..

..

CHECKMATE ! SERANGAN TUN MAHATHIR KE ATAS NAJIB ADA AGENDA BESAR !

on Tuesday, April 7, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 8 Comments




1. Akhir - akhir ini, Tun Dr Mahathir Mohamad makin sinis. Saya baca tulisan terbarunya dalam blog. Sekali lagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jadi sasaran kritiknya.

 2. Dari pengamatan saya, komen-komen Tun M ini menjurus untuk memberi tekanan kepada Najib. Beliau berulang-ulang bercerita mengenai isu negatif. Inilah cara dan strateginya. Niatnya agar masyarakat mempercayainya. Yang terbaru beliau cerita mengenai isu bekas anggota polis, Sirul Azhar Umar. Kenapa hal itu dibangkitkan lagi sekarang?

 3. Dalam kebanyakan tulisan-tulisan Tun M sebelum ini pun, beliau menyasarkan kepada Najib. Beliau seolah-olah cuba memberi andaian dan persepsi negatif umum terhadap Najib. Sebab itulah, saya katakan bahawa niat Tun M di sebalik tulisannya itu boleh dipersoalkan!


 4. Tun M berulang kali dan kerap melemparkan tuduhan terhadap Najib agar masyarakat percaya yang Najib itu sangat teruk. Ini propagandanya semata-mata. Malah, kritikannya hanya menimbulkan masalah tambahan kepada parti dan tidak membantu menyelesaikan masalah parti.‎

 5. Bagi saya, kritikan-kritikan serta serangan Tun M dan kumpulannya yang semakin kuat terhadap Najib akhir-akhir ini ada agenda politik yang besar. Sebab itu, mereka memberi tekanan berterusan kepada Najib dengan membangkitkan pelbagai isu menerusi pelbagai kaedah dan platform.

 6. Apapun, saya pasti Najib tidak bersendirian dalam mendepani cabaran ini. Beliau mempunyai cara tersendiri mengurus dan mentadbir negara. Zaman kini berbeza berbanding era Tun M dahulu.

 7. Najib memahami keadaan persekitaran dan pasti mengambil kira semua pandangan, termasuk pandangan Tun M dalam membuat sesuatu keputusan. Keputusan Najib sebagai Perdana Menteri sesuai dengan tuntutan semasa.

 8. Najib adalah ahli politik yang sudah teruji. Beliau menghadapi suasana politik yang berbeza dan pemikiran pengundi tidak sama seperti dahulu. Dalam keadaan sedemikian, pemimpin yang bergelar negarawan sepatutnya mencari jalan membantu parti. Tuntutan mereka untuk menukar Najib bukanlah satu penyelesaian, sebaliknya akan mencetuskan perpecahan dalam parti.

 9. Saya kira bacaan politik Tun M silap dan tersasar. Ini kerana susana politik pada zamannya berbeza dengan sekarang. Hari ini saingan politik lebih sengit daripada zaman Tun M dulu. Pengundi kini mendapat maklumat dari sumber yang pelbagai.

 10. Yang pasti, pengundi akan memihak kepada BN kerana mereka boleh melihat parti pembangkang kini dalam keadaan kucar-kacir dan tidak mampu mentadbir negara.

 11. Oleh hal yang demikian, Tun M sepatutnya menyokong usaha-usaha mentransformasi negara yang dibawa Najib walaupun dia mempunyai pendekatan yang berbeza.

 12. Jika Tun M berterusan mengkritik BN dan Najib secara terbuka, masyarakat akan melihat Tun M seolah-olah bersekongkol dengan musuh-musuh tradisi politik beliau sendiri.


 13. Yang jelas, pimpinan Najib jauh mengatasi cara Tun M dahulu. Pimpinan dan pendekatan Najib yang bersifat terbuka disenangi, diminati dan jadi `favourite' orang Sabah dan Sarawak, kerana dia memahami denyutan nadi rakyat di kedua-dua negeri itu.


 14. Mengambil kira semua isu ini, maka saya percaya hanya Najib yang terbaik memimpin. Secara peribadi, saya tegaskan bahawa BN akan kalah kalau bukan Najib mengetuai PRU14 akan datang.

 15. Sabah dan Sarawak berasa lebih senang dengan Najib kerana beliau memahami aspirasi kami. Beliau mengiktiraf sokongan kami dengan memberi jawatan-jawatan Menteri yang penting kepada pemimpin dari Sabah dan Sarawak, malah memberi peruntukan besar untuk kedua-dua negeri di Borneo ini.

