..

..

PAS DEDAHKAN BEZA UMNO ZAMAN NAJIB & MAHATHIR DALAM ISU HUDUD

on Monday, April 6, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments






PAS menyifatkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penghalang utama terhadap kerajaan Kelantan dalam melaksanakan hukum hudud dengan pelbagai tekanan diberikannya kepada negeri pantai timur itu, kata Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah II Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.

“Kami menerima amaran daripada Dr Mahathir jika melaksanakan hudud pada waktu itu, beliau akan mengambil tindakan.

“Masa itu, kita cukup berhati-hati dengan beliau,” katanya seperti dilaporkan kepada media.

Fadzli berkata, bekas menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga mengambil pendekatan berhati-hati dan tidak mewartakan enakmen itu walaupun ia diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Beliau tidak boleh menerima kehilangan kerajaan Kelantan kepada PAS. Oleh itu, segala tekanan diberikan terhadap kerajaan PAS Kelantan.

“Oleh sebab itu, kita menjaganya dengan teliti,” katanya pada satu sesi Taklimat Kanun Jenayah Syariah II di Kuala Lumpur yang turut dihadiri Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Sementara itu, Amar tidak menafikan PAS sememangnya memerlukan sokongan Umno dalam memastikan enakmen itu dapat dilaksanakan di Kelantan. Dan beliau amat bersyukur kerana kini sokongan tersebut diperolehi oleh Umno dibawah pemerintahan Najib.

“Perkara sebegini tidak salah kerana Umno pegang kunci di peringkat Persekutuan. Mahu tidak mahu, kita kena bincang dengan mereka dan tidak timbul soal kerajaan perpaduan,” katanya.

Menurut Amar, Nik Aziz sebelum ini turut merestui kerjasama Kelantan dan Putrajaya bagi memastikan hudud dapat dilaksanakan di negeri itu. Dan beliau berharap kerjasama ini dapat diteruskan dengan adanya hubungan baik bersama Perdana Menteri. - Utaranews.com


5 Responses

  1. Anonymous says:

    Kahkah

  2. Anonymous says:

    Tu dia, sekarang menggunakan PAS pula untuk menyekat Tun Dr. Mahathir dari bersuara menyuarakan pendapat dan persoalan.

    Selepas ini mungkin para jemuan dan blogger bangang tukang gilap epal yang dungu ini akan gunakan Anwar Ibrahim pula, kemudian gunakan DAP, lepas tu gunakan Israel untuk memburukkan imej Tun Dr. Mahathir supaya Tun Dr. Mahathir diam dan tidak lagi menyuarakan kritikan walaupun kritikan Tun Dr. Mahathir itu adalah untuk kebaikan UMNO, kebaikan Barisan Nasional dan kebaikan untuk negara.

    Berhubung kenyataan blogger bangang yang dungu ini, kita lihatlah apakah Najib akan mengundi menyokong hudud PAS dalam Dewan Rakyat nanti atau dia akan buat sakit perut dan ambil MC sebab takut nak mengundi pasal hudud itu.

    Berhubung isu hudud, dah lama diterangkan oleh Tun Dr. Mahathir bahawa beliau bukannya menentang hudud, tetapi hudud yang dibentangkan oleh PAS itu banyak masalahnya yang boleh menyebabkan pertelingkahan kaum jika tak ditangani dengan seeloknya.

    Macam isu mencuri disebabkan darurat, seperti seorang lelaki terpaksa mencuri sebab darurat, sebab dia menganggur, tak ada kerja, tapi ada anak dan isteri untuk diberikan makanan, pejabat zakat pula hanya goyang kaki di pejabat tunggu orang datang merayu kepada pegawai mereka dan dibebankan dengan berbagai prosedur dan birokrasi, maka orang tadi pun mencurilah di kedai seorang Cina yang bukan Islam, maka berdasarkan hudud, orang itu tak boleh dipotong tangannya dan tak boleh disabitkan kesalahan sebab dia mencuri sebab darurat.

    Macam orang jahil minum arak sebab ibu bapanya tak pernah ajarkan agama kepadanya, dia ditangkap sebab minum arak dan dia beri tahu yang dia jahil dan tak tahu arak itu haram sebab ibu bapanya seorang yang liberal terlebih dan tak ajar agama padanya, jadi macam mana nak tangani isu ini?

    Malahan dalam hudud PAS itu ada menyatakan garis panduan untuk mentakrifkan keadaan darurat, jahil agama dan sebagainya?

    Dalam surat Tun Dr. Mahathir kepada Allahyarham Datuk Nik Aziz pada tahun 1994 dah menerangkan mengapa Tun Dr. Mahathir tidak dapat membenarkan Enakmen Kesalahan Jenayah Shariah 1993 Kelantan yang dipanggil hudud oleh PAS itu dilaksanakan kerana tidak mahu berlakunya masalah yang tak boleh ditangani hingga mencetuskan masalah lain pula.

    Kepada blogger bangang dan pecacai jemuan belaan Najib, sila dapatkan maklumat sahih dan jangan menyerang membuta tuli tanpa maklumat yang benar kerana ini akan menyerlahkan kebodohan anda semua dan menyebakan imej Najib makin menjunam dan mungkin sukar untuk dipulihkan lagi selepas ini.

  3. Anonymous says:

    Harapnya komen saya tadi dipamerkan.

  4. Anonymous says:

    Tun banyak sngt alasan..dah skrg sakit hati bila najib mencipta sejarah dgn GST dan Hudud.

  5. Tun Nyanyok bagi korang berapa juta? Najib Blurr bagi korang pula berapa juta?

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.