..

..

RAKYAT SEBERANG JAYA TERUJA KEHADIRAN MUHYIDDIN HARI INI @dzainalabidin @dzaidisaid

on Sunday, April 12, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments






Pagi tadi  Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meluangkan masa bersarapan bersama orang ramai di Medan Selera Seberang Jaya dan juga bertemua peniaga   pasar awam.


Turut hadir  Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Teng Chang Yeow; Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman dan Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said.

Orang ramai yang berada di situ  begitu teruja dengan  kehadiran TPM ke situ dan ada juga  berpeluang mengambil gambar dan berbual dengan pemimpin No 2 negara . 













BUTTERWORTH: Peniaga di Pasar Awam Seberang Jaya jelas gembira dengan keprihatinan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bertanyakan keadaan dan masalah mereka semasa Timbalan Perdana Menteri melakukan tinjauan mesra di pasar itu hari ini.

"Saya sempat meluahkan masalah peniaga di sini seperti masalah tempat sesak serta keadaan bumbung yang sudah lama serta pembaharuan ruang yang selesa diperlukan," kata peniaga kedai makan, Abdul Rahman Amir Hussin.

 Peniaga berusia 64 tahun itu berkata dia berasa teruja apabila kedainya dipilih Muhyiddin untuk bersarapan. "Tidak sangka Timbalan Perdana Menteri akan menjamu selera di sini.

Beliau dijamu roti jala, roti canai dan kuih-muih seperti karipap, kuih seri muka dan lompang atas permintaannya," kata pemilik Aabah Kafe yang sudah beroperasi selama 20 tahun itu kepada pemberita.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.