..

..

PANAS ! SMS SEBAR UNTUK AHLI PAS , PKR MENANG LEBIH PENTING DARI HUDUD #PRKPermatangPauh

on Monday, April 27, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





PRK Permatang Pauh yang masuk hari ketiga berkempen hari ini ini kini mula meningkat bahangnya apabila kontroversi demi kontroversi mula tercipta di kem pembangkang disini.

Bermula dengan pencalonan Wan Azizah yang tidak dipersetujui penyokong PKR setempat, diikuti dengan 'u-turn' pimpinan PAS setempat yang menyokong Wan Azizah, dan yang terbaru Pemuda PAS Negeri semalam dengan lantangnya mengumumkan jentera mereka memboikot sepenuhnya PRK Permatang Pauh kali ini.

Rentetan pengumuman itu, golongan jemaah PAS yang pro kepada DAP dan PKR semalam mula menyerang Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang Mohd Yusni Mat Piah dengan pelbagai tohmahan diatas ketegasan sayap PAS tersebut yang setia dibelakang Presiden PAS dalam isu Hudud sebelum ini.

Melihat kepada tindakan drastik Pemuda PAS negeri itu, sejak semalam majoriti penduduk di sekitar Permatang Pauh mula dibanjiri dengan sms berantai yang menyeru mereka untuk menyokong calon PKR, Wan Azizah dan dan berharap mereka melupakan Hudud kerana kemenangan PKR lebih penting dari melaksanakan hukum Hudud.

Saiful , 41 ,(bukan nama sebenar) yang menetap di Permatang Pasir sempat ditemubual wartawan kami berkata bahawa beliau amat yakin bahawa sms berantai ini bukan dari pimpinan PAS setempat dimana mereka selaku akar umbi di kubu kuat PAS itu lebih mengenali dasar perjuangan PAS disini. Permatang Pasir adalah merupakan kubu kuat PAS di parlimen ini.

"Kiriman SMS ini memang satu tindakan yang terdesak, kami tahu ini adalah kerja puak-puak yang berhaluan kiri dalam jemaah PAS. Jika membabitkan soal hudud, amat diketahui bahawa mereka ini hanya bertopengkan perjuangan PAS tetapi sebenarnya agenda hawa nafsu peribadi mereka yang menjadi keutamaan puak-puak ini." ujar beliau kepada kami.

Dan menurut beberapa sumber setempat yang lain, SMS itu disyaki ada kaitan dengan PasMA yang diketahui kuat bertapak di negeri ini disamping menjalinkan hubungan erat dengan DAP setelah bercakaran dengan pimpinan pro-ulama PAS dalam beberapa perkara sebelum ini. Bagaimanapun pihak kami gagal untuk bertemu dengan pemimpin PasMA setempat untuk mengulas tentang perkara ini.

Sementara itu, kelibat pemimpin tertinggi PAS yang pro-ulama yang masih belum kelihatan di Permatang Pauh dilihat seolah-olah mengiakan bahawa hubungan gabungan Pakatan Rakyat semakin keruh dan 'perpaduan' yang ditunjukkan di PRK kali ini hanyalah bersifat retorik demi kelangsungan diantara pemimpin PAS P.Pinang dan kerajaan negeri dibawah pimpinan DAP.

Mat Sabu ketika ditanya tentang ketidakhadiran pemimpin tertinggi PAS yang lain dalam satu sidang media sebelum ini enggan mengulas tentang hal tersebut dan memberitahu bahawa pihaknya hanya fokus kepada kempen membantu memenangkan rakan komponen PR iaitu PKR dalam PRK kali ini-UtaraNews.com


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.