..

..

PENYOKONG PR SUKA CALON BN BERBANDING CALON KITAR SEMULA #PRKPermatangPauh

on Tuesday, April 28, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Penyokong muda Pakatan Rakyat (PR) ketika ditemui calon Barisan Nasional, Suhaimi Sabudin memberitahu mereka mahukan calon muda dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh dan akan menyokong calon muda tersebut walaupun berlainan parti.

Suhaimi berkata, ketika bertemu pengundi Permatang Pauh khususnya penyokong PR, mereka meluahkan perasaan mereka terhadap calon mereka kali ini dengan menyatakan mereka sudah muak dengan calon PKR yang tidak menjalankan tugas dengan baik dan sokong calon muda dari BN.

"Saya berjumpa dengan rakan saya dari sebelah sana (PR), mereka kata kali ini kita sokong orang muda, sokong calon BN," kata Suhaimi ketika ditemui Utaranews.com semasa menghadiri program belia 4B di Permatang Pauh.

Menurut Suhaimi, berdasarkan respon pengundi di kawasan itu dan pegolakan dalaman PR, beliau yakin kerusi itu akan menjadi miliknya selepas 17 tahun menjadi milik PKR.

"Mereka (PKR) hanya bergantung kepada Pas, bila Pas menarik diri untuk bekerjasama, sokongan kepada PKR merosot," katanya.-Utaranews.com-


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.