..

..

PORTAL PRO PR AKUI WAKIL RAKYAT PKR TAK PERNAH JENGUK PENGUNDI #PRKPermatangPauh

on Tuesday, April 28, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments





Jika media pembangkang pun boleh muatkan berita tidak memihak mereka , apa maknanya ? 

Maknanya jika pergi lah bertanya luahan tentang wakil rakyat siapa akan dipilih nanti , semua nya menyatakan  wakil rakyat PKR ini samada Wan Azizah atau Anwar tidak pernah turun padang menjenguk dan mengambil berat masalah rakyat  . 







"Anwar atau isterinya (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) masa jadi wakil rakyat di sini tak pernah jenguk pakcik. Dia pun jarang turun padang dan tak tolong rakyat biasa di Permatang Pauh."

Demikian luahan perasaan Zulkifli Hamid, 79, seorang daripada antara pengundi tertua pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh 7 Mei ini.

Zulkifli berkata, sejak pertama kali menjadi wakil rakyat kawasan itu pada tahun 1982, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah menziarahi golongan warga emas termasuk dirinya sendiri yang tinggal di Tanah Liat di sini.

Dia menyifatkan PKR hanya mahukan undi daripada rakyat tetapi tidak pernah mempedulikan nasib golongan miskin dan warga emas di kawasan parlimen Permatang Pauh. 
"Pakcik sekali pun tak pernah tak mengundi... pakcik tetap akan mengundi BN (Barisan Nasional) kerana parti itu yang banyak membantu kami di sini (Permatang Pauh)," katanya kepada Bernama di Bukit Mertajam.

Siti Nuraina Mohd Aman, 31, yang tinggal di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, iaitu satu daripada tiga DUN di Parlimen berkenaan, pula berpendapat Parlimen Permatang Pauh seharusnya lebih pesat dan sudah lama membangun jika pengundi memilih wakil rakyat yang berjiwa rakyat.

Pekerja di sebuah kilang di Perai ini memberi contoh Parlimen Tasek Gelugor dan Kepala Batas iaitu jiran Permatang Pauh yang semakin membangun di bawah wakil rakyat daripada BN dan banyak menawarkan peluang pekerjaan kepada anak tempatan.

"Maksudnya, wakil rakyat yang memahami masalah setempat dan memberi tumpuan serta berusaha menyelesaikannya. Tiga DUN di kawasan Permatang Pauh adalah daripada pakatan pembangkang yang ada peluang terbaik memajukan parlimen ini kerana kerajaan Pulau Pinang juga di bawah parti yang sama tetapi lihatlah apa yang ada... Penanti dan Permatang Pasir masih jauh ketinggalan," katanya.

Khairul Anas Ismail, 47, berkata sebagai pengundi di kawasan Permatang Pauh, beliau kecewa dengan wakil rakyat kerana tidak membawa pembangunan dan pembaharuan kepada penduduk di situ.

"Saya sudah tidak larat hendak berpilihan raya lagi kerana masuk kali ini sudah dekat lima kali mengundi dan balik balik dia dan keluarganya sahaja..keadaan di Permatang Pauh masih sama jugak. Kami pengundi di sini kecewa dengan prestasi wakil rakyat sebelum ini.

"Bagi golongan muda seperti saya, kami mahu wakil rakyat daripada orang muda pula untuk bela nasib kami terutama berkaitan peluang pekerjaan di sini," katanya seterusnya



Calon terbaik untuk berkhidmat kepada rakyat Permatang Pauh 


2 Responses

  1. KZSO says:

    Hahahahhhh. Teringat kempen najib semasa pru lepas siap dengan placard "I LOVE PM". Keluar result kena tsunami cina kafir. Berhati-hati dengan kelicikan mereka. Teruskan berkempen!

  2. Anonymous says:

    Malang nya penduduk yang menyokong PKR Nuar dan Wan Zizah sangat lah bangang. Cakap lah apa-apa pun pasal keburukan dan ketidak tanggungjawapan Nuar dan Zizah, masih terlalu dunggu akan pilih bendul dua ekor nie. PAS pun sama gak.....kecuali dapat amanat dari TG presiden boikot baru akan jadi.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.