..

..

PKR JADIKAN PERMATANG PAUH TEMPAT MAINAN KELUARGA ANWAR

on Wednesday, April 15, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Rakyat muak dengan permainan politik PKR yang sering menukar ahli parlimen di Permatang Pauh demi kepentingan parti dan bukan untuk rakyat.
Setiausaha perhubungan UMNO Kedah, Datuk Othman Aziz yang mengulas perkara tersebut menyifatkan bahawa beliau faham akan perasaan rakyat yang diketepikan demi kepentingan pihak tertentu di kawasan tersebut.
“Sentimen tukar-tukar ahli parlimen di Permatang Pauh ni rakyat dah bosan, dah muak sebab kalau tukar pun takkan ada tokoh lain, mesti orang yang sama.
“Dulu Wan Azizah letak jawatan, gantikan pada Anwar, sekarang ada ura-ura nak letak Wan Azizah balik, atau mungkin anaknya, mereka ingat kawasan parlimen ni tempat main-mainkah sehingga kepentingan rakyat tidak dijaga dengan baik ?” soalnya ketika dihubungi BNBBC.my.
Jelas Othman yang juga merupakan ahli parlimen Jerlun, perkara tersebut memberi kelebihan buat BN untuk merampas kerusi di kawasan tersebut sekaligus meletakkan kepentingan rakyat di hadapan.
“Kalau macam ni tindakan PKR, BN ada potensi yang lebih baik berbanding sebelum ni sebab rakyat dah penat dengan permainan mereka sampai sekarang ni,” katanya.


One Response

  1. Anonymous says:

    PKR di ramal menang.
    Atas dasar : Rakyat tolak BN sebab , UMNO sudah jauh dari aspirasi rakyat dan UMNO mementing mengutamakan kepentingan kaum atasan dan warga bangsawan juga kaum expatriate dan juga pelancong halal dan haram,juga yang di lindungi atas sebab kepentingan luar dugaan.
    Partai Pakatan Rakyat akan menang pada PRU14..
    #2 arjuna waspada
    changkat lobak.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.