 16. Dari persepsi politik, Najib sedar terhadap realiti 56 kerusi Parlimen dari Sabah dan Sarawak membantu bagi penubuhan kerajaan pada hari ini.

 SALLEH ‎SAID KERUAK
Penulis ialah Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak adalah Speaker Dun Sabah Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ


8 Responses

  1. Anonymous says:

    Lihat dari sudut lain: Ini adalah strategi untuk kita nampak sendiri siapa yang sebenarnya penyokong Najib.

    Setakat ni, ada betul-betul orang-orang atasan UMNO keluar secara bersepadu meluahkan sokongan terhadap Najib?

    Jika hanya untuk kutuk Tun sahaja, tak payahlah buang masa.

    Mana mereka semua semasa pembangkang kutuk Najib?

    Mana mereka semua apabila Najib dan Rosmah difitnah?

    Mana mereka semua apabila Anwar serang Najib dan UMNO?

    Mana mereka semua apabila Pakatan terutama DAP dan Rafizi berbohong terhadap UMNO?

    Jangan bersuara secara pick and choose lah!

    Setakat ini, berapa ramai yang secara ikhlas menyokong Najib?

    Jangan hidup secara munafiklah!!!

  2. Anonymous says:

    Like your image Buy First/Buy Last.

    So do expect what vote UMNO will get PAS first, UMNO last.

    Hahahaha....LOL

  3. Anonymous says:

    Tun telah menyebabkan MB kedah berasa malu amat sangat. Adakah tun "running out over the clock?"... Nik aziz dh pergi. Lee kuan yew juga telah tiada. Legasinya belum benar2 di barisan kepimpinan utama. Ada logiknya, betul tak?

  4. Anonymous says:

    Si anak keruak ni tak habis2 belasah tun apa citer pulak? Sebelum ini Sabah dan Sarawak tak berasa senang ke dgn kerajaan persekutuan? Pengundi memihak kepada BN hanya kerana parti pembangkang kucar-kacir dan tidak mampu mentadbir negara? Kalau parti pembangkang tak kucar kacir, tak memihak kepada BN lah? BN takde kekuatan selain daripada nak harapkan parti pembangkang kucar kacir?
    Kalau bukan kebijaksanaan KM Sarawak sekarang, saya tak fikir pembangkang di Sarawak kucar kacir.
    Tetapi apakah si pembodek najib ini tahu semakin hari semakin bertambah kebencian rakyat Sabah terhadap najib?
    Teruskan. Jika bodek itu menguntungkan anda. Samalh juga dgn perangai najib yg bertesusan membodek cina dan mca walaupun sudah nyata mereka menolak bn. lantiklah cina ke jawatan utama secara senyap2 seperti YB Datuk Chua Tee Yong yg secara rasminya telah melapor diri di Kementerian Kewangan sebagai Timbalan Menteri Kewangan pada 30 Jun 2014. selepas ini najib boleh memikirkan untuk melantik cina secara senyap2 menjadi TPM Kedua atau mungkin PM Kedua...!

  5. Anonymous says:

    Tun dah jawab pertanyaan pembodek Najib.....
    Girilan Najib pula menjawab untuk rakyat.
    rakyat didahulukan katenye.



    Sayang Tanah Airku

  6. Anonymous says:

    Kenapa ya Tun M menyerang DS Najib. Orang semua tertanya-tanya. Mula-mula Tun M kata nak menegur, Kemudian nampak sangat nak menyerang apabila membangkitkan isu peribadi. Saya rasa ada beberapa sebab seperti berikut:-

    1. Undang-undang Hudud - Tun M amat memusuhi undang2 Hudud sehingga dia beri amaran kepada Nik Aziz yang dia akan mengambil-alih Kelantan melalui pengistiharan darurat jika PAS melaksanakan Hudud di Kelantan. Pemimpin PAS sendiri mengakui Tun M adalah halangan terbesar perlaksanaan Hudud. Kerelaan DS Najib untuk membenarkan PAS membentang pindaan yang akan membenarkan perlaksanaan Hudud menyebabkan Tun M seperti orang hilang akal sedangkan DS Najib mahu PAS melihat sendiri samada Hudud boleh dilaksanakan melalui demokrasi. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

    2. Seperti juga PM yang terdahulu iaitu Pak Lah, Tun M amat sensitif terhadap "kawah nasi" nya. Pak Lah telah membatalkan projek jambatan bengkoknya dan kontrak landasan berkembarnya yang baru ditandatanganinya sebelum dia resign dari jawatan PM. Projek landasan berkembar yang bernilai melebihi RM30 billion hanya tinggal berbelas billion sahaja apabila Pak Lah memanggil tender secara terbuka. Ini menyebabkan Tun M berang kerana anaknya mempunyai kepentingan dalam projek ini. Begitu juga DS Najib telah membuat banyak keputusan yang merugikan kroni-kroni Tun M. Tapi semua keputusan2 itu adalah keputusan yang dibuat selepas dipersetujui kabinet. Bertaubatlah Tun sebelum terlambat. Sesungguhnya daging2 yang terbina dari wang rasuah tidak akan mencium bau syurga.

