorang peliwat untuk menggantikan beliau, sudah pasti dari tahun 1993 lagi Anwar sudah dipecat olehnya bila Tun Hanif Omar, Ketua Polis Negara ketika itu memaklumkan tentang tabiat luar tabii Anwar, tetapi Tun tidak pernah kisah soal moral Insan yang setia bersamanya ketika itu. Tun hanya bertindak ke atas Anwar bila Anwar enggan membantu Mirzan yang terganggu emosinya ketika itu akibat kegawatan ekonomi 1997-1998. Memang tidak dapat dinafikan, pemecatan Anwar juga berpunca daripada tindakan juak-juak Anwar yang sudah mengatur langkah untuk menabalkan Anwar sebagai Presiden UMNO.
Di bawah kepimpinan Dato Seri Najib, beliau tidak menggunakan pendekatan Yang Tun ambil. Lagipun, jika RM 5 billion disuntik kepada syarikat-syarikat besar ini, berapa peratus sangatlah yang akan dinikmati oleh kakitangan syarikat-syarikat tersebut berbanding dengan pemberian BR1M yang terus diberikan kepada mereka yang benar-benar susah dan memerlukan. Matlamatnya juga sama iaitu meningkatkan kecairan dipasaran, tiada bezapun dengan matlamat Tun M. Cuba kita tanya kepada mereka yang menerima BR1M tahun lepas, siapa yang masih menyimpan duit BR1M mereka? Saya yakin semuanya sudah habis dibelanjakan untuk membeli barang keperluan harian mereka. Jika mereka membeli sayur, ianya akan merangsang industri pertanian, jika ianya digunakan untuk membeli daging, ianya akan merangsang industri penternakan dan begitulah seterusnya.
Tun M bukan hendak jawapan pada persoalan BR1M, 1MDB, Altantuya, Shirul mahupun Jet yang turut beliau dan Tun Siti Hasmah gunakan semasa beliau menjadi Perdana Menteri ketika kegawatan ekonomi 1997-1998. Isu tersebut hampir semuanya sudah dijawab dan Tun M bukanlah seorang yang malas membaca.


Yang menyebabkan Tun M gelabah tidak tentu pasal hari ini adalah apabila beliau melihat perginya TG Nik Aziz dan Lee Kwan Yew. Tun M tahu yang masanya juga akan sampai dan beliau "running out of time". Sebagai seorang bapa yang cukup menyayangi anaknya, Tun M membuka laluan perjalanan politik untuk anaknya Mukriz dengan cukup baik. Setiap Perdana Menteri selepas beliau dianggap hanya "Calon Sementara" sebelum Mukriz dapat ditabalkan sebagai Perdana Menteri. Tempoh masa yang diberikan juga sekitar 5 tahun supaya beliau sempat memastikan Mukriz berpeluang duduk di kerusi No 2 sebelum beliau menemui Ilahi.
Itu sebabnya saya tidak terkejut bila Tun M kata Najib akan jatuh bulan Mac. Dulu, Pak Lah dilanyak teruk sejak beliau membatalkan projek Jambatan Bengkok yang Tun M luluskan. Pak Lah bertahan selama 5 tahun 8 bulan. Dato Seri Najib pula mula menjadi mangsa bila beliau mengambil keputusan yang menjejaskan kroni Tun M. Antaranya dengan membatalkan kontrak bekal tenaga oleh 4 IPP yang dimiliki oleh YTL, Syed Mokhtar, Genting dan Ananda.
Bila batal kontrak pembekalan tenaga kepada TNB ini, cerita yang berjaya disembunyikan dari pengetahuan rakyat ialah wang rakyat sebanyak RM19 billion setahun telah berjaya Dato Seri Najib selamatkan kerana kita tidak perlu lagi memberi subsidi kepada keempat-empat IPP ini termasuk dua daripadanya yang telah dibeli oleh 1MDB iaitu IPP milik Ananda dan Genting. Dan inilah juga puncanya kenapa Ananda terpaksa membayar balik lebih 2 billion (Bukan Pinjaman) kepada 1MDB kerana pembelian IPP milik Ananda dibuat bersekali dengan nilai kontrak membekal tenaga yang dimiliki oleh IPP milik Ananda itu.
Semalam, genap 6 tahun DSN memerintah dan ini jelas membuktikan jangkaan Tun M bahawa Najib akan jatuh bulan Mac lepas ternyata meleset. Kepada sahabat-sahabat yang masih "blur" kenapa Tun M merapu mempersoalkan pelbagai pekara yang sebenarnya sudahpun terjawab, izinkan saya menyatakan puncanya. Sebabnya hanya satu, Tun M tidak yakin yang Mukriz mampu menyaingi KJ tanpa bantuannya. Itu sebabnya DS Najib perlu ditumbangkan supaya Mukriz lebih mudah ke Kerusi No 2 sebelum beliau memejamkan matanya.
Buat Tun M, pesanan saya cuma satu. Ingatkan kembali ayat yang selalu beliau utarakan, "Kalau nak tegur pemimpin, tegurlah mengikut saluran. Kalau marah dengan seekor nyamuk, janganlah satu kelambu dibakar". Bagi saya KJ dan Mukriz keduanya aset negara dan kalau kita hendak melihat UMNO kekal berkuasa lama, kedua mereka harus kita angkat memimpin kita. Akan tetapi biarlah mereka berdua ini naik dengan kemampuan mereka sendiri dan melalui persaingan yang sihat.
Kalaupun Tun nak bantu Mukriz, gunakanlah pengalaman berharga Tun itu membantu Mukriz menjadi seorang Menteri Besar yang berwibawa dan terbukti berjaya membawa negeri Kedah ke arah kegemilangan yang disanjung rakyat. Tetapi, kalau Tun M terus memberi peluru kepada pembangkang untuk membenamkan DS Najib, saya khawatir bukan hanya Najib yang akan tumbang, tetapi BN juga akan tumbang sebagai parti memerintah. Apa guna kalau ketika itu kita ada Presiden UMNO yang baru, tetapi kita sudah tidak punyai kuasa. Masa itu, bukankah anak Tun sendiri yang akan berputih mata?
Never Forget the Billions Lost Under Mahathir | Stop The Lies -http://stopthelies.my/?p=3933


