..

..

Rafizi jaga parti sendiri, jangan jadi batu api

on Tuesday, April 7, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




KUALA LUMPUR,  8 April: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli dinasihat agar tidak mencampuri urusan parti lain, kerana adalah lebih baik jaga parti beliau sendiri.

Ahli Parlimen Pandan itu idak perlu menjadi batu api untuk menghasut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengaitkannya dengan pembunuhan Antantuya Shaariibuu.

Kritikan Tun Dr Mahathir terhadap Datuk Seri Najib baru-baru ini hanya bersifat dalaman yang tifdak perlu campur tangan orang luar seperti Rafizi.

Sebaiknya Rafizi menjaga PKR yang dipalit imej negatif kerana pemimpinnya sendiri dikaitkan dengan kes liwat dan dipenjarakan selama  tujuh tahun di Penjara Sungai Buloh.

Malah PKR juga berhadapan krisis merumitkan dengan DAP dan PAS berkaitan isu hudud yang menggoncang semangat setiakawan dalam pakatan pembangkang.

Sebagai orang luar, Rafizi tidak berhak mencampuri urusan Umno dan Barisan Nasional, atau cuba mempersoalkan kewibawaan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Rafizi perlu terima hakikat bahawa PKR semakin dikenali sebagai parti nepotisme kerana dikuasai oleh anak beranak Anwar Ibrahim.

Oleh yang demikian, Rafizi perlu menjadi jaguh untuk menaikkan namanya sendiri walaupun hujahnya penuh dengan pembohongan agar dilihat hebat oleh para penyokongnya.

Jika Rafizi seorang yang berpengaruh, sudah tentu beliau mampu menangani krisis yang melanda PKR dan parti sekutu, malangnya Rafizi lebih gemar menyerang parti orang lain.

Tindakan Rafizi ini tidak ubah seperti kata pepatah, bangkai kuman di seberang laut nampak tetapi bangkai gajah di hadapan mata langsung tak perasan.

Rafizi tidak perlu memperosalkan kredibiliti Datuk seri Najib Tun Razak kerama kepimpinan beliau diterima oleh rakyat dan buktinya Umno/BN terus diberi mandat untuk memimpin negara pada PRU13 yang lalu.

PKR sudah 15 tahun ditubuhkan dan sepatutnya sudah matang tetapi untuk menhadapi pemilihan parti sendiri pun kecoh, apa lagi hendak mentadbir sebuah negara.

Letak jawatan Ahli Parlimen dan ADUN sesuka hati, malah bertindak pecat MB yang dilantik sekiranya tidak mengikut kemahuan pucuk pimpinan sudah menjadi adat dalam PKR.



NAZIR HUSSIN AKHTAR HUSSIN
Exco Pemuda Umo
Ketua Pemuda Bahagian Titiwangsa


One Response

  1. Anonymous says:

    Bila lah pemimpin PKR yang diberi mandat olih rakyat ini mula nak buat kerja? Kalau setakat nak mencari kesalahan orang lain lebih baik tak payah jadi wakil rakyat. Sebab jawatan yang sesuai untuk ciri-ciri "kerja" macam itu memang sesuai sekiranya mereka ini bekerja dgn Badan Pencegah Rasuah shj.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.