..

..

MENGAPA PM DIAM KRITIKAN MAHATHIR DIDEDAHKAN ! #RESPECT

on Wednesday, April 8, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 13 Comments




 - Penganalisis politik berpandangan sikap membisu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak terhadap teguran Tun Dr Mahathir Mohamad adalah kerana beranggapan Najib tidak mahu mengeruhkan keadaan selain menghormati Mahathir.

Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, adalah lebih baik untuk Najib berdiam kerana sekiranya Najib 'membuka mulut' keadaan yang lagi parah akan berlaku.
"Saya rasa kritik lebih berunsur masalah personal antara Tun Dr Mahathir dan Najib.
"Najib tidak jawab kerana menghormati Tun yang pernah berjasa kepada dirinya.
"Sekiranya Najib jawab, ianya akan memburukkan lagi keadaan dalam hubungan beliau dengan Tun Dr Mahathir.
"Namun sekiranya isunya adalah isu kepentingan awam, Najib perlu juga jawab. Sekiranya tidak, isu tersebut boleh jadi spekulasi yg menjejaskan kredibiliti Najib dan parti kelak," katanya kepada Sinar Online.
Sementara ketika ditanya mengenai adakah ada keperluan untuk Najib menggunakan medan sosial untuk menjawab kepada soalan yang berbangkit sekiranya Najib tidak mahu 'buka mulut', Azizudin berkata itu bukan 'cara' Najib.
"Najib tidak lawan guna blog, FB dan Twitter, saya rasa ianya bukan 'style' Najib menggunakan media sosial mengkritik atau menghentam pihak lain.
"Media sosial hanya digunakan Najib buat hebahan aktiviti yang dilakukan beliau," ujarnya.
Mutakhir ini, Dr Mahathir dilihat beberapa kali ‘menyerang’ Najib melalui tulisannya di blog chedet.cc, yang terbaharu menyentuh mengenai kes Altantuya, 1MDB dan ‘Nasib BN’ di bawah Najib menjelang PRU14 dan hari ini Dr Mahathir 'menyerang' semula dengan lebih keras.
- Sinar Harian


13 Responses

  1. Anonymous says:

    Tun M bukan nak jatuhkan Najib. Tun M nak selamatkan UMNO dan BN. Dia tahu Najib tak bersalah, cuma yang Tun mahukan ialah agar Najib menampilkan kejantanannya mengeluarkan kenyataan yang boleh mengembalikan keyakinan orang2 Melayu terhadap kepimpinan Najib yang dikebelakangan ini digambarkan sebagai seorang pemimpin yang lemah, kuat rasuah terlalu retorik dan bermacam2 lagi yang kita pengikut tak suka dengar berlaku pada Najib. Tun M hanya menyuarakan pandangan pihak akar umbi yang tertanya2 betul ke Najib macam ni betul ke Najib macam tu? Bagi saya, ramai orang Melayu yang merindui pentadbiran ala Mahathir. Kalau benar Najib menghormati Tun M, buatlah seperti yang dipinta Tun M....cuma caranya biar betul dan ikhlas, tak payah mengharap pihak lain menjawab bagi pihaknya. Apabila dibiarkan ini berlaku maka keadaan akan menjadi lebih parah dimana apabila tiba PRU nanti Melayu akan lebih banyak lagi pecahannya, nauzubilah..........!

  2. Anonymous says:

    Betul tu...aps saja pm cakap musuh akan spin... baik diam. Skarang musuh begitu hebat mengviralkan video tun seolah2 lah hero mereka selama ini.

    Apa juga usaha pm di kritik hebat, diperkecilkan... bayangkan anak2 tahun 1 pun di momokkan gst tu jahat?

    Saya rasa najib tak gentar dan tak melobi untuk dikekalkan sebagai pm... najib cuma hendak buat kerja. Tak habis2 kisah altantuya.....hmmm ...nk jawab macam mana lagi...macam pr reka dan harapkan?

