..

..

HUDUD :PKR TAK MOHON MAAF TAPI SOKONG DEMI MENANG #PRKPermatangPauh @dzainalabidin

on Saturday, April 25, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments





Alahai YDP PAS Permatang Pauh... senang betul kena tipu puak2 putar belit ini .   


Boleh percaya ke  PKR bila  berjanji sempena PRK ini  bahawa semua pemimpin dan ahlinya beragama Islam bersetuju menyokong pelaksanaan hudud dicadangkan PAS selepasi ini  ??






Ini kerana bila PKR  sudah menang PRK  , pendirian  mereka boleh berubah  akan menentang hudud yang dicadangkan PAS . 

Yann rugi dan kena tipu adalah ahli-ahli PAS Permatang Pauh kerana sudah hilang 1 undi untuk hudud di Parlimen . 

PKR mereka cerdik dalam bab menipu . Demi nak mencari jalan untuk tunjuk calon mereka Wan Azizah tidak tolak hudud , mereka boleh menjadi sokong hudud sempena PRK ini .


Malah Azmin sendiri sudah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak  memohon maaf mahupun menarik balik kenyataan .  




Jadi , apakah  YDP PAS sudah buat U TURN sendiri selepas ditekan oleh Mat Sabu dan PKR akan mengerahkan jentera mereka turun bantu PKR  ? 

Ini kerana PAS Permatang Pauh sebelum ini mendesak memohon maaf dan menarik balik kenyataan tentang hudud . Tetapi PKR langsung tidak menarik balik secara terbuka  sebaliknya hanya buat bermesyuarat dengan PAS. 




- Sengketa Pas Permatang Pauh dengan PKR selesai malam semalam setelah kedua-dua belah pihak bertemu dan bersetuju berdamai.

Perjumpaan itu melibatkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang juga Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang; Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Datuk Mohd Salleh Man dan Yang Dipertua Pas Kawasan Permatang Pauh, Omar Hassan.

Manakala PKR diwakili presiden, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, timbalan presiden, Mohamed Azmin Ali dan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman.

Omar berkata, pihaknya menerima persetujuan PKR iaitu semua pemimpin dan ahlinya yang beragama Islam akan menyokong pelaksanaan hudud yang dicadangkan Pas manakala pemimpinnya yang bukan Islam tidak menyokong hukum itu.

"Pas Permatang Pauh berpuas hati dengan cadangan dan keputusan dari PKR itu.


"Kita anggap isu ini yang berlarutan beberapa hari sebelum ini selesai dan Pas Permatang Pauh akan menggerakkan semua jentera pilihan raya untuk membantu kempen calon PKR," katanya kepada media selepas mengiringi calon PRK ke pusat penamaan calon di sini hari ini.

Ditanya sama ada Dr Wan Azizah dan Mohamed Azmin ada memohon maaf dan menarik balik kenyataan seperti yang diusulkan Pemuda Pas Permatang Pauh dalam mesyuarat agung tahunan kawasan itu Ahad minggu lalu, Omar enggan mengulas.

Sebaliknya beliau berkata, isu itu sudah selesai dan tidak timbul lagi memberi kata dua untuk menghentikan kerjasama atau memboikot kempen pilihan raya PKR.

Sebelum ini, dalam mesyuarat agung tahunan Pas Permatang Pauh meluluskan usul menggesa kepimpinan PKR membuat permohonan maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan mereka yang tidak menyokong pelaksanaan rang undang-undang persendirian berkaitan hudud.

Omar Hassan berkata, PKR diberi tempoh sehingga sebelum hari penamaan calon untuk membuat permohonan maaf dan menarik semula kenyataan tidak menyokong hudud.

Menurutnya, jika PKR bersetuju dan meminta maaf secara terbuka pihaknya akan meneruskan kerjasama dengan parti itu dalam PRK Permatang Pauh kelak.

Pendirian ini dibuat dan disepakati oleh akar umbi kerana ahli Pas di Permatang Pauh mampu memberi kemenangan kepada calon yang akan bertanding pada PRK nanti.

Dalam reaksinya, Dr Wan Azizah berkata, PKR akan berjumpa kepimpinan Pas Permatang Pauh bagi mendapat penjelasan mengenai tuntutan itu kerana sebelum ini Omar sudah menyatakan sokongan terhadap PKR bagi menghadapi PRK Permatang Pauh.- SINARHARIAN- 


3 Responses

  1. Anonymous says:

    geng pas yg menyokon, nampak sgt la hipokrit..

  2. Anonymous says:

    PAS = U TURN.

  3. Anonymous says:

    Pemimpin PAS selama lamanya MUNAFIK..Jgn percaya la yg spesis ni akan berubah mengikut teras perjuangan mereka dlm menegak agama islam...semuanya BOHONG . Dulu kini dan selamanya PENYOKONG DAN PEMIMPIN PAS ADALAH MANUSIA MUNAFIK.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.