..

..

IDEAS GESA PENYOKONG PR TOLAK PKR, PERMATANG PAUH PERLU AHLI PARLIMEN SEBENAR #PRKPermatangPauh

on Sunday, April 26, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment







Ketua Eksekutif Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS) Wan Saiful Wan Jan menggesa penyokong-penyokong Pakatan Rakyat menolak calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam Pilihan Raya Kesil (PRK) Permatang Pauh.

Jelasnya, pengundi memerlukan ahli Parlimen sebenar yang dapat memberi khidmat kepada mereka dan bukannya seseorang yang diperlakukan seperti boneka meskipun berkemungkinan dilantik sebagai Ketua Pembangkang sekiranya menang.

“Jika anda menyokong Pakatan, maka kali ini (sahaja) undi UMNO. Pengundi perlu MP (ahli Parlimen) sebenar. “Bukan puppet (boneka) yang sekejap bertanding sekejap letak jawatan. Kalau jadi ketua pembangkang puppet juga,” katanya di laman Facebook.

PRK Parlimen Permatang Pauh bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru pada 7 Mei ini apabila Wan Azizah akan dicabar calon UMNO, Suhaimi Sabudin dan dua calon lain, iaitu Azman Shah Othman, dari Parti Rakyat Malaysia dan calon Bebas, Salleh Ishak. Menurut Wan Jan, cadangannya supaya penyokong Pakatan mengundi UMNO dalam PRK ini bagi memberi kesedaran kepada parti itu supaya tidak terbelenggu dalam politik dinasti Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kemenangan UMNO di Permatang Pauh akan mengajar PKR agar keluar dari belenggu dinasti, tanpa mengubah lanskap di Parlimen. “

Begitu juga di Rompin. Perlu dimenangkan UMNO dengan majoriti yang lebih besar untuk menunjukkan penolakkan terhadap (Presiden PAS) Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kem konservatifnya.

“Ini juga tidak akan mengubah lanskap di Parlimen. Ajar mereka sekarang agar mereka ‘buckle up’ sebelum PRU14,” ujarnya.


One Response

  1. Anonymous says:

    Jangan setakat di p/raya Rompin & P.Pauh je kita ajar PR.. teruskan sampai ke PRU14 nanti.. jangan bagi chance langsung PR menang di mana2 saja..!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.