..

..

MAHATHIR SEPERTI HILANG KEWARASAN SERANG NAJIB - VETERAN UMNO

on Sunday, April 5, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments




- Veteran Umno melahirkan rasa kecewa terhadap serangan bertali arus oleh Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.


Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, walaupun Dr Mahathir ada alasan untuk mengkritik Najib tetapi serangannya lebih berupa serangan peribadi yang bermotif untuk mendesak Najib berundur dari jawatan PM.




"Tun M seperti diserang histeria dan hilang kewarasan sebagai seorang negarawan yang disegani dan disanjung.

"Sedangkan beliau boleh melakukannya dengan penuh berhemah dan berhikmah," katanya dalam satu kenyataan, semalam.


Mengulas lanjut Mustapha berkata sekiranya Najib perlu dijatuhkan, Dr Mahathir perlu menggunakan 'saluran' yang betul. 






"Najib menjadi PM kerana beliau adalah Presiden Umno.

"Beliau dipilih oleh perwakilan Umno, Jadi, cara yang paling demokratik ialah melalui pemilihan Umno juga.

"Sesiapa saja boleh menawar diri untuk bertanding jawatan Presiden, termasuk Tun M, Najib hanya alat institusi Umno.

" Najib boleh diganti, tetapi Umno sebagai satu institusi mesti dipertahankan oleh setiap ahli Umno," ujarnya.


Oleh itu,veteran berharap, Dr Mahathir menghentikan serangan itu, kerana beranggapan natijahnya akan menghancurkan Umno dan merugikan Melayu.



"Sebelum nasi menjadi bubur, sebaiknya Tun M kembali ke pangkal jalan.


"Bertindaklah sebagai negarawan yang rasional dan bijak kerana veteran mahu Tun M terus dikenang sebagai tokoh kebanggaan Melayu sepanjang zaman," katanya.



Mutakhir ini, Dr Mahathir dilihat beberapa kali ‘menyerang’ Najib melalui tulisannya di blogchedet.cc, yang terbaharu menyentuh mengenai kes Altantuya, 1MDB dan ‘Nasib BN’ di bawah Najib menjelang PRU14.


5 Responses

  1. Anonymous says:

    Dah dtegur dan nego cara senyap, tak brkesan kot. Bila tempoh tu tamat, serangan trbuka. Dah x bole undur lagi kot. TM dah hilang keyakinan BN dan umno bole brjaya pada Pru14 dgn keadaan BN sendiripun dah terbelah bukan retak. TM brfikran Nakhoda BN prlu tukar atau BN itu sndiri kaput. Fikiran anda bagaimana?

  2. Anonymous says:

    setuju.. setiap manusia baik lelaki mahupun wanita yg berusia lebih 80 tahun sedang di ambang kenyanyukan..!

  3. Anonymous says:

    yang peliknya orang muda pun dah turut nyayok dengan pentadbiran najib yang tak tentu hala tujuan..najib spt lalang ditiup angin..hhhh

  4. TM meroyan sbb semua anak beranak dan kroni dia dah x dpt pojek kerajaan dan glc kerajaan lg..semua pojek kerajaan baik glc semua diberi kpd 1MDB yg merupakan sykt kerajaan..TM hanya beri pojek dan mengayakan individu sahaja..di zaman pemerintahan beliau kedah pun terpinggir yang dimajukan hanyalah Langkawi..Melayu@ MAMAK MUDAH LUPA..skrg kata2 tersebut dh kena kt batang hidung TM sendiri

  5. Anonymous says:

    Tun M terlalu banyak membaca hingga terlupa masa jadi PM dahulu dan keadaan sekarang terlalu jauh berbiza, mungkin juga ada kebenaran yg.12:49 katakan.Najib sekarang ibarat ditelan mati emak,diluah mati bapak,dijawab mahkamah telah putuskan,nak dihuraikan audit telah membuat siasatan terhadap tuduhan.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.