..

..

GILIRAN PEMUDA PAS P.PINANG BALUN MUJAHID & MAT SABU #PRKPermatangPauh

on Friday, April 24, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Pemuda PAS Pulau Pinang pada Jumaat membuat kenyataan terbuka mengkritik kepimpinan Pesuruhjaya PAS negeri itu Mohamad Sabu dan timbalannya Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.
Sambil menyifatkan kepimpinan kedua mereka sebagai gagal, Mujahid bahkan dituduh ego dan suka memihak kepada PKR berbanding mengambil kira pandangan ahli akar umbi PAS.
Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah berkata Mujahid kerana mengamalkan kepimpinan ‘kuku besi’ dan berat sebelah dalam kemelut pakatan pembangkang yang berlaku ketika ini.
"Sebagai Pengarah Operasi PRK Permatang Pauh peringkat negeri, beliau sepatutnya turun mendengar isu yang dibangkitkan oleh akar umbi dan membawa hasrat mereka ke peringkat atas khususnya dalam beberapa perbincangan bersama PKR yang dihadirnya. Akan tetapi beliau mengambil tindakan sebaliknya dengan memihak kepada PKR serta menyerang emosi akar umbi.
"Pemuda PAS Pulau Pinang kecewa kerana beliau masih mengulangi sikap ego dan autokratik yang sama serta mudah menunding jari, melabel dan menyalahkan orang lain. Ini melukakan hati petugas PAS," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.
Selain itu Pemuda PAS Pulau Pinang turut kecewa dengan sikap timbalan presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS negeri, Mohamad Sabu kerana gagal memainkan peranannya menyelesaikan kemelut yang dibangkitkan ahli akar umbi.
"Mat Sabu juga gagal memainkan peranannya menyelesaikan isu ini. Seperti Mujahid, beliau juga tidak turun bertemu akar umbi PAS di Permatang Pauh.
"Kegagalan mereka berdua ini untuk turun berbincang sejak awal isu ini tercetus, menyebabkan isu ini bertambah keruh. Lebih-lebih lagi mereka berulang kali mengeluarkan kenyataan keras kepada akar umbi di Permatang Pauh sehingga mencederakan emosi mereka," katanya.
Sebelum ini  Pemuda PAS Pulau Pinang dan PAS Kawasan Permatang Pauh memberi kata dua kepada PKR supaya memohon maaf dan menarik balik kenyataan mereka yang menolak pelaksaan hukum hudud di Kelantan.
Jika tidak, jentera PAS di kawasan itu tidak akan terlibat dalam kempen PRK Permatang Pauh yang akan bermula Sabtu.-24/4/2015


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.