  3. Anonymous says:

    Minta najib jawap.. Banyak sangat persoalan yg dibangkitkan.. Yg terbaru kata najib nak keluarkan duit pencen utk bayar hutang 1mdb. Kalau tak betul jawap.. Kenapa tak jawab Atau siasat.. Saya Skrg dah mula hilang kepercayaan kpd najib..

  4. Anonymous says:

    Kalau 1MDB memberikan faedah yang besar kepada negara, ini lah peluang Najib untuk untuk membuktikannya. Kalau Anwar tak mahu bersumpah membuktikan beliau tidak bersalah mendapat cemuhan hebat, apa pula bezanya sikap berdiam diri Najib tidak mahu menjawab soalan? Kenapa tak mahu cemuh? Aku tak mewakili RAKYAT, tapi sebagai seorang rakyat, aku mahu tahu jawapan Najib. Takkan nak minta aku membuta-tuli je nak sokong Najib. Undi aku memang cuma ada 1 saja. Tapi kalau Najib rasa dia tak perlukan undi aku, teruskan la berdiam diri.

    PRU 13 aku undi BN (Batu Pahat - walaupun kalah) sebab aku tolak Anwar. Sekarang Anwar dah tak ada dalam perhitungan aku, aku bebas nak pilih samada BN atau PR.

  5. akmy says:

    sah dah la Dr.M meletakkan dirinya dibawah dari otak mahfuz... (dicopy dari satu blog) " dimaklumkan Pihak Polis telah menjalankan siasatan menyeluruh terhadap kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, gadis Mongolia dan mendapati tiga individu terbabit..Abdul Razak Baginda, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar..Abdul Razak, 48, Pengarah Eksekutif (MSRC), dituduh bersubahat dgn Azilah dan Sirul..
    …31 Okt tahun 2008, Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yassin memerintahkan Abdul Razak, dilepas dan dibebaskan tanpa perlu membela diri setelah pendakwaan gagal membuktikan elemen penting dalam pertuduhan bersubahat..Sungguhpun Jabatan Peguam Negara percaya Razak Baginda terbabit dalam dalam kes ini, namun Mahkamah mendapati bukti yg ada tak mencukupi untuk mensabitkan kesalahan.
    DSP Musa Safri menjadi fokus kerana beliau merupakan ADC kepada Najib, TPM ketika itu..Peguam bela tertuduh boleh sahaja memanggil saksi terbabit untuk memberi keterangan semasa kedua-dua mereka dipanggil membela diri. Ini tak dilakukan oleh Peguam Bela....Malahan Cif Insp. Azilah sendiri dalam keterangan membela diri menyatakan DSP Musa tak tahu apa masalah Razak..
    ..Berhubung dengan kenyataan Mahfuz Omar bahawa Sirul hanya akan memberitahu siapa yg mengarahkannya membunuh model Mongolia, Altantuya Shaaribuu bila tiba masanya kelak; ia hanya membuktikan keputusan Mahkamah adalah tepat..Sepanjang perbicaraan Sirul menegaskan bahawa beliau tak terbabit dengan pembunuhan tersebut walaupun segala bukti menunjukkan ke arahnya dan Azilah. Justeru adalah sukar untuk Polis dan Jabatan Peguam Negara menyiasat kenyataan ini kecuali terdapat bukti baharu.
    ..Sirul juga boleh mendedahkan siapa yg mengarahkannya semasa dipanggil membela diri..Beliau mengambil keputusan membela diri dari kandang tertuduh seperti mana Anwar Ibrahim.. Beliau tak boleh disoal oleh Pendakwaraya, beliau bebas membuat sebarang pendedahan, namun beliau memilih untuk menafikan melakukan pembunuhan tersebut..Sirul sebagai pelarian di Australia boleh sahaja menamakan siapa yg mengarahkan beliau di sana dan kita akan menyiasat jika ada bukti baharu..Jabatan Peguam Negara memutuskan kes ini telah selesai dan hanya akan membukanya jika ada bukti baharu dikemukakan.
    "...kes ini telah dibicarakan dalam perbicaraan yg panjang, sepatutnya inilah masa dan tempat yg tepat untuk membela tertuduh tetapi kenapa masa peluang membela diri ini... pembangkang, mahfuz mahupun Dr.M tidak tampil ke Mahkamah menawar diri memberikan bukti2 yang kononnya ada pada mereka...kenapa ikut gaya pengkhianat negara yg menggunakan "mahkamah jalanan" yg penuh dengan tanggapan dan fitnah semata2

