..

..

PASMA DEDAH PEMUDA & PAS PERMATANG PAUH ANTI PR & SOKONG BN PRU13 !!

on Tuesday, April 21, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments





- PAS Permatang Pauh dan Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang dibidas PASMA Malaysia kerana telah memberi syarat dan kata dua kepada PKR berkaitan dengan Pilihanraya Kecil (PRK) kawasan itu.

PASMA Malaysia dalam kenyataannya semalam menyifatkan kedua-dua organisasi PAS itu sebagai anti Pakatan Rakyat (PR).
“Kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang DiPertua PAS Permatang Pauh menunjukkan sikap yang tidak setiakawan dalam menghadapi musuh.
“Ugutan yang dikeluarkan oleh beliau patut diambil tindakan oleh PAS Pusat kerana bercanggah dengan kenyataan sebelum ini yang dikeluarkan oleh Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dan juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang,” bidas PASMA.
Selain itu PASMA turut membuat tuduhan dengan mendakwa pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13) yang lalu, PAS Permatang Pauh telah melakukan pembelotan dengan memberi undi kepada calon BN, Dr Mazlan Ismail dan bukannya kepada calon PKR, Anwar Ibrahim.
Ini berdasarkan sentiman, Dr Mazlan adalah bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang.
“Dalam PRU 13 yang lalu memang golongan ini telah berpakat dengan calon BN iaitu Dr Mazlan yg merupakan bekas Ketua DPP PAS Pulau Pinang.
“Sebab jumlah pengundi BN bertambah lebih kurang 10,000. Awasi pengkhianat yang akan terus dilakukan dalam PRK Permatang Pauh kali ini.
“PASMA akan terus membantu PR menghadapi tektik penipuan yang acap kali dilakukan BN,”dakwanya lagi.
Pada Ahad, Haji Omar Hassan, Yang Dipertua PAS Permatang Pauh dalam kenyataannya berkata pihaknya memberi syarat kepada PKR agar menarik balik kenyataan yang pernah dibuat bahawa parti itu tidak akan menyokong Rang Undang-Undang Presendirian tentang hudud yang akan dibawa oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Selain itu, PAS Permatang Pauh menuntut PKR membuat kenyataan memohon maaf secara terbuka terhadap perkara tersebut.
Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah menuntut Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang memohon maaf di atas kebiadapan mereka mendesak Hadi berundur sebagai Presiden PAS.
Mohd Yusni berkata, pihaknya tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan berhubung pergerakan jentera PRK Permatang Pauh jika permintaan mereka tidak dipenuhi.
“Bagi saya senang saja, minta maaf dulu kemudian baru kita jumpa (bincang),” katanya kepada mStar Online pada Jumaat.
AMK Pulau Pinang pada 26 Februari lalu membuat kenyataan secara terbuka dengan meminta Hadi meninggalkan PAS kerana didakwanya liabiliti kepada PR menerusi tindak-tanduk yang ‘mesra UMNO’.
Kenyataan itu dibuat oleh Khairil Anuar Kamarudin, Timbalan Ketua AMK Pulau Pinang.
Khairil Anuar juga turut memperburuk-burukkan kepimpinan Hadi yang didakwanya sebagai seorang pemimpin yang gagal.
“Beliau (Hadi) juga harus sedar kegagalan mempertahankan Terengganu pada 1999-2004. Ketika beliau menjawat jawatan Menteri Besar. Tidak lupa juga kegagalan mempertahnkan Kedah pada PRU 13 yang lalu dan kegagalan beliau menghalang kewujudan pertandingan tiga penjuru seperti di DUN Sungai Acheh,”kenyataan Khairil Anuar dipetik. sumber 


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Ini lah puak munafik dan parasit dalam PAS. Mereka ini sebenarnya adalah ejen penjlat dan anjing DAP yang dihantar sebagai pemusnah serta memecah-belah parti PAS. Kumpulan ini yang terasa sangat panas dalam PRK PP sedangkan pemimpin2 kanan termasuk TG Presiden dan Mursyil Am tidak bersuara. Kumpulan Ulama bergerak cara diam bersama penyokong setia kepada agenda Islam. Yang buat bising adalah mereka yang tengah terasa bahang panas kerana kehilangan sokongan dari ahli yang tegar kepada perjuangan Islam.

  2. Kelate Jati says:

    Terbaek bro.. Pedih bagi puak liberal anwarinas pasma menelannya.. Tapi itulah hakikatnya.. Sahih fakta..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.