..

..

JENTERA PKR SANGGUP HIDU BAU SAMPAH DEMI KEMENANGAN PARTI

on Tuesday, April 28, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Permatang Pauh – Walaupun hampir 17 tahun mempertahankan kemenangan di Permatang Pauh, namun parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat terus gagal menyelesaikan isu-isu tempatan di kawasan Parlimen itu.

Tinjauan mendapati kawasan yang menjadi kubu kuat PKR yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim itu tidak diselenggara dengan baik dari segi kemudahan asas, infrastruktur jauh sekali pembangunan baru.

Parit sepanjang Jalan Permatang Pauh, yang menghubungkan kawasan itu dengan beberapa bandar lain, seperti Bukit Mertajam dan Georgetown sangat daif keadaannya.

Ia dipenuhi dengan sampah sarap seperti botol minuman, kotak dan plastik. Malah ada diantaranya juga dipenuhi dengan lumut hijau dan menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

Penduduk di kawasan berdekatan memberitahu mereka sering berhadapan dengan banjir kilat ketika hujan berikutan kegagalan aliran air di sepanjang parit berkenaan.

Setiap kali banjir, sampah sarap akan melimpah sehingga ke jalan raya dan keadaan itu tentunya menimbulkan keadaan tidak selesa terhadap pengguna jalan raya.

Bau busuk juga mengganggu persekitaran Jalan Permatang Pauh itu yang berdekatan dengan kedai-kedai makan dan kawasan perumahan.

Walaupun sudah banyak aduan disampaikan kepada wakil rakyat dan pihak berkuasa tempatan (PBT) namun ia masih gagal diselesaikan.

Lebih memalukan, parit sepanjang satu kilometer tersebut terletak tidak jauh daripada Bilik Gerakan PKR Permatang Pauh, dengan jarak kurang 200 meter sahaja.

Bukan itu sahaja, ketika tinjauan dibuat, bendera PKR juga turut digantung di sepanjang parit tersebut, sebagai persiapan parti itu menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, 7 Mei depan.

Ini sekaligus menimbulkan persoalan, apakah wakil rakyat atau jentera parti termasuklah penyokong kuat PKR sudah ‘lali’ dan ‘terbiasa’ dengan pemandangan kotor sebegini atau sememangnya ‘tidak sedar’ dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka kerana terlalu berpolitik?



Apakah masalah parit tersumbat dan sampah sarap ini dianggap sebagai isu kecil yang tidak akan menenggelamkan isu ketidakadilan terhadap Ketua Umum PKR itu?


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.