47 Responses

  1. Anonymous says:

    Aku amat ragu keikhlasan kau Lokman Adam!

  2. Anonymous says:

    mungkin betul dan mungkin tidak , ini hanya pendapat Lokman Adam ....

    Lokman bukan menteri atau SUS , dia menilai dari apa yg dia tahu sahaja, banyak lagi yg dia tak tahu sebenarnya .

  3. jibon says:

    Balik tido lah ... Kau dah bakar bendera umno... Kau dah ludah... Bila anwar tak hulur lagi... Merangkak krluar cari nyawa dgn umno semula... Lepas tu nak jadi bomoh setan buat tuduhan org itu org ini.... Tun m dah tentu nampak jadanye... Yg kau nak sindir 2 dan maki nie apa hal....bodo punya artikel

  4. Anonymous says:

    Amende laa ko merepek ni Labu?

  5. Anonymous says:

    kalau nak menipu pun agak agak la sama..
    jangan menjilat sampai ke kaki

  6. Sejak Tun M menjadi Ahli Parlimen di Kedah dan Perdana Menteri Malaysia tiada pun satu pembangunan dan pelaburan besar di buat di Kedah..beliau hanya memajukan Langkawi sahaja..kalau boleh beliau mahu menjadikan Langkawi seperti Singapura dan menjadikan Langkawi miliknya..beliau juga tidak mampu mewujudkan lapangan terbang yg baharu di Kedah..kini Kedah hanya menggunakan lapangan terbang pulau pinang dan langkawi yg sumuanya berada di pulau..adakah ini satu perancangan yg baik untuk negeri Kedah..Melayu&MAMAK Mudah Lupa

  7. Anonymous says:

    Satu artikal yang bagus dan mu7dah difahami...

  8. Anonymous says:

    memang Najib lembap...kena tipu dgn konsultan manjang

  9. Anonymous says:

    Kihkih

  10. Anonymous says:

    Cantek

  11. Anonymous says:

    I dont agree with lokman adam... He himself must on his misdoing first....

