..

..

MANIFESTO BN DILANCARKAN JIKA MENANG #PRKPermatangPauh , MANA PULAK CALON PKR ??

on Thursday, April 30, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



PERMATANG PAUH: Barisan Nasional (BN) hari ini melancarkan manifesto Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh yang menggariskan enam agenda dalam membantu dan membela nasib pengundi di kawasan berkenaan. 

Pengumuman manifesto BN itu dibuat Pengarah Pilihan Raya PRK Permatang Pauh bagi BN yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Command Centre Bandar Perda, di sini. Turut hadir, Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel; Presiden GERAKAN, Datuk Seri Mah Siew Keong; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman; barisan pimpinan BN dan UMNO negeri serta calon BN, Suhaimi Sabudin.

Ahmad Zahid dalam ucapannya memberi komitmen tinggi BN akan melaksanakan sepenuhnya janji manifesto jika diberi mandat dan kemenangan kepada calon BN pada PRK kali ini. 


"Jika BN menang, kita akan laksana 100 peratus aku janji ini di dalam manifesto ini. Ini aku janji yang pasti dilaksanakan jika Suhaimi (calon BN) menang. 

"Berilah peluang tiga tahun kepada BN laksana aku janji ini," katanya disambut sorakan ribuan penyokong BN yang hadir. 




Berikut antara cadangan manifesto BN bagi PRK Permatang Pauh yang akan berlangsung 7 Mei ini. 

Ekonomi; 

-Menyediakan kemudahan Mikro Kredit Khas Parlimen Permatang Pauh untuk peniaga-peniaga kecil 
-Menubuhkan Pusat Penjanaan Usahawan Kecil dan Sederhana untuk mempertingkatkan jumlah penglibatan belia dalam bidang keusahawanan

 -Mengusahakan peluang-peluang pekerjaan baru bagi golongan belia

 Pendidikan;

 -Mengusahakan terbinanya sebuah Sekolah Menengah Agama Berasrama Penuh di kawasan Parlimen Permatang Pauh.

 -Membantu pihak Sekolah, Kebangsaan dan Jenis Kebangsaan dalam melahirkan lebih ramai pelajar-pelajar yang cemerlang.

 Kesihatan; 

-Meningkatkan keupayaan Hospital Seberang Jaya, pembesaran dan peningkatan fasiliti perubatan dan kesihatan; 

-Menambahkan bilangan Klinik 1 Malaysia di kawasan Parlimen Permatang Pauh 

Program kesejahteraan rakyat luar bandar;

 -Mengusahakan pembukaan Kedai Rakyat 1 Malaysia dan Kedai Agro Rakyat 1 Malaysia 

-Membina Projek Perumahan untuk Rakyat Termiskin (PPRT)

 -Memastikan Penyaluran Bantuan Kebajikan berterusan kepada golongan yang memerlukan termasuk Program Baik Pulih Rumah bagi golongan berpendapatan rendah 

-Mewujudkan Mini Rural Transformation Centre (RTC) di kawasan DUN Permatang Pasir 

-Mempertingkatkan kemudahan infrastruktur kawasan luar bandar 

Pembangunan komuniti; 

-Menambah bilangan Pusat Asuhan Kanak-kanak dan Tadika KEMAS dan Jabatan Perpaduan di Taman-taman Perumahan 

-Mengusahakan bantuan untuk Masjid, Surau dan Rumah-rumah Ibadat Semua Agama

 -Mengusahakan naik taraf dan penyelenggaraan kemudahan-kemudahan awam di taman-taman perumahan

 -Mengusahakan peruntukan di bawah Program Tabung Penyelenggaraan 1 Malaysia ( TP1M ) bagi tujuan penyelenggaran perumahan pangsapuri Kos Rendah dan Kos Sederhana Rendah yang memerlukan.

-Mengusahakan pembinaan Gelanggang Sukan Komuniti di setiap kawasan DUN sebagai pusat kegiatan riadah dan sukan bagi golongan belia 

-Memupuk semangat perpaduan dan saling hormat menghormati di kalangan masyarakat 

Keselamatan;

 -Menubuhkan Community Policing di setiap kawasan perumahan 

-Menggalakkan penyertaan masyarakat bagi meramaikan anggota RELA -Memperbesarkan jumlah keanggotaan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) 

-Menambahkan pasukan Unit Ronda Bermotosikal (URB) di seluruh kawasan Parlimen Permatang Pauh

 -Menambahkan kekerapan 'omnipresence' pasukan Polis Di Raja Malaysia di kawasan-kawasan "hotspot"




Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.