..

..

KRITIKAN TUN M KE ATAS PM BOLEH PECAHBELAH MELAYU - RAZLAN

on Saturday, April 4, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Sebagai anak muda saya berasa amat sedih apabila melihat kemelot menghentam Presiden UMNO di buat secara terbuka dan berterusan oleh YABhg Tun M, mantan Presiden UMNO. Dalam masa kita melihat kepimpinan UMNO semakin mendapat perhatian dalam membina kembali kekuatan parti.
Pada PRU13, ada juga yang meramalkan BN akan kalah tetapi sebaliknya berlaku, segala yang terjadi semasa PRU12 dan 13 tidak lain tidak bukan ianya ada kene mengena dengan hentaman terus menerus Tun M kepada Perdana Menteri yang lepas.
Dato Seri Najib sudah pun bersumpah dan menafikan beliau terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya dan kes ini telahpun diputuskan oleh Mahkamah.
1MDB sudah di buka kepada siasatan audit dan sekiranya ada sebarang salah laku, proses perundangan akan di ambil terhadap pihak-pihak yang terbabit ke muka keadilan.
Dalam dunia politik, desakan pembangkang, fitnah, wujud persepsi negatif, pandangan negatif semua ala tegar biasa, semasa zaman YABhg Tun M pun tidak lekang dengan masalah dalaman. Tun M juga berhadapan dengan pelbagai tentangan terhadap pembinaan KLIA, pembinaan Putrajaya dan juga ada yang kurang berjaya seperti MAS. Namun semasa itu, hampir semua kepimpinan UMNO bersama Ayahanda Tun M.
Pembinaan persepsi negatif dulu dan sekarang amat berbeda, permainan propaganda hari ini dan dahulu juga dilakukan dengan cara dan pendekatan yang lebih mudah dan luas.
Asakan demi asakan yang dilakukan sekiranya kita bersatu, ianya bukan lah satu perkara enteng untuk dijayakan.
Alhamdulillah, walaupun kerosakan yang dibuat kepada sistem "Keyakinan rakyat kepada kerajaan" pada PRU 12 yang melibatkan hentaman demi hentaman oleh Mantan Perdana Menteri, Kerajaan BN masih bertahan sehingga hari ini, kerosakan itu bukanlah kecil!.
Saya merayu kepada Ayahanda Tun M untuk terus memberikan sokongan dan terus membantu Dato Seri Najib dalam membina kembali kekuatan Melayu. Demi Melayu dan survival Melayu.
Sebagai anak muda Melayu, kami pun tidak rela parti ini dihancurkan dengan hanya permainan persepsi. Sekian lama kita bekerja membina bangsa, sekian lama kita pertahan kedaulatan Raja-raja, janganlah ianya terus dirosakan oleh pemimpin terdahulu.
Sekian.
Razlan Rafii


3 Responses

  1. Anonymous says:

    Melayu dah teruk brpecahpun. Ada d pas, pkr dan dlm Dap. Itu kot yg TM nak betulkn.

  2. Salah tu razlan...pemimpin bangsa yg tidak tulus dan lemah menghargai sokongan pengikutnya yang menjahanamkan teras bangsa keramat ini...jgan pulak kamu cuba spin semata mata kepentingan bangsat kamu...

  3. Anonymous says:

    kenapa xblh kritik kalu bnda tu x btol? nk jd penjilat tegar?
    pemimpin dulu kurang ckp sbb bnyk bt kije, apa yg Tun ckp zaman dulu2 penuh karisma n tampa teks..
    org skrg kurang kp sbb xtau ape nk cakap..kalu cakap pon bnyk merapu..sikit2 tgk teks, cakap pon xde karisma..fail..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.