..

..

PAK LAH BUKA CERITA SEBENAR ISU ALTANTUYA , NAJIB TAK TERLIBAT

on Saturday, April 11, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments




PETALING JAYA, 10 April –  Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terlibat dalam kes pembunuhan model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, kata bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada Jumaat.
Abdullah berkata siasatan terhadap kes itu pada 2006 telah disimpul semasa beliau menjadi Perdana Menteri.
“Antara perkara yang dilaporkan semasa saya menjadi Perdana Menteri adalah hasil siasatan kes pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
“Berdasarkan kepada penemuan dari siasatan menyeluruh yang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang disampaikan kepada saya, ia telah mengesahkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terlibat langsung dalam kes tersebut,” katanya.
 Altantuya dibunuh pada 18 Oktober 2006 dan mayatnya ditemui di dalam hutan berhampiran Puncak Alam, Shah Alam.


6 Responses

  1. Anonymous says:

    Paklah baru bangun tido. Madey tak kata pun najib isteri rosmah terlibat tapi madey tanya siapa yg arahkan sirul dan azilah c4 altantuya. Tak pelik ke 2 org polis bunuh org yg mereka tak kenal? Apa masalah altantuya dgn sirul atau azilah?

  2. Anonymous says:

    kebenaran terbukti sudah . kalau najib bersalah , dah lama Allah tunjukkan. rujuk kes peliwat. tuhan bayar cash di dunia .

  3. Ha ha ha...kena pula Mamak Kutey Kat tangan Pak Lah Kaki tidoq ..mamak ulat mulberry tu dulu balon pak lah kaki tidoq kaw kaw...bagus bagus pak lah kaki tidoq. ..pulang paku buah keras..tarok itu mamak mulberry support najib blurr

  4. Anonymous says:

    Secara logik... orang lelaki terutamanya 'public figure' bila berlaku curang kepada isteri tidak akan mahu orang lain tahu skandalnya nocor terutamanya kawan2 sekeliling apalagi bos sendiri.

    Kerana da panik utk tutup malu maka mungkin salah guna kuasa menggunakan pegawai polis yg dia kenal iaitu staf bosnya atas kapasiti peribadi.

    Tak pasal2 nosnya yg jadi mangsa akhirnya dan dia boleh terlepas..
    semoga dia bertaubat.

    inilah hakikat kehidupan. Dekatkan diri pada Allah. Jika tidak... kita akan lupa diri.


    Binatang Ternak (Al-'An`ām):44 - Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kamipun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan sekonyong-konyong, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa.

  5. Anonymous says:

    Mahfuz nak cuba panjangkan kes yang dah selesai ini sambil mengheret ibu Sirul menunjukkan hatinya hitam dan cuba melaga2kan TDM ngan Najib.

  6. Anonymous says:

    Pelik bin ajaib la. TDM tanya siapa yang arahkan Sirul bunuh Altantuya, Yang Najib sibuk kata dia tak bunuh, dia dah sumpah, dia tak kenal apa citer?? Persoalan sekarang siapa yang suruh bunuh? Mana depa dapat C4? Kenapa Musa Safri tak dipanggil ke mahkamah? Kenapa Razak Baginda dilepaskan tanpa di buat rayuan? Kenapa kenapa kenapa???

    Takde orang tuduh najib.. wa tak paham laaaaaaaaaa

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.