    3. Agenda Tun M hanya untuk menjatuhkan DS Najib tapi orang bertanya siapakah penggantinya. Maka timbullah teori bahawa ada pakatan di antara
    pemimpin2 kanan UMNO bersama Tun M untuk menjatuhkan DS Najib. Selagi pemimpin2 kanan ini tidak bersuara menyatakan sokongan terhadap DS Najib maka selagi itu lah teori ini berlarutan.

    Tun M bertanya kemana perginya wang 1MDB. Saya juga hairan bagaimana juruaudit antarabangsa tidak dapat mengesan kehilangan wang 1MDB. Kita tunggulah pula findings Jabatan Audit Negara. Apabila DS Najib menyaman portal2 pro-pembangkang yang mengaitkan dirinya dengan 1MDB, rasanya beliau tidak akan begitu bodoh untuk menyaman mereka sekiranya dia atau keluarganya terlibat kerana lebih banyak rahsia akan terbongkar seperti kes saman Anwar Ibrahim terhadap DS Anifah Aman.

  7. Anonymous says:

    Sebenarnya Najib yang kena checkmate, malahan ahli parlimen dan ADUN pengampu Najib pun dah kena checkmate sebab tak mampu nak jelaskan mengenai isu Altantuya serta 1MDB.

    Agak pelik bila ada Ketua Bahagian yang dah hadir perjumpaan dengan Najib yang mana mereka kata Najib dah terangkan dengan panjang lebar berjela-jela pasal 1MDB hingga mereka sangat faham. Tetapi mereka tak mampu nak ulas pasal isu 1MDB yang diutarakan oleh Tun Dr. Mahathir pun.

    Saya musykil apakah perjumpaan dengan Najib hari itu apakah benar-benar Najib berikan penjelasan mengenai 1MDB hingga ketua-ketua bahagian itu faham atau ketua-ketua bahagian itu diumpan dengan projek, kedudukan atau jawatan atau wang ringgit supaya terus menjadi pak turut menyokong apa saja yang dibuat oleh Najib walaupun terang-terangan salah.

    Mungkin juga mereka diugut oleh Najib dalam beberapa perkara hingga mereka takut dan mengaku sahaja kata dah faham sangat pasal 1MDB itu sedangkan mereka tak tahu apa-apa, dan mungkin ada yang tidur semasa Najib bagi tau pasal 1MDB yang bermasalah yang perlu dijaja sebagai sangat baik dan berjaya oleh ketua-ketua bahagian berkenaan.

    Buktinya hingga kini tak ada mana-mana ketua bahagian yang hadir perjumpaan itu dapat memberikan penjelasan yang sewajarnya mengenai 1MDB walaupun mereka kata dah faham sangat pasal 1MDB yang kononnya Najib dah terangkan secara terperinci, panjang lebar berjela-jela hingga memberikan kefahaman kepada mereka yang akhirnya mereka sendiri tak mampu menerangkan apa yang mereka fahamkan itu.

    Jika ini berterusan, imej Najib akan bertambah hancur di saat imej Najib yang dah sedia hancur sekaran ini.

  8. Anonymous says:

    Salam Melayu Malaysia,

    Tun M ada agenda untuk anaknya yg sekarang ini Menteri Besar Kedah.

    Kalau dulu, Tun jadijan Muhyiddin sebagai platform utk menjatuhkan Pak Lah. Sekarang....??

    Selagi Khairi Jamaluddin berpengaruh kuat dan kukuh dalam UMNO, Tun M tak senang duduk. Mulut dia semakin active menuduh.

    Cuba bawa Mukhriz keluar dari Kedah dan duduk dalam Cabinet sebagaimana Muhyiddin keluar dan kerusi Menteri Besar Johor sewaktu zaman Tun M memerintah. Saya yakin Tun M akan duduk terbalik memandang UMNO semula.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.