  12. Anonymous says:

    Ada pernah Najib beri penjelasan mengenai apa yang diutarakan oleh Tun Dr. Mahathir itu? Malahan apa yang diutarakan oleh Tun Dr. Mahathir adalah isu yang membarah yang menjadi bom jangka yang boleh menghancurkan Barisan Nasional dalam PRU 14 jika tak diberikan penjelasan dengan teratur dan terperinci oleh Najib sendiri.

    Saya melihat ramai jemuan belaan Najib dan blogger bangang yang menjadi pecacai suruhan Najib untuk membela segala kerosakkan Najib sebagai kononnya sesuatu yang baik walaupun hanya kerosakkan sahajalah.

  13. Anonymous says:

    Ini cerita ke hikayat saudara lokman

  14. Anonymous says:

    Lu merapek lah Lokman. Speculative semata2.

  15. berasiam says:

    Lokman merepet

  16. Anonymous says:

    Nonsensical write !

  17. Anonymous says:

    Agak2nya tindakan Lokman ni bawa lebihbramainorg soking Najib ke ramai org dibelakang Tun.?

  18. Anonymous says:

    Setuju sangat

  19. Anonymous says:

    This article need further verification. Can see many flaws in it which are definitely not true and speculative, and to a certain extend very vindictive.

  20. Anonymous says:

    SYABAS LOKMAN ADAM.....SETUJU 150%.......INILAH PUNCA SEBENAR TUN M HENTAM DS NAJIB...KALAU TUN M KATA BN AKAN KALAH JIKA DS NAJIB MASIH MENGEMUDI UMNO PADA PRU 14....SAYA PULA KATA BN AKAN MENANG TAPI KEDAH AKAN TEWAS KALAU MUKHRIZ MASIH JADI MB KEDAH...UNTUK MENYEDARKAN TUN MUKHRIZ TAK BUAT APA PUN KAT KEDAH....SELAIN DARI PERABIH DUIT TANAM POKOK KURMA KAT MENTALOON,,ANJUR MALAM MAHABATURRASUL..SURUH EXCO BUAT MAJLIS DAN P RASMI...BAGI JAWATAN LEMBAGA PENGARAH KEPADA KAWAN2 SAMPAI BOLEH DIKATAKAN SEMUA ANAK SYARIKAT...AMBIK BUDAK2 JADI PUNAHSIHAT.....DAN DOK JALAN GELEMBONG PASAI LAPANGAN TERBANG KULIM YANG CUMA BARU CADANGAN.....PROJEK MEGA KONONNYA.......MACAM TUN JUGA SUKA PROJEK MEGA......KAMI DIKEDAH TAK PERLU PROJEK MEGA .. TAK PERLU AIRPORT....KAMI PERLU KERAJAAN TOLONG NAIKKAN HARGA GETAH.....NAK BUAT BANDARAYA GETAH KONON....MANADIA......TUN MARAH DS NAJIB BAGI BRIM KAT RAKYAT KONON BAGI PUN RAKYAT TAK SOKONG.....JADI SELAMA TUN MEMERINTAH BILATUN BAGI RAKYAT KENA UNDI TUN LAH....ITU RASUAH TU....PATUTLAH TUN SUKA TOLONG YTL,ANANDA,VINCENT....ADA HABUAN RUPANYA.....KALAU ZAMAN TUN CUMA KAKITANGAN KERAJAAN YANG DAPAT BONUS BILA HUJUNG TAHUN WALAU PUN MEREKA TAK SOKONG KERAJAAN...TAPI SEKARANG DS NAJIB BAGI JUGA HABUAN KAT RAKYAT MARHEIN MACAM KAMI....ITU PUN TUN PERTIKAI ....APA LA TUN NI......SUDAH SUDAH LAH TUN.

  21. Anonymous says:

    Tulisan yg tak menyakinkan...

  22. Anonymous says:

    Lokman nor adam..silap2 ko pergi dulu.umur Allah maha Mengetahui. Tgk je APA yg terjadinhari ini.sekelip mata yg muda dah pergi dahulu.cakap pakai otak bro.bukan pakai kepala lutut.

  23. Anonymous says:

    sudahlah...aku rakyat maraen yang tak ada kaitan politik amat menyanjungi kepimpinan dr mahathir..tak payahlah kelepet sebab aku hidup dalam era dia...sangat bangga jadi rakyat malaysia pada masa tu..semua negara pandang tinggi pada malaysia..
    Hang jangan nak merepek...mukriz tak kan jadi calon..he is too soft not like his father..

