..

..

PEMBANGKANG PERTIKAI POSTER NAJIB DISINDIR MUHYIDDIN YASSIN #PRKPermatangPauh

on Wednesday, April 29, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Wajah Najib tak ada di poster & billboard pun dipertikai PKR ??

 Nampak sangat pemimpin PKR seperti Sim Tze Zin , Steven Sim dan Rafizi kering idea untuk menghentam BN selain isu-isu nasional .  

Sebenarnya BN di PRK Permatang Pauh  mencuba pendekatan dan style baru kempen dan hanya fokuskan gambar calon yang bertanding . 

Malah TPM selaku Pengarah Jentera BN   pun menyindir pembangkang dengan mendakwa wajahnya pun tiada dalam poster 




Wajah saya pun tiada di poster, yang penting gambar Calon BN - Muhyiddin

Ketiadaan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada poster Barisan Nasional (BN) dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh bukan satu isu, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.

Beliau berkata, apa yang lebih penting ialah calon Umno Suhaimi Sabudin yang ditonjolkan dalam poster parti di kawasan Parlimen itu.
“Tidak kisah wajah siapa yang ditayangkan di atas poster. Apa yang penting ialah gambar calon.

“Perdana menteri tidak bertanding, malah saya pun tidak bertanding, wajah saya tidak ada atas poster,” katanya kepada wartawan selepas melancarkan projek menaik taraf bernilai RM400 juta di Hospital Seberang Jaya.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.