Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu memandangkan insiden helikopter terhempas tersebut berkait dengan soal kematian.

“Jangan lakukan sebarang spekulasi atau mengeluarkan berita luar biasa. Tidak kira, mana-mana golongan, parti atau individu harus menghormati keluarga orang yang meninggal,” katanya kepada pemberita ketika menziarahi kediaman Allahyarham di The Mines, Seri Kembangan dekat sini hari ini. - UTUSAN ONLINE