  24. Anonymous says:

    GST = GUA SOKONG TUN.. NAJIB BOLEH BLA..BLA..

  25. Anonymous says:

    The pace of your article reflected an obvious sour-grapes. A believable story comes with intrigue and insight all put together made nice with facts. Your story is laced with spice but seem very bland.....not a real 'master chef '.

    Is this all you could mutter? Then again you said it yourself early in your article to burn yourself, you are indeed a lost cause, period!

  26. Rakyat marhaen sedang marah kerana GST harga barang keperluan meningkat.......!

  27. Anonymous says:

    satu pencerahan yang baik.....article ni perlu di viral kan

  28. Anonymous says:

    Inilah salah satu fakta yg logik dan ada kebenaran. Tun merapu sbb jangkaannya meleset. Adalah tidak munasabah seorg yg cerdik dan belum nyanyuk mcm tun boleh lupa bagaimana menegur pemimpin. Tun bukan tegur najib, tetapi menyerang. Adakah usia tun yg dh lanjut menyebabkan tun lupa saluran yg betul utk betulkan najib jika salah? Lawak apa yg tun buat bila pertikaikan siapa arah sirul bunuh altantuya. Perbicaraan yg panjang, fakta dan bukti sudah dibawa ke mahkamah. Tempoh bicara selama 9 tahun ada sebut ke najib atau rosmah suruh sirul hapuskan altantuya? Tun sudah tidak upaya menghormati institusi kehakimankah atau tun syak hakim2, pendakwa malah peguambela2 sirul dan azilah dibayar oleh najib dan rosmah? Tun, saya juga sebagai rakyat yang mengikhtiraf tun sebagai negarawan, jangan calarkan nama baik tun dgn rapuan2 yg merosakkan. Jika mukhriz kompiten dlm karier politik, biarkan dia naik sendiri. Jangan tun membuka peluang mukhriz dgn membenamkan saingannya. Tun, jika Allah panggil, biarlah tun pergi dgn tangan yg bersih. Semua yg hidup pasti akan pergi. Redha akan ketentuan Allah, jangan campurtangan urusan pentadbiran negara bila tun telah bersara. Malu pada rakan2 tun di luar negara jika masih beraksi seperti ahli politik yg muda walaupun telah lama bersara.

  29. Anonymous says:

    Tak setuju dengan pendapat pos ini. Akan beri alasan jika melihat komen saya ini di siarkan.

  30. Anonymous says:

    Salam 1 Malaysia.
    "...bila Anwar tidak mahu meluluskan penggunaan dana Petronas sebanyak RM 2 Billion untuk menyelamatkan MISC, yang punya kaitan dengan Mirzan Mahathir, Anwar akhirnya dipecat."
    Dulu saya hanya dengar cerita macam ni, yakni Anwar dipecat sebab tak luluskan dana untuk tolong anak Tun M daripada orang orang PAS sahaja. Lani orang UMNO pun dok cerita pasal ni. Betulkah Anwar dipecat atas sebab tu? Kalau betul, bermakna Anwar tak bersalahlah. Kita ketepikan sat masalah liwat dia. Dia dah dihukum atas jenayah liwat dia. Isu lani ialah tentang apa yang diperkatakan oleh Lokman Nor Adam tu. Kata-kata dia tu memperkuatkan cerita tersebut yang telah dicanang oleh orang orang PAS dahulu. Ini menunjukkan yang Tun M tak berlaku adil terhadap Anwar, jika benar dakwaan tu.
    Persoalan lain; benarkah Tun M menyerang DS Najib? Mumkinkah tindakan Tun M bertujuan untuk menguatkan kerajaan secara umumnya dan UMNO secara khususnya?
    Ho, pelik juga mainan politik depa ni! Dah ada dua kem dalam kes ni. Satu pro Tun M dan satu pro DS Najib. Yang nak hentam Tun M, dah senada macam bunyi PR. Yang nak hentam DS Najib (di kalangan PR) ambil kata-kata Tun M. Entahlah!
    Ini punya macam, lambatlah sikit Melayu nak berpadu.