  6. Anonymous says:

    Semua diminta bertenang..yg ditanya PM kan..?..tahu la apa yg dia nk buat..Kita yg disekeliling ni jgn cepat melatah..jgn cepat sgt negatif..kita plak yg dok tokok tambah ..jd asam..jd garam..Tun bkan tak tahu..tp mesti ada yg kurang kat mana2..atau hint dia..pd kita semua..pada pemimpin2 masyarakat..yg sayangkn parti konon..prk sana sini..dah dekat, berapa kerat kita ni yg paham sgt pasai isu2 yg dbangkitkn...nnti rakyat tanya mcm mana nk jawab..itu semua peluru2 pmbangkang..jd kita ni kena btui2 confident nk lawan balik..sbab 2 la kena jelas betui2..jentera parti nk kempen mcmmana? Sblum ni pun pembngkang fitnah PM, kerajaan & parti sapa yg tlong jawab..?..Tun baru jolok sikit semua dah kelam kabut..pakat2 tunjuk sokong saja tak jadi ..klau tak tolong..mcm iklan raya dulu2..burung apa?..burung murai..burung apa?..burung murai...

  7. Anonymous says:

    TM ada nyatakan bukannya beliau tdk tegur dan nasihat DSNajib secara tutup. Tempoh itu dah tamat kata TM. Makanya DSN sudah tdk bole brdiam dan prlu mmberi jawapan dan pnjelasan. Brdiam hanya menimbulkn lebih prsoalan dari mnjawabnya. Lagipun tempih brdiam memang dah tamat bukn saja utk TM bahkan juga utk DSN. Bahawa DSN brdiam itu bole mengelak keadaan mnjadi lebih keruh ini hypothesis apa benda. Mesti ada pnjelasan yg bole terima supaya keruh itu tdk brkocak dan mnambh kefuh. DSN mesti tunjuk telur dengan beri pnjelasan bukan simpan telurnya.

  8. Anonymous says:

    Tun dh tua. Sbb tu beliau agak merapu sekarang. Sementelah rakan2 politik seusia beliau spt tg nik aziz dan lee kuan yew telah meninggal. Terimalah seadanya.

  9. Suka lu la labu...mau undi Netanyahu pon ok

  10. Mahathir Nyanyuk vs Najib Blurr..
    elok sangat lè tu ...

  11. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












    Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

  12. Anonymous says:

    DSNajib dh jawab iaitu dia bukannya TM yang Perdana Menteri dan dia buksnnya TM yang buat keputusan. Kalau TM nak terus melalak itu tak mbjadi masaalh dan akan tetap dambil kira. Pun begitu, DSN yg akhir nya tentukan apa yg baik utk negara bukannya TM. Itulh bila jadi pemimpin, itulh peluang utk buat yh trbaik atau sebaliknya. Tiada peluang kedua. Bukan barangkali, memang tempoh TM utk putuskn apa prlu buat atau tidak bukn lagi haknya tapi hak Najib skrg.

  13. Anonymous says:

    Isu 1MDB ni...TM bukan bodoh bahkan sangat memahami.Tapi nampaknya dia telah bertindak in a moronic way by going public what should be solved internally. Ramai percaya ada agenda lain ....sampai sanggup menjatuhkan maruah orang. respected him once , but after all this...not anymore. Clearly see his true colors now. .... Loudest ... definitely not a Melayu.

    Aku Melayu
    Ini Tanah Melayu
    Tanah Air Ku

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.