..

..

GST : MENTERI CAKAP DIPUTARBELIT , MACAI PR TUKANG FITNAH HASUT PELAJAR UITM

on Monday, April 13, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments









Sejak  tersebar kenyataan di malaysian review mengenai kenyataan Tok Mat tentang isu pelajar masak sendiri , bila dilihat sumbernya adalah daripada Malaysian Insiders. 

Bila lihat sendiri kenyataan Tok Mat di twitter beliau , jelas beliau difitnah oleh  Dajjal2 bertopengkan manuSia .

Maka setiap hari puak-puak pencacai terus mencipta dosa dengan memalukan orang lain hingga begitu teruk  .





Inilah yang diinginkan dajal-dajjal perosak akhir zaman. 

Mereka membunuh maruah dan imej seseorang kerana mereka sendiri sudah gelupur segala pembohongan mereka terhadap rakyat dan pengguna terdedah satu persatu.

Metro Ahad 12 April 2015 ms 38 - Menteri cakap lain mereka spin lain lepas tu ajak orang kutuk ramai-ramai...sah mereka pencacai dan dajjal akhir zaman

KUALA LUMPUR: Semua pihak diminta berhenti memanipulasi saranan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang meminta pelajar universiti untuk mengamalkan masak sendiri dari makan di luar bagi mengurangkan beban Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

 Tegas Ahmad, ucapannya selama lebih dua jam 45 minit di Dewan Seri Budiman, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam pada Sabtu itu dilihat menyentuh isu menyeluruh mengenai GST dan hal masak sendiri hanya tertakluk kepada mereka yang menyewa di luar sahaja.

 "Saya berucap dua jam 45 minit, saya sebut macam-macam dan mereka hanya ambil satu ayat sahaja iaitu mengenai masak sendiri. "Saya tidak kata masak di kampus, saya kata masak sendiri, lebih setengah pelajar tinggal di rumah sewa dan saya sarankan mereka untuk masak sendiri.

 "Saranan itu bukan untuk pelajar yang duduk di dalam kampus. Kita juga sudah nasihatkan pengusaha kafe di dalam kampus untuk menjual dengan harga berpatutan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

 Ahmad mengulas kritikan pelajar universiti yang berpendapat bahawa saranan Ahmad itu mustahil untuk dilaksanakan apabila undang-undang kampus universiti sendiri tidak membenarkan pelajar-pelajar untuk masak di dalam kampus.

 Di laman Twitter, ada pelajar yang menyifatkan peralatan memasak dan alat pemanas air juga tidak dibenarkan dibawa ke dalam kampus.

Dalam pada itu kata Ahmad, contoh yang diberi ialah anaknya pernah belajar di UiTM dan masak adalah ketika menyewa di luar kampus. "Saya sudah jelaskan semuanya, kita galakkan untuk mereka masak kalau sewa di luar dan pengusaha cafe tidak patut naikkan harga kerana bahan mentah tidak dikenakan GST, semuanya sudah jelas," ujarnya.-ASTROAWANI


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Aku masa belajar kat uitm dulu masak.sendiri aje dekat rumah.sewa bela ja sebulan ada 300 aje sewa rumah dah 100 baki 200 utk belanja mkn sebulan...Alhamdulilah berjata jiga dpdkan segulung ijazah yg merubah nasib aku dan keluarga serta berjaya keluar dpd kehidupan susah.... kita sepatutnya bersyukur dgn apa yg ada ...terima kasih uitm sebab berjaya mendidik aku menjadi insan berguna

  2. Anonymous says:

    aku pun tak sekolah tinggi tapi aku faham gak sal gst. budak budak u ni tak mau baca dan selidik sume nak orang bagi tau. bila terang tak ikut selera mereka mula marah itu yang kata bodoh sombong. laptop mak bapak beli tu search lah skit pasal gst disudut ekonomi dan politik. bila kerajaan bagi duit bujang sapu, duit baucer buku sapu, duit brim sume sapu tapi pikir skit nak bagi tu pakai duit mane. naik blood pressure aku ha3X

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.