Pemimpin tertinggi itu yang enggan namanya disiarkan berkata, langkah tersebut bagi menunjukkan ketegasan dan menjaga maruah Pas yang selama ini teruk dikecam PKR dan DAP berhubung pelaksanaan hukum hudud.
Menurutnya, Pas negeri dan di kawasan Permatang Pauh diakui mempunyai jentera kempen yang berkesan setiap kali berlangsung pilihan raya kecil.