  31. Anonymous says:

    Saudara Lokman, Kalau benar TDM berusaha memastikan Mukhriz jadi orang nombor 2 sebelum beliau menutup mata, mengapakan TDM tidak menggunakan peluang 22 tahun sebagai PM untuk 'groom' di antara anakanya sebagai PM pelapis.

    Kaedah ini berjaya di Singapura bila LHL menjadi PM selepas GCT yang hanya menjadi PM transisi?

  32. Anonymous says:

    Najk jadi Penjilat tegar Najib , kau tak payah lah nak fitnah Tun M, aku tak nak cerita panjang lagi pun aku atas pagar , Kalau najib masih jadi PM , PRU 14 aku yakin UMNO akan hilang kuasa selama lamnya walau pun bukan kehendak hati aku tapi masa dah tiba kehancuran berlaku , ini lah hasilnya sekiranya hati orang UMNO tertutup .

  33. Anonymous says:

    Lokman Adam tidak layak mengkritik Ayanda Tun Mahathir. Walau dimana kapal anda berada, anda bukan sahaja gagal memahami isi kandung blog che det..tetapi mengkhususkan teori siapa arah sirul bunuh. Dlm blog che det ada banyak isu yg di bangkitkan.

    Kepada admin..tolong bagitahu budak lokman ni..suruh dia main jauh jauh..

  34. Anonymous says:

    Pasal tun & najib nie ... aku x kesah sgt klau kritik tun pasal polisi najib... cth pemberian Brim, ekonomi cenderung ke barat, dll. Memang ada asanya klai tun nk kritik. Sementelah lagi petlaksanaan GST yg memang dh kelam kabut sebelum mula kuatkuasa lagi. Tetapi bila merujuk kpd kes altantuya nue yg aku jadi x bleh nk terima. Mungkin tun sinis dalam merujuk cara najib jawab dgn perkataan 'merepet' ttp tidakkah kritik tun tue menjurus kpd meng'iya'kan apa yg didakwa oleh pembangkang selama ini? Yg start benda nje adalah si nuar gay tuh... masa pilihanraya kecik ijok dulu. Klau benar begitu, siapa pulak yg meg'atur'kan pelarian si sirul ke australia? Negara yg diketahui memang anti kpd hukuman mati. Si sirul katanya terima dari si azilah, tapi si sirul kata dia terima arahan. Maknanya arahan dari si azilah. Kot celah mana pulaknya nak kata secara linean yg arahan tue datang dari najib? Tak taulah klau so mahfoz helllo3x ada jawapan. Pada pemdapat aku, klau nak kritik najib berkenaan polisi beliau, pasifnya beliah dalam respon sesuatu isu,ketidakcekapan manusia2 disekeliling beliau... memang tun ada point. Dan klau najib di suruh turun sbb point2 nie pun aku sokong. Soal pasal mukhriz tue, aku malas nk komen sbb mana2 ahli politik sekalipun ttg cenderung nak tgk warisan darah daging dia berjaya dlm politik klau iti dah jadi pilihannya. Bukan takat tun sorang, carila siapa pun, lim kit siang, nuar berahim dll... tapi bila pkai point altantuya tue... mintak maaf , sorry to say, tue mmg point yg dangkal. Klau begitu pointnya, maka boleh jugaklah kita nak kaitkan dgn point tragedi memali dulu. Bukan nk kaitkan sapa2, tapi klau kita bersandar point 'turut arahan', maka siapa yg ada kuasa time tue?

  35. Anonymous says:

    Komen mengomen 2 ada positif dan negatif ideas, biasalah mana ada semua setuju atau x setuju dengan sesuatu isu 2 kan. Tapi jangan lupa sokong UMNO. Pilihan terbaik. Saya penerima BR1M kerana pendapatan ciput, amat2 menghargai pemberian ini kerana ia membantu meringankan beban kewangan. Terimakasih DS Najib.

  36. Anonymous says:

    Saya setuju sangat dengan article ini oleh penulis dan komen oleh anonymous 10.08 am. Ada logik dan asas. Bila Tun M mula menyentuh tentang kes Atuntuya dan Najib kaitkan.saya dah mula rasa orang tua ni dah mula mengarut. Takan orang yang mempunyai kredibel tinggi begitu mempunyai pemikiran macam orang PKR ? Kalu takde bukti itu memfitnah namanya. Berhentikan menulis macama gitu. saya juga menyanjungi beliau sejak sekian lama tetapi kini saya mula mempersoalkan apa motif beliau sekarang.

