..

..

PEMUDA PAS P.PINANG TUNJUK JANTAN , TAK U TURN & TETAP BOIKOT #PRKPermatangPauh

on Sunday, April 26, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Semalam selepas PAS Kawasan Permatang Pauh lakukan U TURN  untuk sokong PKR walaupun tiada pemohonan maaf ,  pendirian berbeza pulak Pemuda PAS P.Pinang .

Ternyata KP PAS Ustaz Yusni Mat Piah lebih JANTAN mempertahankan Presiden PAS dan hukum hudud berbanding  YDP PAS Hj Omar Hassan yang sanggup akur kehendak Mat Sabu dan PKR walaupun hudud terpaksa dikompromi .

Mereka akan berebat dari semua gerakan kerja di PRK Permatang Pauh malah tidak membenarkan bilik gerakan Pemuda dibuka dan digunakan .

Kenyataan KP PAS P.Pinang sekali lagi menunjukkan PAS Negeri mempunyai masalah dalaman serius kerana akar umbi mereka mahukan calon yang menyokong hudud bukannya menentang hudud.



KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PULAU PINANG.
TAMAT TEMPOH PERMOHONAN MAAF AMK
Berikutan desakkan permohonan maaf yang disuarakan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang (DPPNPP) berhubung kenyataan media AMK Pulau Pinang yang menghina dan memfitnah Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi. Tempoh yang diberikan kepada pihak AMK Pulau Pinang sehingga hari penamaan calon, 25 April 2015 untuk menyatakan permohonan maaf telah tamat.


DPPNPP dengan ini menetapkan pendirian bahawa semua jentera dan petugas Pemuda PAS Negeri P.Pinang direhatkan dari semua gerak kerja sepanjang Pilihanraya Kecil (PRK) Permatang Pauh. Semua bilik gerakan Pemuda tidak akan dibuka sama sekali. Mana-mana premis di bawah seliaan pemuda juga tidak dibenarkan untuk digunakan sepanjang PRK Permatang Pauh ini.

Malahan, kumpulan Alternatif Riding Club (ARC) bagi aktiviti konvoi anak-anak muda atau seumpamanya, petugas keselamatan Jabatan Amal Negeri dan semua guru PASTI juga akan direhatkan dari bertugas dalam PRK ini.

Kami juga tidak akan terlibat dengan mana-mana jemputan untuk menyertai mana-mana pentas ceramah sepanjang kempen untuk PRK Permatang Pauh.
DPPNPP turut melahirkan kekecewaan atas sikap berdiam diri oleh AMK Pulau Pinang dan juga helah politik PKR dan beberapa pimpinan tertentu PAS dalam mengurus desakan akar umbi PAS di Permatang Pauh.
Ustaz Mohd Yusni Bin Mat Piah.
Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang
26 April 2015


2 Responses

  1. Anonymous says:

    ala bg jawatan ahli majlis settle lah tu.. bukan tak tau perangai org2 pas ni yg gila dunia dan gila betina.. yg haram blh jd halal kalau puak diorg yg buat..

  2. Anonymous says:

    Akhirnya ada jugak anak muda PAS yang bukanya KELDAI kepada P'Gay'R dan DAPpigs. Syabas. Ko nak kutuk maki BN aku tak kisah. Cuma jangan jadi KELDAI pada puak penyokong kaum Sodom dan Gomarah tu dan waris kominis Melaya DAPpigs udah lah.....

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.