..

..

MAT SABU TERPAKSA IMPORT JENTERA PAS LUAR BANTU PKR PERMATANG PAUH !

on Tuesday, April 21, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments





SHAH ALAM - Pas mengarahkan kesemua jentera Pas turun padang membantu calon PKR menang di PRK Permatang Pauh.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menerusi satu kenyataan hari ini, beliau berkata, antara jentera yang dikerah untuk membantu calon PKR di Permatang Pauh termasuk jentera di Perak, Pulau Pinang, Perlis dan Kedah.

“Pas akan membantu calon PKR yang mewakili Pakatan Rakyat di Permatang Pauh.

“Pas Pusat dalam mesyuarat pada 13 April lalu membuat keputusan supaya Pas di empat negeri itu membantu Pakatan Rakyat di PRK Permatang Pauh ini,” katanya seperti yang dipetik menerusi kenyataan tersebut.

Semalam Pas Permatang Pauh meluluskan usul menggesa kepimpinan PKR membuat permohonan maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan mereka yang tidak menyokong pelaksanaan Rang Undang-undang Persendirian berkaitan hudud.

Usul itu dicadangkan Pemuda Pas kawasan berkenaan pada Mesyuarat Agung Tahunan cawangan itu yang ke 38 di Dewan Haji Yussof Rawa di Permatang Pauh, semalam.

Yang Dipertuanya, Omar Hassan berkata, PKR diberi tempoh sebelum hari penamaan calon untuk membuat permohonan maaf dan menarik semula kenyataan tidak menyokong hudud.

Menurutnya, jika PKR bersetuju dan meminta maaf secara terbuka pihaknya akan meneruskan kerjasama dengan parti itu dalam PRK Permatang Pauh kelak.

Dalam pada itu, Mat Sabu turut menegaskan bahawa tiada arahan baharu yang melibatkan kerjasama jentera Pas dalam PRK tersebut.

“Sebagai Timbalan Presiden dan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, saya menegaskan tiada arahan baru yang di keluarkan oleh Pas Pusat.

“Oleh itu, semua jentera pilihanraya dari negeri-negeri tersebut hendaklah membantu Pakatan Rakyat di Permatang Pauh,” katanya lagi.


3 Responses

  1. Anonymous says:

    Akhir zaman yg buruk dipandang cantik dan cantik dipandang buruk.

  2. ayahatok says:

    Import beribu pun buat apa yg ngundi org situ juga......

  3. Anonymous says:

    Semua orang wajib melantik ADUN Kajang, Bini Raja Liwat, Mak kepada betina pemfitnah, Penipu Tegar, Import Korea/Singapore, Nenek kipas bodoh dan wakil rakyat yang paling "kuat berkerja demi rakyat" sebagai MP Permatang Pauh!!
    Ayuh, kita sama2 bersusah payah melantik betina bodoh ni yang tak pernah ambik kisah tentang penduduk2 kecuali jika ada kenduri sebagai MP Permatang Pauh!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.