  37. Anonymous says:

    ramai yg x perasan segala²nya tentang hudud. selama 22 tahun Tun memerintah Tun dgn tegas tidak membenarkan hudud di laksanakan di Malaysia. kenapa Tun x meroyan tahun nie tidak tahun lepas? sedangkan GST byk kali dibincangkan di saluran media. BRIM, 1MBD dll semua dah terjawab tetapi Tun sengaja meroyan nk kan jawapan? dulu DSAI & Pak Lah yg more Islamic Tun cantas. smpkan Pak Lah naik PM, Pak Lah bebaskan DSAI. skrg giliran DSN Tun nak cantas sbb DSN dah bagi green light tentang hudud, UMNO Kelantan sebulat suara menyokong hudud di laksanakan di Kelantan. Hudud akan bermula di Kelantan & kemudian insya Allah negeri² lain akan ikut. andaikata DSN step down, penggantinya blum tentu setuju hudud di laksanakan di Malaysia. sy bukan penjilat, macai & barua sesapa.. selama 22 thn x penah setuju dgn hudud.. bila awal tahun nie hudud di luluskan di Kelantan, Tun meroyan dah x keruan. fikir²kan & renung²kan la..

  38. Anonymous says:

    Article yg baik dan mudah difahami. salute!

  39. 68 U says:

    Ketika Tun M take over negara drpd husin onn,negara blh dikatakn tiada apa2...husin onn jd pm kerana tun razak(mereka berbiras)..bkn psl husin onn layak..setelah itu Tun M telah meletak malaysia ke satu thp yg membanggakn..klia,highway utara selatan,klcc,penang bridge &bnyk lagi..dunia knl malaysia pun ketika dia pm..patutnya baik paklah,najib/sesapa saja amik contoh Tun M..yelah klu x xkan dia blh berthn 22 thn jd pm..soal songlap duit,kronisme dsb kita rakyat x blh nk halang..tapi yg paling penting rakyat x susah..senang cari mkn..psl tu apa pun org kata Tun M,x pnh ilang 2/3 kerusi dwn rakyat...bahasa kasarnya "brpae kau nk songlap lantak kaulah..janji aku senang cari duit"..

  40. Anonymous says:

    well said, lokhman adam ni mcm tgk cerita dongeng rakyat..budak2 bole la kena tipu ngan citer bengong nih..hehh

  41. Anonymous says:

    Artikel ni memang sesuai untuk di tong sampahkan

  42. Anonymous says:

    When Tun M say something which is supported by many people with calibre such as Tun Daim and Ku Li, obviously that is not nepotism. That is nationalism. No wonder you are moved aside, because you don't understand a true nationalism, and make a wrong move by supporting Anwar during reformasi.

  43. Tun Mahathir aku sanjungi, Datuk Sri najib aku hargai.. Siapa kah selepas ini.. Hanya Allah SWT maha mengetahui.

  44. Madey marah sebab titi kat blkng umah dia tu...najib tk tukar guna btng pinang yg bengkok....najib tk nk buat....sebab najib kata duit tu dh diguna buat kedai cincin .....dn selebeynyer digunakan buat beli baja tanam kangkong mangkong....skrng madey marah....bukak gelangang jd tokeh gusti wwe....tp najib jawab telor ayam dia dh pecah...nk wat cam ner ya

  45. Anonymous says:

    "Berapa kau nak songlap lantak kau lah, janji aku senang cari duit" statement paling bangang pernah aku dengar. Aku sendiri susah2 kerja cari duit, korang senang songlap masuk poket sendiri. Macibai

  46. Anonymous says:

    ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

  47. Anonymous says:

    Perkiraan mudah GST
    ANDAIAN
    Belanja sehari setiap isi rumah RM50
    Rm50 x 30 hari =rm1500 sebulan
    Gst rm1500 × rm0.06= rm90
    Rm90 × 12 bulan=rm1080 setahun
    Rm1080 × 20 juta penduduk=rm 21,600,000,000 setahun

    Dan berape yg rakyat dapat dari jumlah gst yg kerajaan dapat?
    Kuasa beli rakyat atau kerajaan?


    Siapa yg tindas siapa?

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.